Part 12

140 12 0
                                    

~El Trisha Chiara~

Lepas kereta c Carl berlalu, saya macam kebingungan ni. Saya berdiri termenung depan kereta saya.  Ngam timing ba c Carl sampai. Tinggal saya mau start enjin saja lagi tadi. Sakit hatinya dengan c Carl. Siap bawa perempuan lain lagi pigi sini. Disebabkan saya sudah bersiap, saya teruskan juga keluar. Mana2 sajalah saya mau pigi ni. Tapi tekak ni macam terasa-rasa mau makan Sushi King.

Sejam dua jam melepak di  pasaraya, hati saya masih lagi nda tenang. Rasa tergugat bila teringat c Carl dengan perempuan mat salleh tadi.  Jadi saya drive pigi pantai pula. Biarlah menyusuri pantai secara solo. Bosan betul hidup saya ni. Kawan2 semua sudah beranak pinak. Mau ajak keluar pun susah. Alangkah bagusnya kalo saya nda jual mahal sama c Carl.

Lama saya duduk dalam kereta sebelum saya keluar ambil angin. Saya mengeluh perlahan. Kenapa susah betul mau melakar bahagia...Saya imbas balik hubungan saya dengan c Carl dari mula. Mula2 saya masuk kerja di Rob Aldrick Publication, c Carl mimang sangat mengalu-alukan kedatangan saya. Dia ikut saja apa yang saya mau. Kalo pikir betul, sebelum kedatangan saya pun syarikat tu tiada juga masalah. Cuma saya yang sakit mata tinguk staf nda berdisiplin. Mimang c Carl didik staf buat kerja telampau santai tapi kerja tetap siap on time Cuma saya yang mau syarikat tu lagi maju sikit. Saya yang ubah syarikat tu menjadi janggal. Hanya c Kevin saja sebenarnya yang ada masalah kehadiran. Masalah-masalah tu timbul bila saya keras dengan pekerja. Kak Faridah pun memprotes sampai dia ubah jalan cerita karya penulis. Sebelum tu tiada juga masalah dia.

Pasal c Kevin pula, dia pernah luahkan perasaan sama saya beberapa bulan lepas saya masuk di syarikat tu tapi saya menolak. Saya cabar kredibiliti dan kelayakan dia mau berdamping dengan saya dan dia mula cipta masalah besar satu persatu. Dia buka syarikat sendiri untuk buktikan yang dia mampu setanding c Carl. Saya pun heran juga kenapa dia perlu bersaing dengan c Carl padahal kami bukan sebulu pun. Kesian Kevin jadi mangsa kemarahan saya. Masa tu saya masih dendam dengan c Nelson sama c Farish. Saya nda sangka c Kevin betul2 terasa dengan kata2 saya. Saya masih ingat lagi apa yang saya cakap sama dia masa tu.

“ Ko nda layak bersama saya Kevin. You are nobody.. ko sudahlah selalu ponteng kerja. Saya ni pantang lelaki nda berdisiplin...lain kali cermin diri dulu...” kejamnya saya masa tu. C Kevin hanya tunduk. Muka dia merah betul sebab baru dia luahkan perasaan.

“ Macam mana supaya saya layak untuk ko El? saya bulih berubah untuk ko..” c Kevin tanya saya masih mengharap.

“ Ko berubah macam mana pun, saya nda akan sudi Kevin. Ko bukan siapa2..” saya jeling dia jengkel.

“ Suatu hari nanti El, ko akan menyesal bercakap dengan saya begini. Saya bulih musnahkan ko sekelip mata..” terus c Kevin berlalu. Dia capai bunga yang dia mau bagi saya dan dia buang di tong sampah.

Bermula dari hari itu, perang dingin antara saya dengan Kevin bermula. Tiada siapa pun tau sengketa kami. Saya pula selalu minta c Carl urus hal c Kevin sebab bagi saya, saya malas melayan dia tunjuk perasaan. Tapi mimang c Carl ada sifat setia kawan. Dia sentiasa pertahankan c Kevin sampailah kes c Kevin menceroboh  opis hari tu. Maafkan saya Kevin..suatu masa nanti, saya akan jumpa ko minta maaf. Betullah orang cakap, cinta bulih merubah manusia kalo hati nda kuat.

Saya buka pintu kereta dan saya keluar berjalan ke pantai. Saya memilih untuk duduk atas kayu mati di bawah pokok ru. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup tenang tapi nda mampu menenangkan hati saya buat masa ini. Bila sendirian begini, mulalah saya teringat c Carl balik. Selama ini saya salah menilai dia. Dia mimang seorang lelaki yang cukup baik dan bertanggungjawab tapi saya yang cabar keegoan dia setiap hari. Tambah2 lagi dengan c Kevin yang berdendam sama saya. Mungkin itulah yang mendorong dia merogol saya dulu. Kebaikan2 c Carl mula terbayang di mata saya. Kalolah hubungan kami dari awal berjalan dengan baik, saya rasa sayalah isteri yang paling bahagia. Tapi mungkin semua yang berlaku ni ada hikmah juga. Kalo c Carl kasi tinggal saya pun mimang tu salah saya juga.

Miss Rimau Patah TaringWhere stories live. Discover now