Bab 1

46 1 0
                                    

Sofea berlari-lari anak dari parking lot ke tempat kerjanya iaitu Hospital Tailor Prince. Ya, hari ini merupakan hari pertamanya bertugas sebagai seorang doktor.

Penat lelahnya setelah bertungkus lumus belajar sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang perubatan akan terbayar apabila dia berjaya menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor.

"Aduh, aku dah lambat ni. Ni semua Mira punya pasallah ni. Apalah yang dia makan semalam sampai sakit perut sangat. Hishh, geramnya aku. Kalau ye pon bagilah aku masuk bilik air dulu. Kan tak pasal-pasal aku dah lambat" bebel Sofea perlahan sambil sesekali matanya melihat jam tangannya.

Amira ialah rakan serumahnya. Sofea tinggal bersama beberapa  rakannya di sebuah rumah sewa teres dua tingkat.

Langkah Sofea semakin cepat menuju ke pejabat pengarah hospital untuk melaporkan diri dan mengenalkan dirinya terlebih dahulu sebagai pekerja baharu di hospital tersebut pada hari pertama pekerjaannya. Apabila tiba di hadapan pintu pejabat itu, Sofea menarik nafas dalam dan menghembusnya. Lalu dia mengetuk pintu tersebut sebelum mendengar arahan dari dalam untuk masuk.

Seorang lelaki tua sedang duduk di atas kerusi sambil melihat ke arahnya.

"Yes, what can I help you?" ujar lelaki tua itu yang bernama Dr Zaleef. Macam mana Sofea tahu, semestinya dari nametag dekat coat doktor yang beliau sedang pakai.

"My name is Sofea Zahra. I was the new doctor here. They ask me to come here first before doing my job Dr." jelas sofea satu persatu.

"Oh, I remember right now. You Miss Sofea, saya harap awak boleh bekerja dengan baik di sini. Saya akan hantar awak ke bahagian kecemasan terlebih dahulu sebelum awak boleh berada di bahagian awak yang sepatutnya which is the surgeon portion right. I hope you did not have any problem with that" ujar Dr Zaleef.

"Tak, saya tak ada masalah dengan hal itu. Sebelum saya sampai ke hospital ini, saya sudah sedia maklum tentang hal itu."

"Good to hear that. Miss Sofea, you may leave now. Puan Azra akan bawa awak ke bahagian awak. And yeah, before that, welcome to our hospital" ujar Dr Zaleef bersama senyuman tipis.

"Thank you, Dr" Sofea melangkah keluar dari bilik itu sambil diiringi oleh Puan Azra untuk bertugas di bahagiannya hari ini.

Setibanya dia di bahagiannya iaitu emergency section, dia dikenalkan kepada beberapa orang doktor dan nurse yang bertugas di situ. Sofea tidak berasa kekok dengan mereka kerana mereka agak sporting dan terlebih peramah. Buktinya? Ni nak tunjuklah ni.

"Hai awak, nama awak seri ke?" ujar seorang doktor iaitu Dr Ameer.

"Tak, kenapa?" ujar Sofea.

"Sebab bila saya tengok je awak, berseri-seri hari saya nak mulakan kerja saya yang hahahahambar ni" ujar Dr Ameer dengan sengihan lebar namun hanya seketika sahaja apabila bahunya ditepuk kuat dari belakang oleh seorang wanita.

"Hah, kau tak payah nak mengatal nak mengayat anak orang eh. Sedarlah diri sikit. Muka dah macam tapau basi ada hati nak mengorat anak dara orang" kata wanita itu yang dikenali sebagai Dr Dina.

"Hishh kau ni sehari tak kacau aku tak sahkan. Suka hati akulah nak mengayat anak orang ke nak cium anak orang ke. Bukan bagi masalah kat kau pon. Buat spoillah kauni. Habis muka macho aku depan awek cun melecun ni" balas Dr Ameer marah apabila dia berasa bengang dengan Doktor Dina.

Sofea hanya ketawa kecil melihat perangai mereka yang tidak menunjukkan seperti seorang doktor. Mereka kelihatan lebih kepada orang awam yang sedang bergaduh mulut untuk hal yang kecil.

Dr Dina tidak membalas kata-kata Dr Ameer malah menayangkan muka geli mendengar bicaranya. Dr Dina menoleh ke arah Sofea.

"By the way nama aku Dina, kau panggil je aku Dina. Tak payah panggil doktor-doktor bagai. Kau tak kisah kan kalau aku berkau-aku dengan kau".

"Tak,aku tak kisah pon. Aku lagi okay. Lebih selesa macam ni. Dr Ameer nak saya panggil doktor atau panggil nama je?" Sofea bertanya.

"Tak, saya tak nak awak panggil saya dengan dua-dua tu".

"Habis tu nak panggil apa?" Sofea terpinga-pinga. Kalau tak nak panggil dua-dua, habis tu nak panggil apa? Kambing? Lembu?

"Call me as bae. I know you will like it", ujar Dr Ameer seraya kenyit mata terhadapnya.

Dr Dina dah buat muka. Menyampah!Sofea hanya mengeleng kecil melihat perangai tak semegah Ameer. Macam budak-budak.

IᴢᴢᴀʜʀᴀWhere stories live. Discover now