Pegawai polis bertugas mula menghampiri kami berdua. Dengan beraninya Youngmi berdiri berhadapan dengan pegawai tersebut tanpa ada rasa gentar walaupun pegawai tersebut memasang riak wajah yang begitu ketat.
" suatu ketika dahulu, seorang lelaki dihukum bunuh dengan kejam tanpa ada rasa belas kasihan.. "
Tenang Youngmi membicarakan setiap butir katanya hingga membuatkan kesemua orang yang berada berdekatan situ terpinga-pinga sendiri.
" jadi? "
" dan sejak itu aku bencikan semua orang yang berkuasa menghukum manusia . Orang atasan, pegawai diraja mahupun pegawai polis semuanya menjijikkan "
" merepek sama macam apa yang orang kampung ceritakan.. Aigoo tentu kami banyak layan kdrama geuji? "
Tanpa berfikir akibatnya, seronok pegawai polis tersebut mentertawakannya seraya menepuk-nepuk ubun kepala Youngmi bagai mengusap seekor anjing.
Senyuman penuh psiko mula tertayang di wajah manis Son Youngmi. Gadis itu bagai mempunyai dua watak dalam dirinya. Jikalau sopan dan lembut itu Jeon Youngmi maka sisinya yang lagi satu ini adalah dirinya yang sebenar iaitu Son Youngmi.
" semoga kita berjumpa di neraka—"
Srapp!
Percikan cecair merah pekat mengena wajah serta pakaian putihnya apabila pisau berbentuk sabit dihayunkan pada leher lelaki itu. Kini dia berasa gembira dapat bermain dengan sesuatu yang telah lama di ingininya iaitu membunuh seorang pembunuh.
Dia masih ingat dengan jelas raut wajah pahlawan diraja yang memenggal kepala Jeon Jungkook cinta hatinya pada masa lampau mereka dahulu. Dendamnya kini telah terlansai setelah lama menanti.
" berikan kunci pintu ni atau aku akan bunuh semuanya "
Dengan sekelip mata dua orang pegawai polis mati dengan mengejutnya hanya dengan bertatapan mata dengan gadis itu. Tangannya laju menghayun pisau sepantas angin tepat mengena leher masing masing hingga kepala mangsa jatuh bergolek ke lantai.
Kesemua yang berada di situ mula berasa gerun. Di sini tidak mempunyai pelbagai peralatan serta pegawai bertugas jadi kerjanya bertambah lebih mudah.
Asalkan namanya penghalang pasti dia akan bertemu dengan maut di tangannya tanpa ada kata maaf atau belas kasihan.
Terima kasih kerana setia ehe emie lebiuuuu ❤️
YOU ARE READING
✎ᝰ┆ 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐄𝐃 𝐓𝐇𝐑𝐄𝐀𝐃
Hayran Kurgu[ WINNER OF THE BEST ETHEREAL 2020 SHORTSTORY] A short thriller fanfiction " kau bagaikan batery untuk aku terus hidup, andai kau hilang aku akan terus mati " Bagaikan kisah dongeng di mana hero sentiasa ada disisi heroinnya untuk membantu dan menja...