Chapter 65 : Best Of Me

18 2 0
                                    

*****

Aku berlari mencari kelibat Ariss. Namun ianya hanya hampa.

Tiba-tiba, aku ternampak seseorang yang cukup dikenali olehku. 

Song Daehyun? Apa yang dia buat kat sini? Mesti ada yang tak kena ni, mesti dia dah plan sesuatu.

Aku pun terus meluru ke arahnya lalu menarik kolar bajunya.

"Hoi, kau buat apa kat sini?!"

"J-Jungkook."

Raut wajahnya nampak begitu cuak apabila melihat aku.

"Aku tanya kau, kau buat apa kat sini?! Plan apa pulak yang kau rancang, huh?!"

Soalku dengan nada ingin marah.

"Plan? Bukan aku, aku just diminta bantuan je. Anyway kau dari mana? Aku ingatkan kau pun terkunci sekali dengan hyung-hyung kau tadi. Malangnya aku terlepaskan kau."katanya bernada sinis.

"Apa kau kata?! Kau buat apa pada hyung aku, huh?!"

"Korang berhak dapat semua tu."

Kerana berasa geram yang teramat, aku pun melayangkan satu tumbukan pada wajahnya.

Dia rebah di kakiku. Aku menariknya semula untuk berdiri.

"Siapa yang suruh kau buat semua ni?!"

"Seseorang yang dah lama berdendam dengan korang, terutamanya Ariss dan Yoongi. Sekarang, dia dah kembali."

"Siapa yang kau maksudkan?!" aku menengkingnya.

"Lee Youngjun."

Aku terkejut apabila nama itu yang meniti keluar dari mulutnya.

"Kenapa? Terkejut?" soalnya dengan sinis.

Aku kembali memegang kolarnya dengan kemas. Aku memandangnya dengan perasaan yang sangat marah.

"Mana Ariss?"

"Buat apa aku bagitahu kau?"

"Bagitahu jelah?!!"

"Arghh!!!"

Satu jeritan membuatkan aku tersentak.

"Itu jawapan untuk pertanyaan kau."

"A-Ariss. Tak guna kau!!" 

Aku pun menumbuknya berkali-kali sehingga darah mula mengalir dari bibirnya.

"Ini balasan kau sebab sakitkan Ariss."

Aku menghadiahkan satu tumbukan padu kepadanya untuk kali terakhir lalu terus beredar untuk meminta bantuan.

Timbul satu idea dalam diriku.

Polis.

Ya, aku kena call polis.

Setelah aku menelefon polis, tiba-tiba satu hempukan yang kuat diberikan kepaku dari belakang menyebabkan aku jatuh di situ.

Aku dapat lihat wajah seseorang tersebut. Song Daehyun merupakan perkataan akhir yang keluar dari mulutku sebelum pandanganku menjadi gelap. 

*****

Aku memandang ke arah skrin sekali lagi. Aku tergamam apabila melihat situasi yang dilalui oleh mereka.

Pistol.

Youngjun sedang mengacukan pistol ke arah Yoongi.

Tak, ini semua tak boleh terjadi. Aku kena selamatkan Yoongi. Aku takkan biarkan mimpi buruk tu jadi kenyataan.

The Truth Of Our Heart [MYG]Where stories live. Discover now