BAB 15

629 24 0
                                    

"Ya Allah, mana lagi aku nak cari dia. Berikan hambamu ini petunjuk. Semua tempat hamba cuba cari, tapi masih belum jumpa"luahan hati Syafiq sayu.

"Ya Allah mana aku nak pergi. Aku tak tahu jalan-jalan kat Sabah ni.Apatah lagi orang di sini. Telefon tak de. Mana perlu aku pergi"luahan Lia dengan air mata yang tidak berhenti turun.

Syafiq meneruskan perjalanannya sehingga masuk ke semenanjung Malaysia. Kawasan ini yang belum Syafiq cari. Masuk hari ni, dah tiga hari Lia menghilang. Dalam dia fokus memandu, tiba-tiba sahaja dia hampir melanggar seorang gadis yang melintasi laju di hadapan keretanya. Nasib, pemanduannya tika itu perlahan.

Syafiq kemudian keluar dari kereta untuk melihat keadaan gadis tersebut.

"Cik, tak apa-apa? "soal Syafiq risau.

"Hikss... Hiksss. Saya..... Okey. Don't worry "jawab gadis tersebut dengan tangisan.

"Cik tak okey ni. Mari saya bawa ke klinik"kata Syafiq lalu memegang lengan gadis tersebut.

Gadis tersebut menarik tangannya dengan pantas dan memandang ke bawah. Dia bangun dan jatuh kembali.

"It's okey!! "lantang gadis tersebut membidasnya.

'Ya Allah, dugaan apa yang menimpa aku lagi ni'desis gadis tersebut.

Syafiq sempat melihat muka gadis tersebut. Dia agak terkejut dengan perjumpaan ini.

"Lia, is that you"kata Syafiq cuba memandang Lia.

"No, saya bukan Lia"balas Lia cuba bangun dengan kudrat yang ada.

"Lia! Wake up! "ucap Syafiq memegang bahu Lia dan menggoyangkannya.

Keadaan di kereta sunyi sepi sahaja untuk memberi laluan Lia melepaskan semua yang dia rasa saat itu. Apabila melihat Lia mulai reda, Syafiq mula ingin bertanya sesuatu. Belum sempat Syafiq menanyanya, Lia sudah berkata dahulu.

"Kahwin dengan aku"pinta Lia sambil memegang lengan Syafiq.

"What?! "Terkejut Syafiq sehingga membrek kereta secara mendadak.

"Kahwin dengan aku. Please! I begging for you"ulang Lia lalu melepaskan pegangan tangannya di tangan Syafiq.

Dia mengalihkan pandangannya ke luar kereta melihat keindahan Allah S.W.T. Mengingatkan dosa yang pernah dilakukannya sebelum ini. Mungkin sebab itu, Allah turunkan ujian ni.

"Okey, tapi kenapa nak kahwin dengan saya? "Soal Syafiq ingin mengetahui kebenaran.

Lia menceritakan segala yang berlaku padanya dari A sehingga Z supaya Syafiq memahami. Dia merasa maruahnya telah hilang. Dia malu dengan dirinya yang sekarang.

"Aku terima nikahnya Amalia Adriana Binti Yaakob dengan mas kahwinnya seberangkat alat solat dibayar tunai. "

"Saksi sah? "

"Sah! "

Semalaman Lia tidak boleh tidur. Dia masih trauma dengan kejadian yang menimpanya. Mak dan abah turut telah mengetahui kisahnya termasuk keluarga Syafiq. Rupa-rupanya Syafiq adalah tunangnya.

Lia hanya termenung di atas sofa apartment Syafiq. Pakaiannya masih belum tukar. Tudung masih belum ditanggalkan. Air mata yang bersisa masih lagi keluar. Walaupun tidak sederas pagi tadi.

"Awak? "panggil Syafiq lemah lembut namun tiada balasan dari Lia.

"Jangan difikirkan lagi hal tadi "sambung Syafiq lalu menghadap Lia dan membawanya ke tilam.

Lia seperti anti dengan tilam. Dia tak boleh nak menghampiri tilam. Perasaannya hanya Allah yang tahu.

"Saya tak nak duk situ. Saya kat sofa je"kata Lia dengan lembut menolak pelawaan Syafiq.

Sungguh Syafiq terpesona dengan kelembutan suara Lia. Syafiq duduk di sebelah Lia cuba menenangkan Lia.

"Awak jangan risau apa yang terjadi dekat awak. Saya terima awak seadanya. Kalau awak nak nangis, nangislah sepuasnya jika itu boleh meredakan hati awak. "

"Awak ingat ni, walau teruk mana awak yang dulu, saya tetap akan sayang sampai akhir hayat saya. Saya akan bantu awak, bantu awak lupakan semua ni. Malam ni lepaskan apa yang awak rasa. Besok saya tak nak tengok awak nangis "ucap Syafiq panjang lebar cuba menenangkan Lia.

Lia menangis, menangis semahunya. Melepaskan apa yang dia rasa hari ini. Betapa perit ujiannya hari ini, dia buat keputusan untuk kahwin. Dia membuat keputusan untuk menerima lelaki dalam hidupnya.

"Abang, saya nak berhenti kerja. "Ucap Lia selepas habis melepaskan semuanya.

"Okey. Tapi jab, awak panggil saya abang"balas  Syafiq terkejut.

Lia mengangguk mengiakan. Syafiq terkejut dengan perubahan drastik yang dibuat Lia. Mengagumkan!

"Dah, tak mau sedih lagi. Sekarang pi masuk tidur"sambung Syafiq lagi sambil mengelap air mata yang bersisa di pipi Lia.

"Abang pergilah tidur sana. Lia nak tidur kat sofa ni je"kata Lia meminta Syafiq untuk bangun.

"Pergilah tidur kat tilam empuk abang tu sana. Nanti badan sakit"balas Syafiq

Lia menggeleng tidak mahu. Dia masih sakit lagi. Sakit dengan perbuatan Danish.

Syafiq memandang Lia tajam. Degil! Masih ada lagi

"Pergi tidur atas tilam sana. Kalau tak saya dukung awak. Jangan risau saya bukan nak buat apa-apa kat awak"pujuk Syafiq dan Lia terpaksa akur.

-BERSAMBUNG-

Encik Sabar Cik Garang [COMPLETED]Where stories live. Discover now