Chapter 15 : Wonder

32 3 0
                                    

*****

Ariss mengamati pemandangan sekeliling dari tingkap kereta. Sungguh sunyi suasana di dalam kereta ketika itu.

Ariss menoleh ke belakang, wajah dua orang namja ibarat adik- beradik itu ditatap olehnya. Mereka kepenatan akibat melayan Ariss bermain dan berbual sepanjang malam.

Kemudian, pandangannya dialihkan ke sebelah tempat duduk pemandu. Kosong. Namja yang berada di sebelahnya sebentar tadi keluar untuk membeli sesuatu.

Setelah beberapa minit menunggu, namja berkulit putih itu pun masuk ke dalam kereta dengan membawa plastik yang penuh dengan makanan.

Plastik itu dihulurkan kepada Ariss. Gadis itu hanya memerhati plastik itu dengan wajah pelik. "Ambil."

Dengan pantas tangannya mencapai plastik itu tanpa banyak persoalan. Suga pun memulakan pemanduannya tanpa sedikit pun menoleh ke arah Ariss.

"Kau tak nak makan ke?" sekali lagi Ariss memandangnya pelik.

"Kau tengok aku macam tu kenapa? Aku beli makanan tu untuk kau. Kau tak makan lagi kan, so makanlah."

Serta merta Ariss menggelengkan kepalanya kerana tiada selera untuk makan. Pening di kepalanya pun masih belum hilang.

"Kau memang suka menyusahkan orang eh?" Ariss hanya diam, tak mampu untuk membalas.

Mungkin kerana keadaan dirinya yang belum sihat, ataupun dia memang dah malas nak layan sikap dingin lelaki itu.

Suasana menjadi sunyi sebentar. "Mana yang lain?" suaranya memecahkan kesunyian.

"Busy." jawab Suga sepatah.

"Kau?"

"Kalau aku busy, memang tak lah aku nak ambil kau sekarang ni." sedikit kata2 nya dapat mengguriskan hati Ariss.

"Maksudnya, memang betul, aku suka menyusahkan orang lain?" Suga terkejut mendengarkan kata2 Ariss. Namun, riak wajahnya masih tidak berubah.

Pandangan Ariss dialihkan ke arah tingkap kereta. Dia melelapkan matanya bagi menenangkan emosinya.

Akibat keletihan, Ariss pun terus tertidur.

Apabila Suga menyedari bahawa Ariss telah pun terlena, matanya terus memandang ke arah gadis itu.

"Mian, aku cuba untuk cakap elok2 dengan kau tapi aku tak boleh. Aku pun tak faham dengan diri aku." bisik hati Suga.

Dia pun meneruskan pemanduannya untuk balik ke rumah member bts.

Setibanya di rumah,

Suga ingin mengejutkan Ariss. Namun, perbuatannya terhenti kerana tidak mahu mengganggu tidur lenanya. Sebab dia tahu bahawa Ariss tidak tidur semalam.

Jimin dan Jungkook dikejutkan olehnya. Dia menyuruh mereka untuk masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Kelihatan seperti member bts yang lain tiada di rumah ketika itu.

Suga dengan berhati-hati mengangkat Ariss dari dalam kereta sehingga ke dalam bilik gadis itu. Tubuh gadis itu direbahkan di atas katil.

Buat seketika Suga menatap wajah pucat milik gadis itu. Rambutnya yang menutupi leher diselak olehnya. Mata jejaka itu tertumpu pada seutas rantai yang dipakai oleh Ariss.

"Kau still pakai rantai tu. Nampaknya kau masih pegang pada janji tu." ucap Suga sambil mengukirkan senyuman gembira.

Dia pun terus beredar dari bilik itu setelah menyelimuti Ariss. Suga menuju ke arah biliknya untuk membersihkan dirinya.

The Truth Of Our Heart [MYG]Where stories live. Discover now