[ WINNER OF THE BEST ETHEREAL 2020 SHORTSTORY]
A short thriller fanfiction
" kau bagaikan batery untuk aku terus hidup, andai kau hilang aku akan terus mati "
Bagaikan kisah dongeng di mana hero sentiasa ada disisi heroinnya untuk membantu dan menja...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Jungkookpov
Titisan demi titisan air hujan jatuh mengena tanah. Kini kami berdua berteduh di bawah payung bagi mengelakkan diri dari dibasahi hujan.
Sungguh menyesakkan apabila halmeoni yang merupakan satu satunya penjaga kami berdua mati pada hari yang malang ini, namun ianya suatu berita gembira yang aku tunggu-tunggukan.
Harap sahaja wanita tua itu ialah nenek kandung kami berdua namun dia menyeksa dan bertindak kejam ke atas kami tanpa ada belas kasihan. Nenek ialah orang paling kaya kat kampung.
" dengar tu kembar kan, kalau tak silap mak ayah diorang pun mati kemalangan"
" sumpahan agaknya "
" yalah, dulu pun pernah berlaku kejadian yang sama kat rumah tu "
" dengar cerita dia kena bunuh "
Dia lah yang menjaga kami berdua sejak mak dan ayah meninggal dunia.
Disebabkan terlalu rimas dengan dengan bisikan yang menampan deria pendengaran lantas ditariknya lengan Youngmi beredar dari situ.
" jungkook, kau nak pergi mana? "
" balik, youngie pun kena ikut aku balik"
Tegas lelaki itu seraya mengeratkan lagi pegangan erat mereka.
" balik? Majlis pengebumian nenek kan belum habis lagi "
Soal Youngmi polos, semakin banyak kata cacian yang dilemparkan oleh orang sekeliling apabila kami berdua beredar begitu sahaja tanpa menghiraukan yang lain.
" biadapnya "
" dahla tak menangis, takda perasaan langsung "
" memang pun.. Huh orang macam dia tu lebih baik mati je "
Senyuman sinis bersama pandangan mata yang tajam menikam ke setiap wajah membuatkan mereka semua berasa gerun serta terdiam dan tidak lagi menbahaskan walau sebutir perkataan.
" youngie-ah kau suka tak? Aku suka hahaha nenek akhirnya mati "
Jungkook tersenyum puas lagaknya seperti seorang psiko. Youngmi ialah orang yang paling rapat dengannya, bukan haya sekadar seorang kembar namun lebih lagi daripada itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ehe sowwyy kalau storyline ff ni buat korang pening 🥺 commplicated tu memang tak boleh nak lari dari semua ff emie hshshshh