" El Trisha Chiara.." seseorang menegur dari arah belakang. Mau tercabut jantung saya dari tangkainya.
" Tuan Robinson!! (sori readers sebab bukan c dark purple...nnt saya cerita pasal dia nda lama lagi...) Macam mana tuan bulih masuk dalam kawasan rumah saya?" Steering lock terlepas dan jatuh hampir kena kaki saya. Saya sebenarnya betul2 terkejut kena sergah oleh tuan Robinson. Di tangan tuan Robinson ada getah paip. Dia baru siap siram bunga.
Tuan Robinson nda menjawab sebaliknya dia terus peluk saya. Saya pula terpinga-pinga. Kenapa dengan tuan Robinson ni? Cepat2 saya tolak tubuh dia tapi baru saya perasan dia berabis menangis di bahu saya. Peliknya...
" Kenapa ni tuan? "saya tanya dia perlahan. Tuan Robinson kasi lepas tubuh saya perlahan.
" Jangan panggil tuan El..panggil papa.." nah! Makin besar mulut saya. Berkerut dahi saya.
" Tuan Robinson cakap apa tadi? Papa? Maksud Tuan Robinson, tuan ni papa saya?" bulihkah saya percaya dia ni?
" Ya El...saya papa El..." dia pigang bahu saya kemudian dia goncang perlahan cuba meyakinkan saya.
Saya ketawa2 cuba menutup rasa kurang senang saya. Setelah sekian lama baru kunun 'papa' muncul? Ndalah saya percaya dia ni.
" Macam mana El mau percaya yang tuan Robinson ni papa El? 23 tahun sudah El hidup di dunia, kenapa baru sekarang ada yang datang mengaku papa El?" soalan saya bertubi2 ni. Saya pandang muka tuan Robinson.
" Mari duduk di pangkin tu..nanti papa cerita.." saya ikut juga langkah tuan Robinson walaupun saya masih berat hati. Macam nda terlintas di pikiran yang saya akan jumpa papa dan orangnya ada ja di berdekatan dengan saya selama ini.
Tuan Robinson keluarkan smartphone kemudian dia buka galeri gambar. Bukan main banyak lagi gambar dia dengan mama. Gambar kahwin diurang pun ada. Rasanya diurang berkahwin di pulau. Cantik tempat tu. Ada gambar kak Maya juga tapi masa tu macam dia budak2 lagi. Takkanlah dari kecil lagi kak Maya jadi orang gaji sudah. Dan yang paling saya terkejut, ada video mama bercakap dan rasanya itu gambar sebulan sebelum dia meninggal. Saya kenal baju tu. Saya yang belikan dan mama pakai pertama kali masa dia bilang dia keluar dengan kawan.
" Ni bukan video edit kan?" Saya bilang sebaik sahaja video tu abis dimainkan. Panjang lagi tu sampai 8 minit lebih. Semua pesanan untuk jaga saya sebaiknya dan mama pesan untuk cari kak Maya juga. Mama menangis minta maaf sebab dia bilang dia rasa dia nda lama lagi hidup di dunia.
" Kenapa El pikir video tu edit?" tuan Robinson masih lagi peluk bahu saya.
" Sebab selama 21 tahun El dengan dia, El nda penah dengar dia bercakap. El ingat mama bisu. Tapi kak Maya cakap dulu, mama mula nda bercakap sejak saya lahir. Ntahlah.. selalu dia bercakap dengan El, dia tulis saja di kertas.
" Betul ba? Mama mana pula bisu. Tapi nda tau kenapa dia nda bercakap dengan El..takkanlah pasal kembar El dia jadi begitu..." nah! Satu lagi kejutan untuk saya. Saya ada kembar? Mana dia?
" Kembar? Dia di mana ?" Bertalu2 saya tanya tuan Robinson aka papa.
" El ada kembar lelaki tapi dia meninggal 2 bulan lepas kamu lahir. Mama betul2 sedih sebab dia sayang dengan Travis. Mama mimang mengalami kemurungan lepas Travis meninggal tapi papa nda tau pula yang mama nda bercakap sejak hari tu.." bilang tuan Robinson.
Masih lagi saya ragu2 mau mengaku tuan Robinson tu papa saya. Kalo betul dia papa saya, kenapa dia biar kami hidup sendiri selama ini.
" Kenapa tuan biar kami hidup sendiri dari dulu? Bertahun2 El pikir yang papa El sudah lama meninggal sebab mama nda pernah buka mulut kasitau. Bila El tanya, mama bilang jangan pikir banyak.. "masih lagi saya nda puas hati ni.
YOU ARE READING
Miss Rimau Patah Taring
RomanceEl Trisha Chiara..wanita bangsawan terkenal yang pertama. Itulah maksud nama dia. El yang tegas, berdikari, berhati batu dan pendendam hanya kerana seorang lelaki yang dia cintai sepenuh hati..Lelaki yang menyebabkan dia terpinggir..yang melangkah p...