BAB 16

627 25 1
                                    

"Pergi!.... Pergi!.... Pergi!"teriak Lia dalam tidur.

"Jangannnn! "teriak Lia lalu tersedar dari tidur. Syafiq yang berada di sebelahnya juga tersedar.

Syafiq memegang bahu Lia cuba untuk menenangkan. Lia menepis laju. Dia turun dari tilam dan menyendiri di sofa yang tidak jauh dari situ. Kakinya diangkat menutup badannya. Dia memandang sekeliling,kiri dan kanan dengan takut.

Syafiq menghampiri Lia. Punggung dilabuhkan di depan Lia. Dia memujuk Lia dan menenangkannya.

"Awak? Selawat. Insyaallah hati awak tenang. Jangan risau saya selalu di sisi awak. Selawat "pujuk Syafiq sambil memegang bahu Lia.

"Abang, sa... Saya mi... mimpi Danish.....cari saya. Saya takut"kata Lia dan air matanya mula gugur.

"It's okey. Nangislah sepuasnya kalau itu boleh tenangkan awak"balas Syafiq pendek tetapi penuh dengan isi penting.

#yang sis heren, tak panas ke si Lia bertudung 24 jam?

💕💕💕

Klinik sedia membantu dituju Lia saat ini. Syukur, Syafiq sudah berangkat ke tempat kerja. Kalau tak, tak dapat dia lihat keadaan.

Untuk tidak diperasan Mamat tak guna tu. Lia memakai mask di mulut dan cermin mata ala Korea. Dibuat perjumpaan bersama doktor pakar perempuan.

Sementara menunggu giliran, dia sangat perasan ada orang yang dia kenali di situ tetapi berpakaian hospital. Dia menegur salah seorang jururawat wanita yang lalu lalang di situ.

"Nurse, kenapa dengan lelaki tu? "Soal Lia ingin tahu kebenaran.

"Dia pesakit jiwa."jawab nurse itu pendek.

Lia mengangguk memahami. Dia lari dari terus memandang Danish. Ye, lelaki tu Danish.

▶️▶️▶️

Lia melabuhkan punggungnya di atas kerusi depan meja doktor Sarah selepas membuat pemeriksaan. Kini, dia hanya menunggu keputusan dari doktor sahaja.

Doktor Sarah datang dan membawa keputusan x-ray. Dikeluarkan dari sampulnya dan diletakkan di hadapan cahaya. Dia melabuhkan punggungnya dan memandang Lia.

"Macam mana doktor? "soal Lia tidak sabar ingin mengetahui kesihatannya.

"Menurut hasil x-ray dan check up tadi, masalah yang puan ceritakan tadi, tiada kena langsung dengan keputusan x-ray"jeles Doktor Sarah dengan senyuman manis.

"Maksud doktor? "Soal Lia tidak memahami penjelasan Doktor Sarah.

"Saya maksudkan, tiada kesian air mani dijumpai di kemaluan awak. Dari saya lihat cara jalan awak pun saya dah tahu. Hasil check up saya pun sudah dapat dikenalpasti. Awak masih virgin. Jangan risau "terang Doktor Sarah kali kedua untuk memahamkan Lia.

"Are you serious doktor? "Lia masih tak percaya.

Maksudnya Danish tak buat apa-apa pun kat dia. Tapi, kenapa dia menipu?

Doktor Sarah hanya mengangguk mengiakan penjelasannya.

"Terima kasih doktor. Terima kasih sangat "sambung Lia lagi dengan kegembiraan yang maksimum.

"Awak tak perlu terima kasih dekat saya. Berterima kasihlah dengan Allah S.W.T. Sebab, kita mampu merancang, Allah yang menentukan "kata Doktor Sarah lalu menyambut tangan Lia sebelum Lia pulang.

Encik Sabar Cik Garang [COMPLETED]Where stories live. Discover now