[ WINNER OF THE BEST ETHEREAL 2020 SHORTSTORY]
A short thriller fanfiction
" kau bagaikan batery untuk aku terus hidup, andai kau hilang aku akan terus mati "
Bagaikan kisah dongeng di mana hero sentiasa ada disisi heroinnya untuk membantu dan menja...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Suasana yang tadinya sunyi sepi berubah riuh apabila beberapa pelajar yeoja mula mengelilingi gadis itu. Kerusi ditarik sebelum salah seorang daripada tiga orang gadis itu melabuhkan punggungnya di situ.
Senyuman sinis bersama pandangan hina ditayang lagaknya ingin membuli. Youngmi yang masih berdiri statik di sebelah Taehyung hanya mampu memeluk erat sebuah buku di dakapannya .
" kejadian kelmarin mesti kerja adik kau, kan ?"
" lebih baik polis tangkap je diorang "
" betul tu, nanti kau pun akan kena bunuh hahahah "
Kedengaran sinis tuduhan serta hinaan yang dilemprkan oleh mereka. Gigi diketap rapat bagi menahan amarahnya supaya tidak diluapkan pada gadis itu.
" kook tak salah.. "
Ujar Youngmi cuba melindungi adik kembarnya.
" habis tu kalau bukan adik, mesti kakak yang bunuh? "
" nenek tu memang bencikan korang berdua kot "
" malah korang kan kelahiran semula 'kekasih' pada masa lalu "
Seronok tiga sekawan itu mempermainkan Youngmi tanpa ada rasa gerun walaupun khabar angin tentang 'twin star' telah tersebar luas dan mempengaruhi kesemua penduduk kampung.
" woi sudah-sudah lah tu! "
" kenapa korang nak percaya sangat kepercayaan karut tu? "
Celah Taehyung turut berasa geram apabila gadis yang disukainya diperlakukan sebegitu rupa. Lagaknya seperti guardian angel yang sentiasa menjaga dan melindungi Youngmi.
" gwaenchana, betullah apa yang diorang cakap tu .. Kejadian tu memang pernah berlaku dalam keluarga kami "
Youngmi tidak berdalih malah dia mengakui tentang lagenda yang sering disebutkan oleh orang ramai itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.