Selama 2 tahun setengah saya sambung belajar, nda pernah saya balik KK. Mimang saya berabis bertapa di negara orang. Dengar khabarnya c Nelson sudah kahwin sama c Aidah lepas diurang terlanjur. Heboh satu kampung sebab diurang tertangkap di rumah keluarga c Nelson masa hari jadi adik bongsu c Nelson. Tapi beberapa bulan kemudian, dengar khabarnya lagi diurang berpisah sebab c Aidah kedapatan tidur dengan lelaki lain masa c Nelson out station. Kotohlah ko Nelson...pilih2 yang kunun2 suci murni, akhirnya dapat spesies pelacur betul2.
Cepatnya balasan Tuhan sama ko sekeluarga Nelson. Nda saya dapat saya bayangkan betapa tebalnya muka diurang sekeluarga bila berpasang-pasang mata menyaksikan c Nelson tidur berpeluk tanpa seurat benang di ruang tamu. Itulah masalahnya kalo setiap kali majlis mesti mau minum2 sampai hilang kawalan diri. Saya masih ingat dulu masa saya masih berkawan dengan Nelson, dia langsung nda sentuh tu arak segala. Biasanya kami melepak sampai pagi di pergola diurang bercerita macam2 termasuklah perancangan kami lepas kahwin nanti. Ntah sejak bila dia jadi pemabuk.
Keluarga c Nelson pun kununnya berabis cari saya lepas kejadian c Nelson berpisah dengan c Aidah. C Rianah sama c Aliahlah ni tukang sampai cerita. Mau buat apa cari lagi...mo jilat ludah sendiri? minta maaflah.. hati saya bukan bulih pujuk2 lagi. Mau balik sama Nelson, sila bermimpi...Berpindah sudah kali penyakit bawaan c Aidah sama dia. Nda tau berapa ramai lelaki sudah ratah tubuh dia. Anak dia yang dua orang tu pun langsung nda seiras. Jauh betul beza sebab saturang tu gelap berambut keriting, saturang tu putih macam cina2 sikit. Kalo saya jumpa diurang nanti, saya mau nyanyi tu lagu tak tuntuang..ketulahan menuduh tanpa bukti.
Hubungan saya dengan doktor Farish makin mekar berbunga. Tiap tahun dia datang jumpa saya sini UK kasi kawan saya masa cuti summer. Ada juga saya hint2 ajak kahwin tapi macam c Farish belum ready. Biarlah perigi mencari timba. Bikin heran juga sebab kalo jumpa saya nda sah kalo nda peluk cium. Nasib saja nda terbabas. Cepat juga saya sedar diri sebelum terlanjur. Tu yang saya rasa bagus lagi kahwin sebab takut sampai masa kami nda mampu mengawal diri. Saya yakin juga saya mampu jadi isteri yang baik ba ni. Sambil belajar sambil jaga keperluan dia rasanya nda juga membebankan betul. Tapi c Farish bilang, dia belum ready mau ada komitmen. Takut bila ada anak, susah mau jaga kunun sebab dia balik2 on call. Tu lah alasan c Farish. Tunggu sajalah ni sampai mereput. Padahal 30an sudah ba c Farish tu.
Tahun ni c Farish bagitau saya dia nda dapat pigi UK. Busy kunun dia. Jadi saya pula yang balik ni kali tapi saya nda kasitau dia. Kasi suprise sikit tu abang doktor..rindu betul sama dia padahal tahun lalu sudah jumpa.
Saya sampai KK awal pagi hari khamis. Saya nda kasitau siapa2 saya pulang rumah. Saya naik grab car saja balik pigi rumah. Saya bertapa dalam rumah selama 2 hari sementara mau memikir macam mana saya mau buat kejutan sama c Farish. Ngam2 lagi birthday dia bisuk.
Tiba2 saya dapat idea macam mana mau buat kejutan sama c Farish. Saya online kemudian saya buka messenger. Saya send mesej mau tau mana tempat dia mau celebrate birthday bisuk. Sengaja saya guna messenger supaya nda kedapatan saya di Malaysia sudah.
📩" Hai sayang..happy birthday in advance. Mau celebrate mana tahun ni? " SEND...
📩" Hello yang...i miss u so much. Sedihlah sayang tiada. Sambut di Hilton bersendirian saja ni...😢😢😢😢" alolo kesiannya boipren saya ni.
📩 " Janganlah sedih...nanti El post diri sendiri jadi hadiah birthday Far ya...😉😉😙😙" SEND lagi.
📩" Far tunggu😜😜😚😚" Farish pula membalas.
Sampai tengah malam kami berbalas mesej. Kalolah dia tau saya di KK, rasanya sekelip mata saja dia di depan pagar sudah. Tapi saya berabis tahan tu rasa rindu. Sabar El..bisuklah terkam c Farish. Gete...hahaha.
YOU ARE READING
Miss Rimau Patah Taring
RomanceEl Trisha Chiara..wanita bangsawan terkenal yang pertama. Itulah maksud nama dia. El yang tegas, berdikari, berhati batu dan pendendam hanya kerana seorang lelaki yang dia cintai sepenuh hati..Lelaki yang menyebabkan dia terpinggir..yang melangkah p...