Chapter 74 : Ending Scene

38 3 0
                                    


*****

"Ariss."

Aku berpaling ke arah suara yang memanggil namaku. Haerin dan yang lain.

"So, macam mana?" soalku.

"Ni yang kitorang dapatkan tadi. Kitorang dah tukar dengan berhati-hati."

V menghulurkan cd yang didapatkan olehnya sebentar tadi. Aku mencapainya lalu meletakkannya di dalam begku.

"Minji macam mana?"

"Cantik. Dia pakai baju warna pink, so mesti susah untuk hilangkan hanya dengan air biasa." 

Aku membuat thumbs up kepadanya.

"Haerin?"

"Saya cuma nak inform awak sesuatu."

"Apa dia?"

"Nanti dia akan beri ucapan dan saya rasa dia akan buat plan dia masa tu. So, bersedia okay?"

"I'm always ready for this game. Thanks sebab bagitahu."

"No problem."

"Jom kita duduk. Anyway, yang lain mana?"

"Sedang memastikan plan kita berjaya. Dan Yoongi semestinya sedang dikawal oleh diva tu."

"Great."

*****

"Baiklah sekarang saya menjemput Jung Eunmi untuk memberikan ucapan selaku anak kepada tetamu kehormat kita. Dipersilakan."

Dengan itu, Eunmi pun naik ke atas pentas meninggalkan aku dengan appanya.

Semua orang terkejut apabila melihat baju yang sedang dipakai Eunmi telah kotor.

"Jangan risau dengan baju saya, ada sedikit incident je tadi."

Katanya lalu melirikkan matanya kepada Minji. Minji sedang duduk bersama dengan Ariss dan yang lain.

"Saya tak nak berucap mana pun, cuma saya nak panggil seseorang untuk turut naik ke pentas. Dipersilakan ketua pelajar kita, Kim Ariss."

Aku terus memandang ke arah Ariss. Matanya direnung olehku. 

Aku dapat rasa yang dirinya sedikit pun tidak berasa takut dengan apa yang hendak dibuat oleh Eunmi.

Dia dah banyak berubah. Dia dah menjadi Kim Ariss yang dulu.

Gadis itu terus berjalan untuk naik ke pentas lalu berdiri di hadapan Eunmi sambil tersenyum sinis.

"Keep smiling, Kim Ariss."

Kata-katanya tidak dapat didengar oleh orang lain namun dapat didengari olehku melalui alat yang dipakaikan pada Ariss. 

"I'll always smile."

Kata Ariss lalu tersenyum sinis.

"So, seperti yang kita lihat Ariss ialah seorang yang berpengaruh di sekolah. Ramai yang menyanjungnya, ramai yang menyukai sifat baiknya."

Semua orang mengiakan kata-kata Eunmi.

"Tapi di sini, pada hari ini. Saya akan membuktikan bahawa Kim Ariss yang anda semua kenal, dia menyimpan banyak rahsia dan rahsia tersebut telah menjadikan dia yang hari ini, sedang berdiri teguh di sini."

"Sila lihat pada skrin."

Aku pun melihat ke arah skrin seperti yang diarahkan yeoja itu.

Aku tergamam. Rakaman tersebut menunjukkan situasi di mana Ariss pernah memberitahuku.

The Truth Of Our Heart [MYG]Where stories live. Discover now