Kelibat Taehyung yang semakin menghampiri Youngmi pantas ditahan oleh Jungkook. Namun semuanya bagaikan sia-sia sahaja apabila gadis itu tidak lagi bernafas apabila lehernya dijerut dengan tali leher merah.
Berderu titisan air matanya jatuh menimpa permukaan lantai stor sukan tersebut. Seutas tali bewarna merah yang terlilit di antara jari kelingking kedua Taehyung dan Youngmi di pandang kesal.
Takdir mereka tidak akan berakhir dengan mudah kerana sejak dahulu lagi mereka telah pun dinamakan 'the red thread' . Ikatan takdir yang kuat datangnya daripada benang merah tersebut .
Tergesa-gesa Jungkook menarik tali leher yang tersarung di lehernya dan diikat pula pada jari kelingking tangan kiri gadis itu dan juga miliknya. Walaupun takdir mereka untuk kekal bersama adalah tipis namun dia percaya pada hati..
Kerana hatinya akan sentiasa ada pada hati gadis itu.
Langkah seterusnya diambil, lelaki itu menghantukkan kepalanya pada sesuatu yang keras iaitu almari besi yang terdapat dalam bikik stor sukan tersebut.
Di saat nyawakan bakal ditarik, sempat dia menguncup lembut permukaan belakang telapak tangan gadis itu bersama genangan air mata yang melimpah.
" aku cintakan kau .. S-son youngmi "
Tiga tubuh itu terkulai lemah tidak bernyawa lagi. Mereka hanya perlu menunggu masa untuk dilahirkan semula mengikut takdir yang diciptakan.
Haii awak tknk vote ke? 🥺
Paiti sendukan secebis emie ni hiks
YOU ARE READING
✎ᝰ┆ 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐄𝐃 𝐓𝐇𝐑𝐄𝐀𝐃
Fanfic[ WINNER OF THE BEST ETHEREAL 2020 SHORTSTORY] A short thriller fanfiction " kau bagaikan batery untuk aku terus hidup, andai kau hilang aku akan terus mati " Bagaikan kisah dongeng di mana hero sentiasa ada disisi heroinnya untuk membantu dan menja...