Part 2

149 10 0
                                    

~El Trisha Chiara~

Peristiwa seminggu lalu masih segar di ingatan. Puas sudah saya menangis..air mata berbaldi2 sudah rasanya saya buang. Sakit ditoreh pisau belati ndalah sesakit putus cinta. Kena lagi dengan penghinaan di depan ramai orang. Saya betul2 sakit hati. Hanya Tuhan yang tahu sakit yang saya rasa. Teringat wajah marah dan kecewa c Nelson, saya betul2 macam mau tumbuk orang. Tapi saya nda mampu berbuat apa2. Saya diajar dengan adab sopan dan sentiasa hormat orang lain oleh kak Maya. Ya saya akui, kak Maya lebih banyak membentuk peribadi saya berbanding mama sendiri sebab mama berada dalam dunia sendiri. Sepanjang 21 tahun saya hidup, mama memilih untuk melayan rasa kecewa terhadap papa. Malangnya sifat sopan santun saya tu membuatkan maruah saya dengan mama dipijak2.

Dakwaan tentang mama yang kununnya pelacur pun saya nda tau kesahihannya. Ntah siapa sebenarnya c Aidah tu sampai dia tau betul cerita pasal mama. Saya nda kenal pun siapa papa. Sejak saya mula kenal dunia, mama nda pernah lagi bercakap. Mama hanya luahkan emosi dia dengan senyuman dan air mata. Mama berinteraksi pun guna isyarat tangan saja. Tapi kebanyakan masa, mama tulis dalam kertas. Saya betul2 tertekan dengan keadaan mama. Di mana saya perlu bermula untuk mencari kebenaran? Rasanya mencari papa misi utama sekarang. Tapi dalam surat beranak mahu pun ic, nama saya tertulis El Trisha Chiara saja. Tiada nama bapa. Mungkin kak Maya saja yang bulih bagi jawapan ni sebab hanya dia yang bersama mama masa papa tinggalkan kami. Tapi macam mana saya mau cari kak Maya sedangkan dia sudah balik pigi Bandung bertahun lamanya. Bandung tu pun luas. Macam saya jumpa jalan buntu saja ni mau mencari papa.

Kewujudan tuan Robinson juga menambah tekanan saya. Pelik kenapa dia tiba2 bagi saham syarikat dia sama saya. Mau tanya mama pun bukan dia mau jawap. Mungkin tuan Robinson tu keluarga mama. Kenapalah mama menyukarkan keadaan dengan berdiam diri selama ini. Bila berlaku tuduhan demi tuduhan dari orang sekeliling, mama nampak sangat terganggu malah dia mula cenderung mencederakan diri. Satu kerja saya lagi mau menjaga pergerakan mama. Banyak kali saya ingatkan mama supaya ingat Tuhan. Harap2 ndalah sampai mama ambil nyawa sendiri.

Hari ini saya diberi sedikit kekuatan untuk membongkar semula kenangan saya dengan Nelson. Surat2 dia, gambar2 kami sejak mula bercinta sampailah bertunang, hadiah2, patung2 dan bunga2 yang saya keringkan jadi potpouri. Barang2 hantaran saya sumbat saja dalam satu kotak. Saya simpan barang lain dalam satu lagi kotak besar dan saya masukkan dalam mini cooper saya.

Mini cooper ni menurut kak Maya dulu adalah hadiah datuk untuk saya masa saya baru dilahirkan. Hadiah untuk memujuk mama supaya balik dengan keluarga tapi mama nda termakan pujuk sebaliknya makin menyendiri. Habis SPM saja terus saya ambil lesen sebab sayang mini cooper ni tersadai bertahun2. Mama pun bukan pandai drive. Tu pun ada part saya tukar juga sebab lama nda berjalan. Kena polish lagi sebab berhabuk betul sudah. Tayar pun pancit.

Melihat barang2 kenangan saya dengan Nelson, nda sangka penuh bonet dan tempat duduk bahagian penumpang. Saya call Nelson untuk berjumpa di rumah dia. Nelson mimang sudah ada rumah sendiri sebab dia bekerja sebagai pegawai sains. Acuh nda acuh ja dia jawab saya. Sedihnya saya.. nda sangka tinggal beberapa minit lagi kami bakal berkahwin, Nelson bulih berubah. Senangnya dia lupa janji.

Sampai di rumah Nelson, saya betul2 terkejut. Ada pula c Aidah sana. Ntah sejak bila diurang mula rapat. C Aidah bawa anak2 dia lagi. C Nelson pun bukan main gembira lagi melayan budak2 tu. Siap buat BBQ di laman rumah.

Saya parking kereta saya di luar pagar rumah c Nelson pastu saya panggil dia. 

" Nel, saya mau kasi balik barang2 yang pernah ko bagi saya.." saya bilang. Saya menunggu dia datang buka pagar tapi dia berdiri ja depan pagar ni. Pandang pun nda sudi sudah. Jijik betul kali dia bila nampak video tuan Robinson peluk saya.

" Letak ja sana tepi tong sampah..pandailah tu lori sampah angkat nanti.." dia jawab sinis dan c Nelson terus balik pigi melayan c Aidah. Aduh! sakitnya hati. Macam kena panah petir. Hangus terbakar perasaan saya. Saya ampai kotak2 besar tu tepi tong sampah dengan kasar. Kemudian laju saya pigi kereta tapi saya sempat dengar c Aidah bercakap.

Miss Rimau Patah TaringWhere stories live. Discover now