Chapter 50 : 21st Century Girls

28 2 0
                                    


*****

"Hey, tangan dan kepala kau dah okay ke?"soal Jungkook sambil berbisik.

"Tak lagi, tapi macam mana pun aku kena datang. Kalau tak, mati aku kalau Yoongi rasa curiga pada aku."balasnya dengan nada perlahan.

Kini, mereka sedang berada di dalam kelas. V dan Jimin sedang khusyuk menyiapkan tugas matematik.

Ariss dan Jungkook pula sedang berbual.

"Sampai bila kau nak rahsiakan semuanya?"

"Aku pun tak tahu, Kook-ah. Mungkin sampai diri aku jadi makin pulih, fizikal dan mental. Lagipun, aku tak sanggup untuk tunjukkan sisi lemah aku pada dia." 

"Kenapa kau tak bagitahu perkara yang sebenar je, biar perempuan tu terima akibatnya."

"Aku taklah sekejam tu, Jungkook. Lagipun, dia nak rampas buku purple tu je daripada aku tapi tiba-tiba je kaki aku tergelincir lepas tu aku terus jatuh."

"Eo? Buku purple tu kau still simpan ke?"soalnya sedikit terkejut.

"Semestinya, ianya hadiah yang berharga pada aku walaupun ianya sangat menyakitkan." 

"It's okay, semuanya akan terubati cuma...."

"Ia memakan masa yang lama atau ianya langsung tidak akan diubati, kan?"

"Sis..."

"What? Okay, I won't do that again."

"Stand up class!!"

Kedatangan guru mereka membuatkan mereka kembali tertumpu pada pembelajaran mereka berbanding masalah yang dialami.

*****

"Ariss, kau rasa kita akan tertangkap ke?"soal Jimin.

"Kalau kena tangkap pun apa salahnya, kadang-kadang kan."tipuku.

"Eh, kau ni biar betul. Mati aku kalau eomma dengan appa aku tahu. Lagi-lagi, si Jin hyung tu."

"Hyung berdua ni over je lebih. Kita bukannya nak buat sesuatu yang berat sampai kena buang dari sekolah pun."perli Jungkook.

"Entah korang ni, selama ni buat tak rasa takut pun."

"Hehe." VMin hanya tersengih mendengar kata-kata kami.

"Jom."

Kami pun terus menuju ke tempat yang sepatutnya.

Hari ini, ialah hari di mana perlawanan basketball antara Team Yoongi dan Team Mark akan diadakan. Dan hari ini juga merupakan hari untuk aku bersuka ria.

Hari untuk aku bebas daripada tanggungjawabku untuk sementara. Lagipun, tuan pengetua yang berikan kebenaran.

Aku mengarahkan V dan Jungkook untuk mengisi semua belon air ke dalam empat buah baldi. 

Tiga baldi akan digunakan untuk meraikan kemenangan dan satu baldi lagi untuk.....

"Ariss, nak start sekarang ke? Ni kan dah last game."

"Betul jugak. Beri isyarat pada Jungkook dan V untuk ready."

Jimin terus memberi isyarat kepada mereka berdua daripada bawah. 

Setelah mereka bersedia, aku hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja untuk memberikan isyarat yang seterusnya.

Mataku ligat mencari kelibat seseorang sehinggalah aku dapat melihatnya sekarang.

The Truth Of Our Heart [MYG]Where stories live. Discover now