[ WINNER OF THE BEST ETHEREAL 2020 SHORTSTORY]
A short thriller fanfiction
" kau bagaikan batery untuk aku terus hidup, andai kau hilang aku akan terus mati "
Bagaikan kisah dongeng di mana hero sentiasa ada disisi heroinnya untuk membantu dan menja...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Langkah kecil diambil oleh Jungkook seraya mendekatkan dirinya dengan jejaka itu namun tangkas sahaja Taehyung menendangnya hingga terdorong ke belakang.
Langsung tidak disangkakan bahawa Taehyung akan bertindak melarikan Youngmi bersamanya. Youngmi yang masih berada dalam fasa keliru itu hanya mengikuti langkah besar Kim Taehyung yang mengenggam erat pergelangan tangannya.
" Taehyung! "
Bilik stor sukan yang berada di hujung koridor ditujunya. Pintu bilik tersebut juga dikunci olehnya daripada dalam bersama dengan gadis pujaannya itu.
" kenapa kau bawa aku ke sini? "
Berkerut kening gadis itu jadinya. Dia merisaukan tentang adik kembarnya di luar sana . Taehyung menarik tubuh kecil gadis itu menghadap ke arahnya
" Youngmi-ah.. Aku betul-betul cintakan kau "
" kau tak nampak ke dunia ni menyatukan kita? Kita dilahirkan semula untuk bersama"
" tapi kau dan Jungkook? Tak diterima oleh takdir. Takdir satukan korang sebagai adik beradik kembar yang tak boleh bersama! "
Nada suara yang pada mulanya lembut semakin menaik oktafnya. Gadis itu kekal menunduk tanpa mengeluarkan sebarang suara.
DUM DUMM!
hentakan pintu yang dihasilkan daripada luar bagi membuka pintu bilik tersebut semakin menjadi-jadi. Jantungnya berdetak laju tanpa mengetahui sebabnya
" kenapa orang macam kau diberikan kehidupan semula huh "
Ujar Youngmi bernada sinis. Senyuman sumbing mula menghiasi wajah manis gadis itu hingga menampakkan sisi sebenarnya iaitu dirinya sebagai Son Youngmi.
Kreakk
Saat pintu tersebut mulai terbuka lantas Jungkook melangkah masuk bersama dengan sebilah pedangnya yang setia berada di sisi.
Srapp
Menjegil matanya apabila melihatkan percikan cecair merah pekat mengalir menitik-nitik melalui batang leher gadis itu. Langsung tidak disangakan olehnya bahawa Taehyung akan bertindak menyakiti Youngmi.
" apa yang kau buat ni tak guna?! "
" benang merah .. Darah kematian seseorang serta tangisan kesakitan .. Aku akan ciptakan takdir baru untuk kita Youngmi "
Taehyung berjalan menghampiri gadis itu yang sudah terkulai lemah di atas lantai. Andai dia lebih pantas pastinya takdir mereka untuk bersama di kehidupan seterusnya akan tercipta.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.