Part 15

150 11 0
                                    

~ Carl Razeen Aldrick~

Saya terpaku di depan tanah perkuburan menyaksikan upacara pengebumian penumpang Invader hari tu. Pemandunya pula masih di unit rawatan rapi kerana mengalami patah tulang tengkuk dan koma. Orang ramai pula beransur pulang dan tinggallah keluarga si mati masih meratapi c anak yang telah pergi.

Saya menghampiri keluarga si mati. Saya tepuk bahu c Nelson perlahan. Dia menoleh sayu. Seminggu saja adik dia dapat bertahan di hospital selepas kemalangan hari tu dan disahkan meninggal petang semalam.

“ Maafkan perbuatan adik saya Carl. Saya nda sangka dia cuba membalas dendam sama c El kerana beranggapan c El musnahkan hidup saya. Ditambah lagi c Aidah menghasut dia setiap hari. Kami pun baru tau rancangan dia bila masuk bilik dia hari ini. Dia catat dengan jelas semua yang dia buat sama kamu dan rancangan dia mau kenakan c El...c El keguguran dulu pun angkara dia juga...” c Nelson tunduk dan air mata dia kembali mengalir. Mama c El juga menangis tersedu2 sambil memegang bahu c Nelson.

“ Nailah dulu ni budak baik...bijak...tapi nda sangka c Aidah tu berjaya hasut dia. Perempuan tu betul2 hancurkan keluarga kami dari awal. Kalolah auntie ni nda telampau percaya sama dia, keluarga kami nda akan jadi begini. Kesian c El...auntie banyak dosa dengan dia...” mama c Nelson menangis lagi.

“ Auntie, apa yang sudah berlaku, biarlah berlalu..semua yang berlaku ni ada hikmah juga. Takziah untuk keluarga auntie..saya dan isteri saya sudah maafkan anak auntie. Moga dia damai di sana..” saya peluk c Nelson dengan bapa dia sebelum meminta diri. Di seberang sana, polis sedang menunggu c Nelson untuk kembali ke penjara. Syukurlah juga c Nelson nda dikenakan hukuman gantung. Tapi dia akan menjalani kehidupan yang lama di penjara.

Saya balik rumah dan saya terus mandi. Nda sabar mau peluk cium isteri dan anak2. Mummy pun ada sini melawat cucu. Ntahlah, sejak akhir2 ni, kerap pula mummy balik KK sendirian. Ntah mana sudah suami baru mummy.

“ Hai anak2 daddy...” saya cuit pipi kembar saya yang sedang lena. Baru seminggu tapi lain sudah muka kembar saya yang kami namakan Carlo Tristan dengan Thea Clarissa.

“ Baru saja the babies tidur, ada sudah ba mengacau..” bilang c El sambil ketawa. Baru dia siap pakai bengkung dan dahi dipilis. Terbantut saya mau kiss dahi macam selalu. Mummy pula terbaring di sebelah katil baby.

******************************************************************************
Hari ini genap sebulan baby kembar kami. Jadi kami buat full moon party. Adik kembar saya bukan main happy lagi membuat persediaan. C El pula tempah cupcake dan sebagainya jadi buat pertama kalinya, kami jemput kawan2 di opis datang ke rumah.

“ Nda sangka pula puan El kahwin dengan bos. Dulu kan nda sebulu..” bilang kak Idah yang kerja jaga kaunter. Saya ketawa kelucuan.

“ Tu lah namanya jodoh kak...tu sebab orang cakap, jangan benci orang sangat. Nanti dia jadi orang yang paling kita sayang..” c El pandang saya sambil senyum manis.

Malam ni, saya menyaksikan hubungan staf saya dengan c El sangat baik. C El ramah melayan diurang. C kembar pula berpindah2 tangan sebab semua teringin mau dukung kembar kami yang makin montel. Bulih ketawa sudah juga bila diagah.

Hampir pukul 9 malam barulah party berakhir. Perlahan-lahan saya letak baby Carlo Tristan di katil dia. Baby Thea Clarissa pula masih sedap menyusu. Sampai tersengguk-sengguk c El mengantuk. Bila sudah c Thea tidur, saya kasi pindah di katil baby. C El pula saya angkat tidur atas katil. Betul2 tidur mati sudah dia. Saya tau dia penat untuk party hari ini.

Masa berjalan dengan cepat. Sedar nda sedar, c kembar pun sudah berusia  5 bulan. Makin bertambah usia, makin kuat menyusu. Terpaksa juga bagi susu formula. Tumpuan saya pun mimang 100 % pada c kembar. Saya lupa c El juga perlu perhatian saya. Saya ingatkan c El sibuk mau siapkan novel baru dia yang terbengkalai, rupanya dia makan hati dengan layanan saya.

Miss Rimau Patah TaringWhere stories live. Discover now