BAB 1

1.8K 69 2
                                    

LIF berhenti betul-betul ketika Lia berduaan dengan seorang lelaki. Kemungkinan masalah teknikal.Lia hampir terjatuh namun sempat dia menahan di sisi lif. Mulutnya mulai beraksi memaki hamun lif tersebut dengan bahasa yang baik.

"Why? Why berhenti wahai lif. Aku nak temu duga nih. Waktu ni kau buat hal pulak memang tak patut." bebel Lia seorang diri dan yang menjadi peneman setia ialah lif dan lelaki di belakangnya.

"Cik,sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Ini dugaan Allah" tegur lelaki di belakangnya sambil tangannya tidak berhenti menekan punat kecemasan.

"Encik sabar mana pulak tegur aku ni. Ingatkan berdua dengan lif je. Entah-entah hantu lif!" desis Lia terhadap suara yang menegurnya dengan andaian sendiri tanpa melihat gerangannya.

"Cik garang ni pekak ke?" desis lelaki tersebut apabila tegurannya tidak dibalas seperti biasa oleh netizen yang tidak puas hati seperti 'Cik garang didepannya.'

"Selamat sejahtera kepada Encik Syafiq dan seorang gadis di dalam lif ini. Pihak kami memohon maaf atas kecuaian ini. Diharap agar Encik Syafiq dan gadis lif dapat menunggu dengan sabar untuk memudahkan pihak kami membaiki kerosakan ini. Terima kasih." suatu suara memecahkan kesunyian lelaki bernama Syafiq dan Lia.

" Hei speaker! Aku ada namalah sedap-sedap mak ayah aku bagi, and kau sedap-sedap je panggil aku 'gadis lif'. Memangnya aku guna lif ni everyday, everytime, everymonth, everyweek. Aku baru guna lif this time!Dengar tak?Baru kali ni je!" marah Lia tidak berpuas hati.

Syafiq hanya menggeleng sahaja. Tidak mahu menegur lagi. Bukan dia tak tegur tapi gadis tu pekakkan telinga sewaktu dia tegur. Ditegur yang pertama tidak dilayan apatah lagi yang kedua,masaknya kena hempuk dengan handbag pulak.

Tiga minit kemudian berlalu pantas. Lia sudah terduduk kerana penat berdiri. Dia mengagak bahawa dia pasti tidak lepas temu duga tu. Mana taknya, lambat!

"Lif, please open!" teriak Lia dengan menutup mata lalu membukanya semula selepas perkataan 'open'.

Kali kedua Lia mencuba tetapi keputusannya masih sama, belum buka lagi. Lia tidak mampu untuk bersabar lagi. Dia bangun dari duduknya dan membaling handbagnya ke lantai lif. Kakinya menyepak pintu lif dengan geramnya selepas beberapa saat kemudian, pintu lif pun terbuka.

"Baru nak bukak! Ingat nak suruh aku mati tadi." marah Lia pada lif yang tidak bersalah itu.

Angka giliran membawa Lia untuk menunggu terlebih dahulu. Nombor terakhir untuknya iaitu nombor 10. Lia bernasib baik tidak terlambat untuk temu duga. Kesalahannya juga sudah dia tahu dan dia buat tidak tahu sahaja.

"Encik Syafiq, peserta temu duga lagi dua orang nak teruskan atau berhenti dulu?" soal PA Encik Tengku iaitu Fika.

" Teruskan jelah. Yang dua orang ni sekaligus saja, cepat sikit. Biar saya uruskan pulak"jawab Encik Syafiq lalu membutangkan kodnya dan duduk di kerusinya.

Fika keluar dari pejabat Encik Tengku lalu meneliti fail di tangannya dan memanggil dua orang terakhir temu duga.

"Nur Auliya dengan Amalia Adriana, kamu berdua boleh masuk bersama. Kamu disoal oleh pemilik syarikat MEGA sdn.bhd berbeza dengan yang lain. Jadi sila jaga kelakuan"terang Fika lalu membawa Auliya dan Lia masuk ke bilik temu duga.

" Nur Auliya Ropeah Binti Superman?" panggil Syafiq membuatkan Lia terketawa kecil dengan nama ayah peserta nombor sembilan.

"Sila perkenalkan diri" sambung Encik Tengku lalu menurunkan kertas yang dipegang menutup mukanya.

"WHAT THE MAN?" terkejut Lia lalu menutup mukanya.

"Cik, ada apa-apa masalah ke?" soal Encik Syafiq lembut dan menahan sabar.

Lia mampu menggeleng.

------------BERSAMBUNG----------
First Novel from sis
Have fun and support this novel
Vote and comment

Just hope u guyss Follow my akaun

Encik Sabar Cik Garang [COMPLETED]Where stories live. Discover now