Chapter 45 : Breathe

25 2 0
                                    

*****

28 Mei 2017

Beberapa hari telah berlalu,

Sekarang, Ariss sedang bersiar-siar di sepanjang koridor sambil berborak dengan Haerin.

"Macam mana dengan pemilihan leader untuk setiap tugas tu?" 

"Semua berjalan dengan lancar seperti yang kita mahukan."

"Tiada sesiapa pun yang tahu kan?"

"Tiada, Ariss. Yang tahu hanya kita berdua dan mungkin semua guru."

"Oh, baguslah kalau macam tu."

Sedang mereka berjalan, tiba-tiba seseorang datang menyapanya dari belakang.

"Hoi!!"

 Mereka pun berpaling ke belakang dengan serentak. 

"Amboi, tak boleh ke kalau panggil kitorang dengan nama?" soal Ariss bernada perli.

"Entah, kitorang pun ada nama macam awak jugak." balas Haerin pula.

"Ok-ok, mianhei."

"Hah, ada apa kau panggil kitorang, Yugyeom-ah?"

"Oh, pengetua nak berjumpa dengan kau berdua dalam bilik dia sekarang."

"Pengetua?? Wae?" soal Haerin sedikit terkejut.

"Entahlah, aku tak tahu."

"Okay, thanks sebab bagitahu kitorang."

Tanpa membuang masa, dua orang gadis itu pun terus mengatur langkah untuk ke bilik pengetua.

*****

"Ada apa tuan pengetua nak berjumpa dengan kami berdua?" soal Ariss.

"Hari ini, sekolah kita akan menerima beberapa orang pelajar daripada sebuah sekolah. Mereka akan berada di sini untuk 1 bulan. Mereka semua sama umur dengan kamu. Saya harap kamu dan kumpulan kamu yang lain iaitu para pengawas dapat uruskan segalanya."

"Baiklah tuan, saya akan uruskan segalanya seperti yang tuan mahukan dan saya takkan hampakan tuan."

Haerin hanya mengangguk, mengiakan semua yang dikatakan oleh Ariss.

"Saya tahu yang kamu takkan hampakan saya sebab kamulah harapan semua orang, Ariss."

Ariss tersenyum sambil memandang Haerin. Haerin juga turut tersenyum mendengarkan kata-kata pengetua.

"Baiklah tuan, saya dengan Haerin minta diri dulu."

Tuan pengetua mengangguk, membenarkan mereka untuk keluar. Ariss dan Haerin terus menapak keluar dari bilik tersebut lalu menuju ke bilik pengawas.

"Haerin-ah, I'm so sorry."

"Why you say sorry to me?"

"Tuan pengetua asyik puji saya je depan awak, sedangkan awak lagi banyak buat tugasan berbanding saya."

"Ariss, are you serious?" Haerin menghentikan langkahnya.

Ariss memandangnya dengan pelik.

"Awak minta maaf dengan saya hanya sebab tu. Ariss, sepatutnya saya yang kena minta maaf dengan awak dan berterima kasih banyak dengan awak sebab saya sentiasa susahkan awak."

"Tak ada apalah, itu kan memang tugas saya. Lagipun, awak masih baru untuk tugas-tugas macam ni."

"Anyway, awak nak saya buat apa untuk pelajar-pelajar tu nanti?"

The Truth Of Our Heart [MYG]Where stories live. Discover now