[ WINNER OF THE BEST ETHEREAL 2020 SHORTSTORY]
A short thriller fanfiction
" kau bagaikan batery untuk aku terus hidup, andai kau hilang aku akan terus mati "
Bagaikan kisah dongeng di mana hero sentiasa ada disisi heroinnya untuk membantu dan menja...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Youngmipov
Kesemua pelajar memandang serong ke arahku, rata-ratanya sedang bergosip tentang adik kembarku Jungkook yang berada di dalam lokap.
" Youngmi! "
Susuk tubuh tinggi lampai milik jejaka bernama Kim Taehyung mula menghampiriku bersama senyuman manisnya terukir indah di bibir . Riak wajahku cuba dikawal agar kemarahan tidak terhambur di hadapannya.
" t-tolong, selamat kan Jungkook hiks. Dia tak salah dia tak akan buat macam tu pada halmeoni "
Rayu gadis itu cuba maraih simpati dengan tangisan yang tidak dibuat-buat. Dia benar benar buntu untuk membantu adik kembarnya itu, dia mengharapkan pertolongan lelaki itu untuk menarik semula tuduhan tersebut.
" youngmi-ah, bila kau nak sedar tentang ni ? Sekarang kau dah bebas "
" kau tak akan dikongkong lagi! "
Kedua belah bahunya dicengkam kuat oleh lelaki itu. Youngmi kekal menunduk menatap kakinya.
" dikongkong? "
Youngmi tersenyum tipis seraya mendongakkan sedikit kepalanya bagi menatap wajah kacak Taehyung yang ternyata lebih tinggi darinya .
" kenapa kau selalu ambil kisah tentang orang yang macam aku? "
Taehyung sedikit terkedu, lantas dia mendakap erat pinggang ramping milik Youngmi dan dagunya dijatuhkan pada kepala gadis itu .
" sebab aku sayangkan kau, aku tahu kau tersiksa selama ni "
Youngmi tersenyum siring sebelum membalas pelukan tersebut.
" kau terlalu naif Kim taehyung, terlalu naif untuk membezakan yang mana satu hero dan yang mana satu heroin"
Ujar gadis itu sekadar dalam hatinya. Suatu hari kebenarannya akan terungkai dan di saat itu kebahagiannya akan mulai terang.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.