Part 1

250 14 0
                                    

Setiap pasangan yang bercinta pastinya mau hubungan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Begitulah juga harapan El Trisha dan Nelson Noah. Setelah 5 tahun bercinta, akhirnya mereka mengambil kata sepakat untuk menamatkan zaman bujang biarpun masa tu El baru berusia 21 tahun dan Nelson pula 28 tahun. El mimang gadis yang cantik, putih melepak dan halus mulus bak telur baru dikupas hinggakan Nelson sanggup menunggu sampai El meningkat dewasa. Semua orang tau betapa setianya Nelson menjaga dan menunggu sang kekasih.

Seawal 4 bulan, persediaan perkahwinan mula dilakukan. Tempahan dewan sudah dibuat, caterer, tukang andam dan juga jurufoto pun tinggal mau bekerja lagi di hari kejadian. Mimang tip top punya  perancangan. Bagi El Trisha, perkahwinan hanya sekali jadi dia mau majlis yang cukup sempurna supaya boleh diingati sampai bila2. Biarpun El masih mentah tapi dia punya perancangan sangat sistematik.

El tinggal berdua dengan mamanya kerana papa sudah lama tinggalkan mereka. Mujurlah mama El mimang berasal dari keluarga kaya yang terbuang kerana berkahwin dengan papa El. Dengan kekayaan yang diwarisi oleh mama El, mereka dua beranak mampu hidup senang.

Namun sayang sekali mama El sudah lama bisu. Sejak ditinggalkan suami, mama El jadi pemurung dan tidak bergaul dengan orang sekeliling. Bertahun2 dia nda bercakap sampailah dia hilang keyakinan untuk bercakap. Hanya pembantu rumah yang mengurus urusan rumah malah El sendiri dibesarkan oleh pembantu rumah tersebut. Malangnya pembantu rumah tersebut akhirnya berhenti kerja kerana berkahwin dan balik pigi Bandung ketika usia El 12 tahun. Bermula hari tu, El mula berdikari. Mujur juga kak Maya sudah turunkan ilmu memasak pada El. Jadi urusan dapur juga amat mudah El lakukan.

Macam2 usaha yang El buat untuk buat mama bercakap balik tapi mama El nda pernah bagi kerjasama. Mama El mimang sudah berputus asa dengan diri sendiri. Akhirnya El juga berputus asa untuk buat mamanya bercakap.

Hari yang ditunggu2 akhirnya tiba. Ramai jiran2 mula berkumpul di rumah El Trisha. Tiada satu pun ahli keluarga mama El yang datang sebab El sendiri nda kenal diurang. Macam mana mau jemput kalo nda kenal. Hari ni mama El nampak ceria juga. Wajahnya bercahaya..tetamu yang datang cuba juga berinteraksi dengan mama El tapi dia hanya angguk bila setuju dan menggeleng bila nda setuju. Walaupun El sedikit rasa terkilan dengan keadaan mamanya, tapi dia harus rasa bersyukur kerana Nelson sendiri berjanji akan bawa mama pigi buat terapi. Itulah sebab utama kenapa El sangat terharu dan menyayangi Nelson sepenuh hati.

Suasana rumah El cukup ceria dan meriah hari ini. Walaupun perkahwinan dibuat di dewan, rumah El tetap dihias indah. Halaman rumah penuh dengan bunga-bungaan dalam pasu. El upah orang untuk susun alah2 perkahwinan di taman. Tu sebenarnya kejutan untuk Nelson. Dia mau buat yang terbaik untuk sang suami.

Senyuman nda lekang di bibir El. Alangkah bahagianya dia bila akhirnya impian untuk hidup bersama Nelson bakal tercapai. Khayalan2 romantik mula terbayang di minda. Beberapa jam lagi El..mahkota diri akan diserahkan kepada yang hak. El mengingatkan dirinya supaya bersabar. Nelson yang hensem, nampak tagap lagi. Nora bilang kalo pertama kali, sakit sikit. Silap sikit bulih kuyak kunun. Dalam keadaan nda sabar, sebenarnya El juga ada sedikit tekanan. Nora aka bff yang berkahwin lepas SPM suka betul menakutkan dia.

El siap didandan lebih awal jadi dia tertunggu2 kereta pengantin untuk bawa dia ke dewan majlis. Nora dan rakan2 sekolah nda abis2 memuji.

" El..malam ni jangan lupa pakai baju tidur corak rimau yang aku bagi ko.." Nina bisik perlahan tapi masih bulih didengar oleh kawan2 yang lain. Kawan2 ketawa galak.

" El..bikini yang kita pilih hari tu pun ngam.. confirm patah katil hari ni.." Nora lagi menambah gamat dalam bilik.

" Ee..kamurang aa. Buat apa lagi mau pakai2 semua tu. Nanti El buka ja semua.." El bergurau juga kunun padahal dia cukup gementar memikir malam pertama dia dengan Nelson nanti.

Miss Rimau Patah TaringWhere stories live. Discover now