[ WINNER OF THE BEST ETHEREAL 2020 SHORTSTORY]
A short thriller fanfiction
" kau bagaikan batery untuk aku terus hidup, andai kau hilang aku akan terus mati "
Bagaikan kisah dongeng di mana hero sentiasa ada disisi heroinnya untuk membantu dan menja...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mereka berdua berhadapan antara satu sama lain, hanya palang besi memisahkan mereka berdua. Sudah masuk dua hari Jungkook berada di balai polis ini.
Disebabkan lelaki itu masih di bawah umur lagikan pula pihak polis masih sedang mencari bukti yang kukuh bagi tuduhan Jeon Jungkook. Kedua belah tangannya digenggam kuat bagi menahan amarah.
" maafkan youngie..kook "
Sayu kedengaran suara gadis itu menampan telinganya. Rindu yang semakin menjalar menaikkan keinginannya untuk mendakap tubuh Youngmi seeratnya.
" noona okey? Dekat sekolah ada siapa siapa ganggu noona ?"
Youngmi menggeleng pelan. Dalam situasi sebegini Jungkook masih memikirkan orang lain berbanding dirinya dan itu cukup mengganggu fikiran gadis itu.
" tak kira apa yang berlaku Jungkook tetap akan keluar daripada tempat ni hari ini juga! "
Bersemangat Youngmi meyakinkan adik kembarnya itu bahawa dia akan melakukan apa sahaja asalkan Jungkook bebas daripada tahanan bodoh ni.
" macam mana? Kook taknak noona buat sesuatu yang gila "
Seiring dengan itu Youngmi menaikkan bibirnya hingga membentuk senyuman yang cukup manis dan polos. Senyuman yang menyimpan beribu penipuan dan kekejaman. Luarannya yang tampak seperti seorang gadis lembut namun dalamannya tak ubah seperti satan
" hapuskan semua penghalang hubungan kita itu saja cara "
Senyuman lebar mula menghiasi wajah muram lelaki itu. Jari kelingkingnya disuakan ke luar palang besi tersebut dan disatukan pula dengan jari kecil milik Youngmi.
" menyeronokkan.. Kook suka"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.