Chapter 2 : Beautiful

64 4 0
                                    



(Di sekolah)

Setelah mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan sekolah, beberapa orang junior datang menghampiri mereka dalam keadaan yang tergesa.

"Erm noona, Mrs. Choi panggil semua pengawas kumpul dalam bilik pengawas sekarang." 

Kata salah seorang junior itu dengan suara yang tercungap-cungap. 

"Okay, gomawo untuk maklumat tu." Kata Ariss sambil melakarkan senyuman manis kepada mereka. 

Junior itu hanya tersengih melihat Ariss kerana terasa malu.

Dalam diam, ada seseorang yang sedang berada dalam keadaan panas apabila melihat situasi itu. 

"Ish, aku tahulah Ariss tu cantik, tapi tak perlulah sengih macam kerang busuk. Harap kau tu junior je, kalau tak siaplah kau." 

Suga hanya memandang junior itu dengan pandangan yang tajam.

Jin yang menyedari Suga sedang dilanda perasaan cemburu, terus menyikunya lalu berkata dengan suara perlahan.

"Dahlah, takkan dengan junior pun kau nak cemburu. Kau kena kawal sikit dingin kau tu." Suga hanya mengangguk tanda faham.

Mereka pun mula menapak ke arah bilik pengawas.

"Weh, kenapa Mrs. Choi panggil kita?" Tanya V dengan muka terpinga-pinga. 

"Oh, baru aku ingat. Hari ini ada pemeriksaan kekemasan bagi pengawas." Jawab Ariss tanpa menoleh ke arah bts. 

"Hah!!!" Mereka semua terkejut serentak kecuali Ariss dan Suga.

"Alah rilekslah, pengawas bukan ke setiap hari kena kemas." Tambah Ariss. 

Member bts pun mula berkelam-kabut kecuali Suga yang hanya memerhati perlakuan mereka dari belakang.

"V hyung, aku okay tak?" Tanya jungkook. 

"Eh, kenapa pulak? kau tak sihat ke?" Tanya V dengan risau.

"Ish hyung ni, aku tanya penampilan akulah, bukannya keadaan aku." 

Kata Jungkook dengan nada ingin marah kerana dia geram dengan sikap hyungnya yang seperti alien tu. 

V hanya mengusap belakang leher miliknya sambil tersengih. 

"Ermm, sorrylah. Tapi, kau jangan risau, kau kan setiap hari hensem." Jawab V sambil menunjukkan thumbs up kepada Jungkook. 

Jungkook pun berasa sedikit lega selepas mendengar jawapan dari V.

Sementara itu,

"Ariss, aku dah ok kan?" Tanya Jimin kepada Ariss. 

"Kau dah terlebih okay, lagi-lagi rambut kau tu." Jawab Ariss dengan nada sindiran. 

"Memanglah, tak sia-sia aku jaga rambut aku tau." Jimin pun flipkan rambutnya dengan bangga. 

Ariss hanya menjeling ke arahnya tanda menyampah. Sekali lagi, Suga memerhatikan Ariss yang sedang rancak berbual. 

Angin cemburunya yang telah reda sebentar tadi, kini datang menerpanya kembali. 

J-hope yang melihat keadaan hyungnya itu, tidak dapat berbuat apa. Dia hanya membiarkan hyungnya itu menenangkan dirinya sendiri. 

Suga pun terus memalingkan pandangannya ke arah lain untuk mengawal api cemburunya terhadap Ariss. 

Sebenarnya, Suga pernah menyukai Ariss waktu dahulu tapi disebabkan satu hal yang telah berlaku membuatkan Suga berubah sikap menjadi seorang yang amat dingin.

The Truth Of Our Heart [MYG]Where stories live. Discover now