Chapter 51 : Without A Heart

16 2 0
                                    


"Hyung, Ariss dah datang ke?"

"Datang? Tak ada pun. Kenapa?"

"Dia kata nak datang pagi tadi tapi sampai sekarang dia still tak datang lagi."kata Suga dengan nada risau.

"Jom kita pergi rumah dia?"cadang Jungkook.

"Jom."

Mereka semua bersetuju dengan cadangan Jungkook. Mereka pun terus bergerak untuk ke rumah Ariss.

*****

Setibanya di situ, 

Aku mengetuk pintu rumahnya sambil memanggil namanya.

"Ariss!"

Tiada sahutan daripada gadis itu. Aku cuba membuka pintu rumah tersebut. Ianya tidak berkunci 

Kenapa tak berkunci? Bahayalah. 

Aku memasuki ke ruangan tamu rumah tersebut dengan perlahan sambil diikuti member yang lain.

Senyuman diukirkan apabila mataku tertangkap satu figura yang masih terlena di atas sofa.

Aku menyuruh member yang lain supaya memperlahankan suara masing-masing.

Jin hyung dan Namjoon terlebih dahulu bergerak ke dapur. 

Jhope dan Jimin melayan drama di dalam tv manakala Jungkook dan V bermain game di dalam telefon.

Tchh.... budak-budak ni, buat macam rumah sendiri pulak. Aku pun berjalan mendekati susuk tubuh yang sedang tidur itu. 

Aku duduk di birai sofa tersebut lalu menepuk badannya dengan perlahan untuk mengejutkannya.

Namun, gadis itu sedikit pun tidak membuka matanya. Aku mula berasa hairan. Tanganku terus dibawa ke wajahnya.

Panas. Dia demam ke?

"Jin hyung!"

"Nae!"

"Cuba hyung mari sini kejap."

Jin hyung pun terus mendekati aku dengan wajah hairan.

"Kenapa?"soalnya.

"Cuba hyung sentuh dahi Ariss." 

"Eh, panaslah. Ariss demam ni."

Aku dan yang lain terus menjadi cemas. 

"Hobi, tolong ambil tuala kecil dengan sebekas air."

Jhope terus beredar ke dapur selepas mendengar arahan Jin hyung.

"Jungkook, Jimin pergi kedai beli barang-barang untuk masak. Namjoon dengan V pergi farmasi, and then beli ubat, okay?"

"Okay!!" jawab mereka serentak.

"Suga...."

"Aku akan stay kat sini dengan Ariss."

Jin hyung hanya mengangguk mendengarkan kata-kataku.

Tiba-tiba, Jhope pun datang dengan membawa barang-barang yang disuruh oleh Jin hyung sebentar tadi.

"Nah hyung."

Aku pun mengambil tuala tersebut lalu direndamkan dan diperah. Aku menyapu ke kepalanya.

Sebelum itu, aku menukarkan posisi gadis itu. Sekarang, dia sedang terlena di atas ribaku.

Aku memegang tangannya. Tanpa disedari, gadis itu dengan perlahan-lahan membalas genggaman tanganku.

The Truth Of Our Heart [MYG]Where stories live. Discover now