BAB 14

620 25 0
                                    

"Tunang, aku nak buat perhitungan dekat ex boyfriend aku tu. Apa-apa hal, cari je aku. Aku hidupkan location"balas Lia sebelum Whatsapp memberi last seen.

"Hishh! Perempuan ni buat hal pulak. Tak tahu ke bahaya"ucap Syafiq mula risau.

Tasik yang besar dengan air yang bersih tersergam indah ditempatnya. Lia yang baru sampai, pantas keluar dari kereta dan menuju ke arah Danish.

Ditolak Danish penuh geram. Hampir sahaja masuk ke tasik.Kata-kata yang tak patut dikeluarkan sudah dikeluarkan oleh Lia. Amarah kini menguasai dirinya.

"Kau pahal? Tak cukup lagi kau siksa aku dulu? Tak cukup? "ucap Lia geram dan menolak Danish bertubi-tubi.

Danish hanya diam membisu. Tidak membalas. Tangannya dua-dua dipoket. Mungkin ada sesuatu disembunyikan.

"Time ni pulak nak jem. "Luah Syafiq sambil menekan-nekan hon berkali-kali.

"Sekarang, kau culik aku pulak. Buat sampai kena tangkap basar. Hebat betul permainan kau nak dapatkan aku"

"Kau ingat sini Danish. Aku takkan balik dekat kau dan takkan pernah akan balik dekat kau! Aku benci kau! Kau tahu? Aku benci kau sangat! "

"Kau lupa apa yang aku cakap waktu kat U. Lupa?Kalau lupa, sini aku ingatkan. 'Kalau awak pergi, maknanya awak betul-betul nak putus dengan saya. Dan saya akan anggap kita tak pernah jumpa"

"Ingat ke belum?! Eloknya kau bertaubat lah. Stoplah kerja kotor kau kat aku sekarang ni. Stop at all! Kisah dulu tu, aku dah maafkan. "

"Stop faham! Kalau terpaksa guna ayat manis. saya harap awak stop kejar saya. Saya dah bertunang. Tak ada gunanya awak kejar saya. Polis patutnya tangkap awak, tapi saya cabut balik tuduhan tu. Awak tolong faham saya tau. Selamat tinggal" ucap Lia panjang lebar dengan memegang bahu Danish berlapik sebelum meninggalkan Danish.

Belum sempat Lia berlalu dari situ, dia terdengar ayat terakhir dari Danish. Namun begitu, dia tidak sempat meloloskan diri.

"Saya tahu awak cintakan saya lagi. Tapi, awak ambil keputusan yang salah untuk berjumpa saya!" balas Danish lalu menekup mulut Lia dengan kain putih.

Dia mencepung Lia lalu dibawa masuk ke dalam kereta Lia. Telefon ditinggalkan di kawasan itu supaya Lia tak dapat dijejaki .

Beberapa minit kemudian, Syafiq muncul di situ. Dia mencari kelibat Lia tetapi tidak dijumpai. Tiba-tiba dia terpijak sesuatu di atas rumput. Dia melihat benda yang dipijaknya tadi. Allahuakbar! Telefon Lia.

"Arhhhhh!!!Macam mana aku nak jejak Lia, kalau telefon dia kat sini"teriak Syafiq buntu.

Lia tersedar dari tidurnya. Dia melihat sekelilingnya. Dia merasa sungguh selesa tetapi di mana dia sekarang ni. Tudung! Alhamdulillah masih tersarung. Pakaian! Alhamdulillah juga masih tersarung. Dia teringat!

Dengan pantas, dia turun dari tilam empuk tersebut perlahan-lahan. Seperti di hotel .Belum sempat Lia membuka pintu, dia dikejutkan dengan suara Danish yang baru keluar dari bilik air.

"Nak pergi mana? "Kata Danish yang sudah berada di belakang Lia.

Lia memusing ke belakang. Sekarang dia tahu, Danish benar-benar psycho. Di tasik sudah dia lihat sendiri. Dia bukan suka, tapi lebih kepada obses.

"Ermm, saya nak cari awak tadi. Perut saya lapar"balas Lia lalu membetulkan kolar Danish.

"Kenapa tak panggil je. Maaf tak kejutkan awak tadi. Terima kasih"ucap Danish sambil menghampiri Lia lebih dekat.

"Erkk? Terima kasih? Untuk apa? "soal Lia gugup lalu keluar dari tangan Danish dan duduk di atas tilam.

"Awak lupa eh? Semalam tu"Danish bergerak duduk di sebelah Lia manakala Lia menjauhi.

"Se... Semalam? Ada apa? "Balas Lia menahan air mata dari gugur.

"Ouh, saya lupa. Awak dah tidur semalam. Mesti tak ingat. Itulah first night kita"

"Allahuakbar! "keluh Lia lalu air matanya mula gugur dengan deras dan pantas dia bangun dari duduknya.

"Kita kat mana? "

"Sabah"

"What? Awak.... Awak tahu tak kita belum ada ikatan lagi"

"Yes, i know "

"Awak kira ambil kesempatan kat saya tau, awak tahu"Lia mula geram

Dia mengambil begnya yang kebetulan berada di sebelahnya. Dengan sepantas kilat, Lia melarikan diri dan bersembunyi di sebuah stor yang berhampiran biliknya.

"Lia! Kau nak lari mana? Lia!! "Panggil Danish bertubi-tubi lalu melepasi kawasan persembunyian Lia.

"Allahuakbar! Ya Allah hambamu ini telah diperkosa. Ampunkan dosa hamba. Bantulah hamba untuk melarikan diri dari Danish. Bantulah! "Ucap Lia dalam hati lalu keluar dari stor tersebut lalu melarikan diri dari hotel Sabah tersebut.

-BERSAMBUNG-

Encik Sabar Cik Garang [COMPLETED]Where stories live. Discover now