BLM 27

10.4K 652 12
                                    

Rayden terjaga daripada tidurnya. Dia mengeliat untuk membetulkan segala urat-uratnya tetapi ada satu perasaan yang janggal di situ.

Dia terus menoleh ke sisi.

Kosong.

Tiada tubuh lain di situ selain dia. Seingat dia semalam, dia bersama Alyssa tetapi pagi ini susuk tubuh malahan bayang perempuan itu juga tidak kelihatan.

Dahinya berkerut. Terus hujung bibirnya disengetkan. Penumbuknya dikepal.

'Playing hard to get Miss Clara. Huh. Let see siapa yang boleh menang dalam game ni. Between kau dengan Andrew or me alone'

Japan

Seorang perempuan turun daripada perut private jet miliknya yang sudah mendarat di bumi Jepun itu. Rambut dark blonde itu dikemaskan kerana tiupan angin yang agak kuat menyapa dirinya.

Di kiri,kanan dan belakangnya dikawal ketat oleh lelaki yang lengkap ber-tuxedo mewah.

Dia berhenti di hadapan seorang lelaki yang agak berusia yang menunggunya di tepi kereta.

"Hye Miss Clara long time not see" ucapnya.

Alyssa terus menghulurkan tangan berjabat tangan dengan lelaki itu.

"Yes Mr. Nakamura, I've been busy lately with my gang issues" tutur Alyssa tidak kekok di hadapan yakuza kelahiran Jepun itu.

"Shall we?" tuturnya sambil membukakan pintu limousine buat Alyssa.

Alyssa hanya membalasnya dengan senyuman kemudian masuk ke dalam limousine tersebut.

Limousine itu mula bergerak.

"So what it is Miss Clara?"

"I just need to confirm something"

"By the way, I heard you need Irene's service? May I know why?" soal Alyssa tenang.

Sepatutnya dia berjumpa dengan Irene sebaik sahaja dia pulang dari Zermatt tetapi Mike memberitahunya bahawa Irene terpaksa ke Japan kerana lelaki di hadapannya ini memerlukan bantuan daripada Croizer.

"It's about Natsumi, he sued me. So I need Irene as my lawyer" balas lelaki itu.

Alyssa terus membuang pandangan ke luar tingkap, badannya disandar pada kerusi empuk itu.

Fikirannya mula melayang jauh.

Pagi tadi sewaktu Rayden masih tidur, dia mendapat teks pesanan ringkas daripada Mark, mengatakan syarikat di Jepun mempunyai masalah jadi dia harus ke sana segera. Masalah ini pula tidak dapat diselesaikan oleh Ethan kerana bersangkut-paut dengan aktiviti gelap mereka.

Masa yang sangat tepat untuk dia menjauhkan dirinya daripada semua orang, jadi dia terus terbang je Japan secara senyap-senyap. Walaupun dia pasti, mata Rayden ada di mana-mana sahaja.

Three days later

The Ritz-Carlton, Tokyo

Tok tok tok

Alyssa mengikat kuat tali bathrobe yang tersarung pada tubuhnya. Kaki diatur berjalan ke arah pintu.

Tanpa melihat siapa tetamunya, dia terus membuka pintu.

Irene. Tersembul wajah sepupunya itu dengan muka selambanya lalu masuk ke dalam suite mewah itu.

"Kau pergi mana? Punya lama kau dekat sini baru hari ni nampak muka" tegur Alyssa.

Sudahlah dia memerlukan satu maklumat daripada Irene, tetapi tengok-tengok hilang pula bayang sepupunya ini.

"Ada la job sikit. Aku uruskan geng Yenki tu" jawab Irene mendatar.

"So job aku kau dah settle belum?" soal Alyssa.

Irene mengangguk yakin. Dia yakin kali ini Alyssa pasti berpuas hati dengan hasilnya.

"I got something big" tutur Irene bangga.

Alyssa memandang tajam perempuan di hadapannya. Jaket kulit berkilat tersarung kemas pada tubuh Irene, ditilik sekilas wajah Irene.

"What is it?" soal Alyssa dengan penuh tanda tanya.

"Her name is Ammara Katrine and she—"

BAM

Tiba-tiba sahaja pintu suite mewah yang dihuni oleh Alyssa itu terbuka seluas-luas dengan cara yang kasar.

Mereka berdua terus melihat ke arah pintu itu. Beberapa orang lelaki menyerbu mereka bersama dengan senjata api. Spontan Irene menterbalikkan meja buatan jati yang berada di hadapannya untuk berlindung.

"Shit" carut Irene lalu memgeluarkan pistolnya.

Alyssa juga turut berbuat demikian.

"Call someone" jerit Alyssa dalam keadaan yang terlalu bising kerana mereka sedang berbalas tembakan.

Irene segera mengeluarkan telefon pintarnya. Sambil-sambil itu Alyssa masih berbalas tembakan bersama lelaki yang menyerbu ke biliknya.

"Randy I need backup now"

Laung Irene di hujung panggilan. Kemudian Alyssa terpandang sesuatu. Lighter yang tidak jauh daripadanya itu diambil.

"Kau nak buat apa?" soal Irene.

"Nak tunggu backup lambat. So let's go with my plan"

Alat pemetik api itu dinyalakan kemudian dicampak ke atas sofa yang berdekatan. Lalu mula terhasilnya api dan menyebabkan sistem pancuran air dihidupkan serta dengan bunyi siren menandakan terdapat kebakaran dikesan.

"Go" Alyssa terus menarik lengan Irene sambil mengangkat pistolnya menembak beberapa orang lelaki.

Bang bang

Mereka meloloskan diri daripada bilik itu tetapi nasib mereka tidak baik apabila terdapat beberapa lelaki lagi yang turun dari lif yang lengkap bersenjata api.

Bang bang bang bang

Irene dan Alyssa terus berlari ke arah tangga kecemasan.

"Kita separate" tutur Irene.

Alyssa mengangguk. Irene menghilangkan diri di tingkat 18 manakala Alyssa meneruskan langkahnya turun ke bawah melalui tangga kecemasan.

Kedengaran bunyi derapan tapak kaki dari tingkat atas, Alyssa terus mempercepatkan langkahnya. Sambil itu dia memegang bahagian bahunya.

Apabila dia tiba di hadapan pintu menuju ke tingkat 10 dia terus membuka pintu tersebut. Langkah diatur memasuki tingkat 10 hotel itu.

Sebaik sahaja dia melangkah, mulutnya ditekup dari belakang dengan tangan seseorang lalu dibawa masuk ke sebuah bilik menggunakan kad akses orang tersebut.

Alyssa meronta-ronta.

"Mmmphhh"

"Shush it's me"

Tangan itu dialihkan dari mulut Alyssa. Serentak itu, Alyssa memusingkan tubuhnya melihat gerangan tersebut.

TBC

Bloody Love, Mafia✔Where stories live. Discover now