Part 5

130 9 0
                                    

🌻🌻🌻🌻🌻2 Tahun kemudian🌻🌻🌻🌻🌻

Tak! Tak! Tak! bunyi kasut semakin menghampiri pintu masuk Rob Aldrick Publication. Kelihatan beberapa orang staf berlarian masuk lif. Seorang pekerja kaunter cepat2 hantar mesej pigi group whatsapp Anti🐯💣🔪🔪🔫..

📨Miss 🐯 baru masuk lif...sila balik ke tempat masing2. Jangan sampai ada yang kena baham pula ~Kak Ima receptionist

📨😲😲😲matai..saya lupa kasi sedia kupi c 🐯~Suri PA 🐯

📳📳Sam is calling....

📨 Tampar ko sana Sam..ko tau c 🐯 nda bulih dengar bunyi henpon masa kerja ~ Suri PA 🐯

📨 Woi! sudah2lah tu bergossip..tu 🐯 tu depan pintu sudah ~Alex

📨 😂😂😜😜~Me

" Carl Aldrick, masuk bilik mesyuarat kijap. Bawa senarai nama staf.." laju miss 🐯 limpas saya. Eee bikin panas punya perempuan. Macamlah kami nda bulih bincang dalam bilik ni. El Trisha ni baru setahun kerja sini menggantikan Mr Robinson yang meninggal sejak 2 tahun lalu. Sepatutnya sejak 5 tahun lalu lagi dia kerja sini tapi dengar khabarnya dia sambung belajar di luar negara. Mangkali dia menuntut ilmu dengan harimau ba ni. Masuk2 ja sini terus mengaum. Paling teruk dia timbak sudah semestinyalah kaum lelaki. Macamlah dia ni kahwin perempuan nanti. Tapi adakah lelaki yang mau dia ni nanti?

" Carl!!!!" matai..laju saya capai fail senarai nama staf. Saya tinguk staf saya semua pandang saya dengan pandangan yang seolah-olah mau cakap "abislah ko bos..". C Sam letak tangan di leher kemudian dia tarik macam pisau potong leher. Saya angkat penumbuk saya kemudian saya masuk bilik mesyuarat.

" Nda bulihkah kalo bincang dalam bilik saja. Kenapa mesti dalam bilik mesyuarat? siap jerit2 panggil nama. Pleaselah hormat sikit. Sama2 juga kita bos sini ni.. saham ko pun 50% bukan 50.01%..." bengang saya perangai c El Trisha ni. Selalu depan staf saya nda kasi tunjuklah kemarahan saya. Nda juga saya mau dia malu.

El Trisha pandang saya dengan pandangan harimau dia. Saya balas pandangan dia dengan garang juga. Ingat saya takutkah? depan staf saja saya pura2 takut ni. Takkanlah mau tayang bos2 bercakar sesama sendiri. El Trisha berdiri sambil kasi betul kot hitam yang dia pakai. Mimang dari segi gaya, dia sangat up to date. Dengan ketinggian 5 kaki 8 inci, potongan badan 36-25-38, El Trisha berada dalam kategori seksi dan menawan.

" Siapa mau bincang dalam bilik? selalu kalo bincang sana, nda lama masuk c Alex, Sam sama c Kevin pigi bergossip. Mana pernah perbincangan selesai..lelaki2 kaki gossip.." macam peluru berpandu mulut dia bercakap. Pot pet pot pet..

" Gossip? diurang hantar laporan dengan bincang strategi untuk tingkatkan prestasi syarikat ni. Ko apa tau...selain mengarah, ko kasi besar punggung ja duduk2 meroyan. Hari2 jadi harimau. Harimau mimang sentiasa datang bulankah?" tiba2 melayang handbag dia pigi tempat saya. Muka dia merah tinguk saya ni tapi nda saya takut.

Saya bangun angkat beg dia kemudian saya hampiri dia. Saya dorong dia pigi dinding. Muka dia tenang ni. Takut pun tidak. Mimang dia spesies hati batu. Dia cuma berpeluk tubuh merenung saya tajam. Saya letak kedua belah tangan saya kiri kanan c El. Saya kepung dia di dinding tapi tiba2 terasa tumit kasut dia menekan kaki saya. Automatik saya berundur. Punya main tajam. Sikit lagi kasut saya berlubang.

" Auch..." saya terlompat2 kesakitan. Kunun2 tadi saya mau gertak dia. Sekali saya yang kena balik.

" Lain kali jangan cabar saya Carl. Bersyukurlah saya nda buat ko hilang telur. Stay there..ko datang dekat ja taulah nasib ko. Now bagi saya tu senarai nama staf.." Pelan2 saya serah tu fail.

" Sudah 4 hari Kevin nda pigi kerja...apa pula alasan ko mau back up dia kali ni? staf yang selalu bertemu penulis untuk deal bayaran royalti tapi banyak kali penulis merungut sebab royalti lambat dapat. Ko bagi dia check kosong bertanda tangan, mimanglah bulih dia tulis nama dia. Ada yang sampai berbulan2 baru dapat. Panas telinga saya kena marah. Siap kena ugut mau saman.. ko pandai pula mengelak kalo diurang pigi sini ." dia pandang muka saya garang. Kes kevin lagi.

Miss Rimau Patah TaringWhere stories live. Discover now