ISya pov
.........Hari ni aku mintak cuti untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu,rindu pula kt mama dan papa.Aku pun rindu jugak kat adik yang manja gila tu.hahaha.Aku drive dari kuala Lumpur ke Terengganu.
Lama jugak lah tak balik tengok diorang.Lepas mama dan papa ambil aku dari airpot,itu kali terakhir akubbalik Terengganu.
Selepas mengambil masa lebih kurang 2 jam,aku pun sampai ke kampungku.Terpampang sebuah rumah banglo yang sangat cantik dan dihiasi dengan pelbagai bunga yang cantik.
Sedang aku leka melihat keindahan rumahku sendiri,mama datang menyapaku."eh,Isya balik tak beritahu mama pun."kata mama
"Isya nak bagi suprise kat mama dan papa lah,sebab tu Isya tak beritahu nak balik."jelasku.
"Kak Isya bagi suprise kat mama dan papa je ke?kat Fahim ni,tak mau buat suprise ke?"tiba ii Fahim muncul.
"Alala,gediklah Fahim ni,awak tu dah besar panjang dah,nak merajuk pulak."kataku sambil ketawa.
"Dah ii,anak ii mama ni kan,macam ii perngai ,jom lah Isya masuk dalam,kebetulan langkah kanan lah kamu hari ni sebab mama ada masak Nasi beriyani Kambing kesukaan kamu."beritahu mama.Alangkah gembiranya aku,aku baru cadang nak suruh mama masakkan nasi beriyani kambing esok sebab aku memang mengidam nak makan makanan tu.Hahahah.
..........
lepas makan,aku masuk ke bilikku sendiri.Aku membuka laci di meja belajarku.Ada satu diari berwarna Biru cair.Aku membuka diari itu,dalam diari ni penuh dengan kenangan aku dan Darwish kat london.Aku dan Darwish belajar di satu universiti yang sama di london
.Banyak kenangan aku dan Darwish sewaktu di london dan di zaman sekolah dulu.Aku rindukan kenangn yang dulu.Selepas aku dapat tahu Darwish dah kawin,dah lama aku tak balik Terengganu,sebab semua diari aku dan Darwish,aku letak didalam laci meja tulisku di Terengganu dan sekarang baru aku pulang dan membacanya kembali.
Airmataku mngalir lebat bila mataku tertumpu kepada satu ayat iaitu janji Darwish kepadaku.
"saya janji pada awak, yang saya tak akan pernah curang dan tinggalkan awak,sayang."
"Bodoh kau Darwish,kau mengkhianati cinta aku dan janji ii yang kau pernah beri pada aku.Aku benci kau sangat ii."
jeritku sambil melemparkan diari itu.Aku bagai dirasuk hantu,habis barang ii atas meja solik aku sepakkan.Mama dan Fahim segera masuk ke bilik aku lalu menenangkan aku.
"sabar kak,sabar.bawa ii mengucap,ingat Allah kak."
kata Fahim sambil memegang tanganku.mama menangis melihat ku sambil memeluk tubuhku erat
"Isya,Ingat Tuhan nak,Allah tu sentiasa ada,banyak ii kan bersabar.Bukan jodoh Isya dengan dia,Isya kena Redha."kata mama sambil menangisAku hanya mendiamkan diri.Diriku hilang kawalan sebentar tadi.Ya Allah,maafkan hamba mu ini.
..................
Hazim pov
"Hazim,Ummi dan Walid cadang nak balik Terengganu hujung minggu ni,rindu kat opah dan tokwan kamu kat kampung.Kamu nak ikut tak."ajak ummi
"Tak tau lagi lah ummi,Hazim kena tengok jadual Hazim dulu.Lagipun Hazim memang teringin nak join ummi dan walid balik ke kampung.Rindu kat opah dan tokwan,lagipun lama dah tak merasa bubur ubi keledek air tangan opah."terangku panjang lebar.
"Ha kalau macam tu ikut je lah kami balik kampung,nanti kerja ii Hazim tu biar Amran yang uruskan,lagi pun kerja ii dia untuk projek di Sungai Buloh tu dah siap,nanti walid bagi kat dia."Kata Walid.
"Baguslah kalau macam tu,dapat jugak Hazim jumpa opah dan tokwan.Rindu sangat ii kat diorang,jadi tak sabar pula Hazim nak balil sana."terangku sambil teruja.
"Bolehla Hazim jumpa Deeba sekali,Mak Deeba kata,dia dah balik dan bawak anak dia sekali."Kata Ummi
tiba ii muka teruja ku hilang bila ummi memberitahu perkara itu kepadaku.Serius lah Deeba dah balik,bawak anak sekali.
"Anak?anak spa?Deeba dah kawin ke?"soal walid
walid tak tahu pasal perkara ini .Hanya ummi sahaja yang tahu.Ummi dan aku hanya diam bila walid menyoal pasal anak itu.
Jadi anak Deeba tu dah umur 4 tahun lah.Kenapa lah kau kejam sangat Darwish .Aku tak boleh lupa apa yang kau dah buat.Adakah nasib Fifi pon akan sama macam Deeba dan Isya?
Kau memang playboy Darwish.
"Awat semua diam ni,ada apa ii yang korang sorok pada saya ka?"Tanya walid pada ummi
"Itu anak Darwish,sekarang anak tu dah berusia 4 tahun.Darwish dah rogol Deeba dulu dan menyebabkan dia dihalau dari rumah."Jelasku tanpa melihat muka walid.
"Ya Allah"itu saja yang meniti di bibir walid.ummi hanya menunduk.
"kenapa kamu berdua rahsiakan benda ni kepada saya."tanya walid sedikit berang
"sebenarnya Hazim tak nak walid kecewa dengan Darwish sebab Hazim tahu Walid selalu banggakan Darwish,puji Darwish,dan walid lebih percayakan Darwish berbanding pekerja ii lain di syarikat tu."jelasku.
walid terkaku dengan penjelasanku."Walid faham,dan walid memang betul ii kecewa dengan dia,lagipun Darwish tu anak Dato Baharudin,kawan baik walid.
Walid tak sangka dia macam tu."kata walid kecewa."Selama ni Hazim tak pernah bagitahu walid pasal perangai Darwish,dia hanya buat baik depan walid tapi belakang tak tahu macam mana,kalau Hazim bagi tahu walid pasal Darwish pun,Hazim tahu walid takkan percaya sebab Walid percayakan dia sangat ii."Kataku
Aku nampak walid menangis,ummi pula tak tahan rasa sebak di dada.
"Darwish memang playboy waktu zamansekolah lagi.Dulu memang Darwish kawan baik Hazim dan Syam,tapi bila dia dapat tahu yang Hazim sukakan Isya.Dia rampas Isya dari Hazim secara perlahan ii.Dia bagi ayat manis kt Isya sampailah Isya terpikat kat dia dan mereka bercinta."
"Bila Hazim dapt tahu yang Darwish dan Isya bercinta,Hazim Marah Darwish sampai Hazim dan Darwish bermusuhan.Lepastu Darwish mahu balas dendam kat Hazim.Dia Rogol Deeba sebab bila Deeba mengandung dia akan cakap kat Isya yang anak tu,anak Hazim,dia fitnah Hazim.Sampai Isya jadi benci dan jijik dengan Hazim.Deeba hanya jadi mangsa keadaan."
Pertama kali aku lihat walid menangis.teresak ii.mendengar ceritaku.Ya sebab walid selalu banggakan Darwish dulu,Sampai aku pun terpinggir.Walid kecewa gila dengan Darwish.
"Maafkan walid Hazim,sebab walid terlalu percaya dan banggakan Darwish dari anak sendiri."
walid memelukku.Alhamdulillah aku bersyukur akhirnya walid dah tahu tentang perangai Darwish yang sebenarnya.
Ummi pula tak berhenti melafazkan kata syukur.
"Sudahlah ii buat drama ni,dah jangan sedih ii dah,kita happy ja."kata ummi sambil memberi sebaris senyuman kepada aku dan walid.
bersambung
............
YOU ARE READING
Dia lelaki pilihan
FanfictionDelisya Adira,egonya menggunung,tatkala dia di tinggalkan oleh teman lelakinya,Darwish Ishraf. Hazim Firhad pula ada tatkala dia ditinggalkan oleh teman lelakinya.Bagi dia,Hazim sangat mengambil berat tentang dirinya.Tapi sebenarnya Hazim sangat men...