Bab 3

26 2 0
                                    

Sofea melangkah lemah ke dalam rumah sewanya. Dia menghenyakkan punggungnya ke atas sofa sambil mengurut lembut kepalanya yang terasa sakit. Hari yang amat memenatkan baginya setelah hampir sebulan lebih bertugas sebagai doktor di bahagian kecemasan hospital itu.

“Nah, special hot chocolate for you made by me” kata Mira, teman serumahnya sambil tersenyum tipis. Kasihan dia melihat kawan dia yang satu ini. Kelihatan letih setelah pulang dari kerja.

Sofea mendongak dan menyambut huluran daripada kawan baiknya itu.

“Thanks babe” Sofea menghirup air kegemarannya itu. Dia berasa sangat bertuah kerana mempunyai kawan-kawan yang sangat memahami dirinya.

“Oh ye, Sofea, kau tahu tak yang Fahmi nak kahwin?” Mira memulakan perbualannya setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri.

Sofea yang sedang menghirup sedikit airnya itu hampir tersedak mendengar butir bicara daripada Mira. "Kau biar betul? Fahmi classmate kita masa sekolah menengah tu ke? Wah tak sangka aku dalam diam-diam main cinta jugak dia” ujar Sofea speechless. Mana tidaknya Fahmi memang terkenal dengan sikap pendiamnya dan tidak melayan perempuan sangat.

“Hmm tulah, aku pon tak sangka jugak. Tergamam aku masa dapat kad jemputan dia. Hebat jugak mamat tu. Bakal isteri dia pon apa kurangnya. Pangkat tengku lagi” Mira mula bercerita.

“Fahmi pon apa kurangnya. Pandai, baik, bertanggungjawab, kerja pon bagus, gaji pon tinggi. Memang stock-stock buat suamilah dia tu. Untunglah bakal bini dia” sambung Mira sambil memuji-muji Fahmi. Ni kalau Fahmi tahu mahu kembang semangkuk mamat tu. Diam-diam ubi berisi jugak mamat tu.

“Bila majlisnya?” Sofea bertanya setelah agak lama berdiam diri.

“Minggu depan hari ahad. Dia invite kita semua tau. Tak sempat nak jumpa korang katanya. Dapat jumpa aku pon rezeki dia cakap. Kau free tak hari tu?” tanya Mira.

Sofea berfikir sejenak.

“Aku free rasanya. Bolehlah aku pergi” kata Sofea.

“Okay cun. Semua tak ada masalah. Nanti kita gerak sama-samalah eh. Naik kereta papa aku je besar sikit. Yang alphard tu. Muatlah kita 7 orang. Ke kau nak pergi dengan boyfriend kau?” tanya Mira sambil tersengih nakal. Sengaja nak usik dia lah tu.

“Tak payah nak tersengih macam tu eh. Aku kene tanya dia dulu. Takut kalau dia busy tak dapat pergi. Sekarang dia dah kerje dekat syarikat papa dia. Aku tak naklah kacau dia kalau dia busy. Menyusahkan dia je nanti” ujar Sofea panjang lebar.

Rayyan Faliq aka boyfriend Sofea. Dah empat tahun mereka bercinta. Rayyan dan sofea mula mengenali antara satu sama lain ketika mereka melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Beza umur mereka ialah 3 tahun iaitu semasa Sofea 21 tahun manakala Rayyan berumur 24 tahun.

Keluarga Sofea juga mengetahui tentang kewujudan Rayyan dalam kehidupan Sofea. Mereka sama sekali tidak menghalang Sofea untuk bercinta dengan Rayyan kerana Rayyan merupakan anak kepada kawan ayah Sofea.Mereka berasa sangat gembira apabila mengetahui anak-anak mereka mempunyai hubungan istimewa malah berharap hubungan ini menjadi lebih serius.

“Wah, jealous I. Untunglah Rayyan awek dia sangattt memahami dia. Yelah, taknak menyusahkan dialah kan” perli Mira. Sofea hanya menjeling sekilas ke arah Mira apabila mendengar perliannya.

“Untungnya lahai rayyan tu. Dahlah dapat awek cantik, baik, pandai masak, doktor pulak tu. Untung dapat pakej lengkap macam ni. Zaman sekarang ni susah dah nak jumpa perempuan sesempurna ni”sambung Mira lagi.

“Dah-dahlah tu, tak payah nak puji melebih sangat. Nanti aku masakkan spagetti tu khas untuk kau. Macam aku tak tahu, kau kalau puji aku mesti ada sesuatu kau nak. Tak ada maknanya kau nak puji ikhlas” ujar Sofea sambil bangun dari sofa dan menuju ke dapur untuk mencuci gelasnya.

“Weh betul ke ni? Yes, dapat jugak aku makan spagetti kau. Kau tahu tak dah berapa lama aku mengidam nak makan spagetti kau? Aku..” belum sempat Mira hendak menyambung katanya, Sofea lebih cepat memintas.

“Tak tahu dan tak nak ambil tahu. Dah stop bercakap dan kemas rumah ni. Aku nak solat asar dulu pastu baru aku masak. Ni mana Wani dengan Iylia ni? Dah nak masuk pukul 5 tapi tak balik-balik lagi. Selalunya lagi awal dari aku diorang balik” tanya sofea yang berasa pelik.

“Haah eh. Sepatutnya diorang dah sampai. Tapi kenapa tak sampai-sampai lagi ehh?” tanya Mira semula ke Sofea. Sofea yang geram kerana ditanya semula soalan yang sama kepadanya, menjentik kuat dahi Mira. Apalagi, menjerit kesakitan lah dia.

Namun tak lama selepas itu, tiba-tiba Mira senyap. Dan kemudian menjerit macam orang gila.

“Weh, kau dah kenapa menjerit-jerit ni” marah Sofea apabila Mira kelihatan panik.

“Weh, aku lupa. Sumpah aku lupa. Pagi tadi kan aku yang hantar diorang pergi kerja sebab kereta Iylia rosak. Lepastu diorang suruh aku ambik diorang masa balik nanti tapi aku lupa wehh” ujar Mira kalut.

“Dahtu kau tunggu apalagi? Pergilah cepat ambik diorang. Nah kunci, pakai kereta aku. Pergi cepat” balas Sofea sambil menghulurkan kunci kereta myvinya.

Tanpa menunggu lama Mira bergegas ke kereta dan menghidupkan enjin. Dengan kelajuan maksimum, dia bergegas ke tempat kerja Iylia dan Wani. Nasib kau lah Mira kalau kena marah dengan mereka.

Sofea hanya menggeleng kecil melihat kecuaian Mira. Ada ke patut dia lupa nak ambik kawan dia. Tulah tadi syok sangat berbual sampai tak ingat dunia. Habislah dia,memang kene bambu dengan mereka berdua.

Sofea pula dengan pantas mengambil air wuduk dan menyempurnakan tugasan wajibnya terlebih dahulu.

IᴢᴢᴀʜʀᴀWhere stories live. Discover now