Chapter 47 : Fire

16 2 0
                                    


*****

"Hi there, my sweetheart. Do you miss me?"

Suara yang cukup aku kenali dan paling dibenci olehku. Senyuman yang terlakar terus menjadi mati dengan serta merta.

Pandanganku dialihkan ke arah Yoongi yang berada di sebelah kiri ku. Riak wajahnya yang gembira telah pun berubah menjadi serius.

Lantas aku berpaling ke arah belakang, di mana rakan-rakanku sedang berdiri. Riak wajah mereka bertukar menjadi bingung, meluat, dan geram.

Jungkook pula hanya tersenyum nipis kepadaku, mungkin untuk memberikan sedikit kekuatan kepadaku.

Aku pun menarik nafas yang panjang lalu berpaling semula ke hadapan. Senyuman sinis aku berikan kepada gadis gedik itu.

Gadis itu membalas dengan jelingan tajam. Mungkin dia tak cam wajah aku.

Dengan bantuan Jungkook, aku menjadi sedikit kuat dari sebelumnya. Lagipun, aku tak boleh tunjuk yang aku ni lemah di hadapan Yoongi.

I hope you will not start the game, Jung Eunmi.

*****

Eunmi pun cuba untuk mencapai tangan Suga. Namun, jejaka itu lebih pantas bertindak berbanding dengan perempuan itu.

"Siapa kau nak sentuh-sentuh aku secara tiba-tiba, huh?"marahnya.

Semua orang terkejut mendengarkan nada suara Suga yang semakin tinggi. Ariss memalingkan wajahnya menghadap lelaki itu.

Tangannya diletakkan di bahu Suga lalu diusap dengan perlahan. Tetapi, tangannya segera ditepis oleh Eunmi.

"Don't touch him."

"You, don't touch her, stranger." Suga memarahi gadis itu.

"Yoongi, tak apa. Aku okay je."Ariss hanya tersenyum.

"Yoongi, ni sayalah Jung Eunmi. Orang yang paling awak..."

"Benci. Aku benci kau dari dulu lagi, aku selalu kata macam tu pada kau. Tapi, kau still tak faham bahasa lagi kan? And I warn you, don't you ever call me with that name. Only someone that deserve to call me like that."

"Saya ingat kan seseorang yang layak panggil awak macam tu hanyalah Ariss, tapi kenapa perempuan ni pun panggil awak dengan nama tu?"gadis itu menjeling ke arah Ariss.

"Dan perempuan ni ada nama, okay?"

Ariss tersenyum sinis kepada perempuan itu, membuatkan perempuan itu berasa keliru.

"Don't you remember me, Jung Eunmi?"soal Ariss, senyumannya masih kekal di bibir.

Wajah gadis itu berubah menjadi cuak. 

"K-Kim A-Ariss."

"Nae, betul. Pandai kau teka, dah semakin bijak kau sekarang."

"O-of coarse, aku memang bijak."

"Tapi still kekal di kelas belakang kan. Pity you."nada perli jelas kedengaran.

"Macam mana kau boleh satu sekolah dengan Suga? Kau kan..."

"Ianya takdir. Sekarang, boleh tak kau simpan dulu segala persoalan tu? Kitorang still ada banyak lagi kerja daripada asyik layan kau lah."

Akhirnya, Minji pun menegur sepupunya itu kerana sudah tidak sanggup menatap wajahnya dalam masa yang lama.

Eunmi pun bergerak ke tepi memberikan laluan kepada mereka semua untuk meneruskan perjalanan.

Sebelum itu, Ariss sempat memberi amaran kepada gadis itu kerana dia tahu gadis itu masih seperti dulu.

The Truth Of Our Heart [MYG]Where stories live. Discover now