Chapter 20 : Begin

20 2 0
                                    



"H-Hai." sapa Ariss dengan senyuman.

Suga masih terkejut. Dia mengelipkan matanya berkali-kali kerana ingin memastikan bahawa dirinya tidak bermimpi.

Ariss terus menukar riak wajahnya apabila melihat perlakuan Suga. Jhope pula masih terpinga-pinga di depan televisyen.

Jin yang berasa hairan dengan pantas menuju ke arah pintu utama, tempat keberadaan Suga.

"Suga, kenapa ni?" sapa Jin dari arah belakang sekali gus berasa teruja melihat kehadiran Ariss.

Suga pula telah mengubah riaksinya supaya yang lain tidak mengesyaki sesuatu.

"Eh hai Ariss, masuklah." kata Jin lalu menarik Suga untuk memberikan laluan kepada Ariss untuk masuk.

Ariss pun terus menuju ke ruang tamu sambil diikuti oleh Jin dan Suga. Mereka duduk di situ lalu berborak.

"Eh Ariss, kau baru balik dari sekolah ke?"

"Haah, sebab tu aku tak tukar lagi baju sekolah ni." Mata Suga membulat mendengarkan kata-kata Ariss. Bukankah dia dah pesan kepada gadis itu supaya jangan pulang seorang diri.

"Oklah, aku nak pergi dapur nak masak. Ariss, kau makan kat sini eh." soal Jin.

"Oh, boleh jugak. Lagipun kita dah lama tak lunch sama-sama kan." balas Ariss sambil tersenyum.

"Kalau macam tu Jhope, tolong hyung kat dapur." arah Jin.

"Eh hyung, kenapa aku pulak? Suruhlah Suga hyung."

"Eh sedap mulut kau je. Sekarang ni siapa hyung?" balas Suga dengan geram.

"Hrmm, yelah2." keluh Jhope.

Mereka berdua pun terus berlalu ke dapur.

"Hyung ni, kenapa tetiba je minta tolong?" soal Jhope kepada Jin.

"Ish, kau ni janganlah ganggu waktu dia berdua."

"Ouhh, haahlah. Ok2."

Sementara itu,

"Kau balik seorang diri ke?" soal Suga dengan dingin.

"Bukan ke aku dah pesan kat kau jangan balik sorang2."

"Ish, sabarlah aku tak sempat lagi nak jawab soalan kau tu, dah nak marah ke?" kata Ariss dengan geram.

Suga pun cuba untuk menenangkan dirinya sendiri. Ariss memulakan bicaranya.

"Aku balik dengan maknae2 kau tu. Diorang pergi kedai jap kat depan tu. Lepas tu diorang suruh aku masuk dulu. Sekarang dah jelas?"

"O-ok." jawab Suga dengan gagap. Dia malu kepada gadis itu kerana menuduhnya.

"Jangan risau, aku akan sentiasa ingat pesanan kau tu supaya orang lain takkan risaukan aku." jelas Ariss.

"Oklah, aku nak naik dulu." Suga pun terus menuju ke arah biliknya. Perasaan malunya masih lagi tidak padam.

"Haha, malulah tu." kata Ariss dengan perlahan.

*****

Selepas makan,

Ariss, Jimin, V dan Jungkook menuju ke arah ruang belajar yang berdekatan dengan ruang tamu. Member yang lain pula sedang merehatkan diri di ruang tamu.

Sekarang, mereka sedang membuat soalan Matematik iaitu killer subject bagi semua pelajar. Namun bukan bagi orang yang meminati subjek ini.

"Ariss, yang ni nak buat macam mana? soal Jungkook lalu menunjukkan soalan yang tidak difahami olehnya.

The Truth Of Our Heart [MYG]Where stories live. Discover now