🍵❱ nineteen

167 46 97
                                        

[ Unreveal scene • throwback ]

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

[ Unreveal scene • throwback ]

" youngmi-ah "

Panggilan daripada jejaka bergelar Kim Seokjin itu langsung diabaikan walaupun    sudah acap kali namanya dilaung oleh lelaki itu. Lelaki itu memang tidak pernah berputus asa dalam mencuri perhatiannya.

" sunbae, tolong jangan ganggu saya! "

Seokjin hanya mengendahkan kata-kata tersebut seraya meraih kedua belah telapak tangan gadis itu. Pandangan redup yang dipenuhi kasih dilemparkan buatnya.

" youngmi—"

" saya tak suka sunbae lah!"

Keras teriakkan gadis itu memenuhi sepanjang blok kawasan tersebut. Semua mata mula tertumpu ke arah mereka berdua dan sekali gus menjadi pusat perhatian kesemua pelajar .

Disebabkan tidak mahu menjatuhkan air mukanya sebagai seorang senior terkacak lantas ditariknya pergelangan tangan gadis itu untuk dibawa ke tingkat paling atas iaitu rooftop yang pada waktu ini tidak dikunjungi oleh ramai orang.

" tak suka? Kau tak sukakan aku atau kau tak nak Jungkook tahu? "

Senyuman sinis mula menghiasi wajah kacak tanpa cela milik Kim Seokjin. Setapak demi setapak langkahnya diambil hingga Youngmi turut terdorong ke belakang mengikuti setiap langkah lelaki itu.

" a-apa maksud sunbae? "

Gadis itu mula berasa ketakutan apabila belakang tubuhnya bersentuhan dengan palang tembok yang setinggi 6 tingkat bangunan sekolah ini. Tersilap langkah dia mungkin akan terjatuh melalui palang tersebut.

" Jungkook, dia tu penghalang kan? "

Anak mata gadis itu serta merta berubah gelap dan wajahnya turut dipasang riak serius. Dengan selamba lelaki itu menguncup pipi mulusnya bagai menganggap bahawa dia seorang gadis yang mudah untuk bermain.

" Seokjin sunbae "

Lembut nada suaranya dialunkan. Saat pandangan mata mereka berlaga pantas tangannya menghayunkan kayu yang hujungnya mempunyai paku tepat ke arah tempurung kepala lelaki itu.

Lelaki itu mula hilang kestabilan untuk berdiri dengan tegak apabila kepalanya sudah memancutkan darah merah pekat yang sepertinya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalir.

Takh!
Takh!

Wajahnya langsung tidak mencermin bahawa gadis itu berasa serba salah dalam melakukan kerjanya malah dia berasa puas apabila dapat menyakitkan orang orang yang seperti itu. Dalam fikirannya berulang kali mengungkapkan kalimat yang sama

" mati mati mati mati "

Tak cukup dengan itu dia mengheret tubuh lemah yang hanya menunggu nafas terakhirnya untuk dilepaskan ke hujung tembok.

" paipai ~"

Jelas terpancar riak bahagia di wajah manis gadis itu apabila melihatkan sekujur tubuh tersebut sudah jatuh mengena tanah apabila dia menolaknya melalui tingkat 6 . Darah serta serpihan otak lelaki itu berteraburan di sekitar kawasan tersebut .

" Noona?! "

Dengan cemas Jungkook berlari ke arah kakak kembarnya itu bersama detakkan jantung yang laju. Lantas dia membersihkan lantai serta wajah Youngmi agar tiada siapa akan menuduhnya.

Sejujurnya dia tidak menyangka gadis polos bernama Youngmi itu akan berbuat sedemikian hanya kerana ingin mengecapi kebahagiaan yang dicipta sendirinya.

" eoh? Noona lupa nak potong lidah dia sebelum bagi dia tidur tadi "

Dengan polosnya Youngmi berbicara buatkan bulu roma Jungkook menegak menatap wajah kakak kembarnya itu. Dia takut, takut jikalau suatu hari dia akan dipisahkan dengan gadis kegemarannya ini.

Mereka berdua bagai saling melengkapi antara satu sama lain . Bagaikan bateri untuk meneruskan kehidupan andai satu darinya hilang maka si dia juga akan turut hilang.

Harapnya emie dapat kekal update tanpa kedatangan writer block hiks hiks

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Harapnya emie dapat kekal update tanpa kedatangan writer block hiks hiks..
Paitinggg ❤️

✎ᝰ┆ 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐄𝐃 𝐓𝐇𝐑𝐄𝐀𝐃Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang