Sofea dan Dina berjalan ke cafe. Mereka terlambat untuk lunch kerana hari ini terdapat banyak pesakit. Penatnya mereka hanya Allah sahaja yang tahu.
“Kau nak apa Fea? Aku pergi belikan” kata Dina menawarkan diri untuk membelikan makanan. Kami duduk di bahagian tepi cafe tersebut.
“Aku tak nak makanlah. Kau orderkan aku tembikai laici ajelah” ujar Sofea.
Dina menunjukkan simbol okay menggunakan jarinya dan berlalu pergi. Setelah beberapa minit, Dina kembali dengan dulang yang berisi air. Dina juga hanya mengorder air.
Mereka minum sambil berborak-borak.
“Oh ye, mana Ameer?” tanya Sofea.
“Entah. Aku call dia tadi nak ajak lunch tapi dia kata ada emergency. Biarlah dia. Tenang sikit hati aku” ujar Dina selamba sambil minum airnya.
“Eleh, tenang konon. Padahal hati dah gundah gulana bila tahu dia ada emergency kan. Tak payah soroklah. Aku tahu sangat yang kau sebenarnya dalam diam prihatin jugak kat dia, kan” Sofea sengaja mahu mengusik Dina.
Dina tidak nembalas malah hanya mendiamkan diri mendengar usikan Sofea. Tapi wajahnya sudah mula memerah menunjukkan yang dia berasa malu seolah-olah sudah kantoi.
Dina berdehem perlahan. Sofea hanya memandang ke arahnya sambil tersengih nakal.“Eh dahlah, layan kau buat apa. Aku nak pergi ladies sekejap” ujar Dina lalu dengan laju melangkah pergi.
Sofea ketawa kecil melihat gelagat dina. Matanya meliar melihat sekeliling. Melihat kesibukan manusia di dalam bangunan tersebut.
********************
Farhan dan azmi berjalan menuju ke cafe. Tiba-tiba Farhan berhenti melangkah dan menyeluk poket seluar dan bajunya seperti mencari sesuatu.“Kau cari apa?” tanya Azmi yang memandang pelik kepada Farhan.
“Handphone aku. Oh ye baru ingat, dalam kereta akulah. Aku lupa nak bawak sekali tadi. Kau pergi order air dulu. Tak kisahlah air apa-apa pon yang penting halal. Kejap lagi aku datang” beritahu Farhan seraya bergerak ke parking lot. Azmi yang tidak sempat membalas apa-apa hanya mengangguk kepala dan menuju ke cafe.
Azmi membawa dulang yang berisi air ke bahagian tepi cafe yang berdekatan dengan dua orang gadis. Kelihatan gadis-gadis itu rancak berbual tanpa melihat sekeliling sehinggalah seorang gadis bergerak ke ladies.
Azmi hanya menunggu Farhan yang tidak muncul-muncul dari tadi.
‘Aduh, mana dia ni? Aku sakit perut tahu tak. Hishh tak boleh jadi ni, kalau aku tunggu dia lagi mahu terlepas aku kat sini’ kata Azmi dalam hati sambil menekan-nekan perutnya.
Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan kepada farhan. Kemudian dia berlalu pergi ke toilet.
Farhan yang baru selesai berhubung dengan Maria untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang Mr Calvin dan segala appointmentnya, tergesa-gesa ke arah cafe. Dia pasti yang Azmi akan membebel kepadanya kerana lambat.
Namun setelah dia menamatkan talian dengan Maria, dia mendapat pesanan dari Azmi.
Bro, aku nak pergi toilet sekejap. Sakit perut do. Aku dah order air. Ada kat atas meja kat tepi cafe.
Farhan menyimpan semula telefon bimbitnya kedalam poket. Dia berjalan ke arah cafe.
********************
Sofea memandang sekeliling dan matanya tertancap kepada satu tubuh yang amat dikenali. Dia pasti itu adalah orangnya. Dia segera bangun dan bergerak laju meninggalkan meja tersebut untuk berjumpa gerangan itu.
YOU ARE READING
Iᴢᴢᴀʜʀᴀ
RomanceSofea Zahra Seorang yang bijak kerana mendapat gelaran doktor pada usia muda. Berasal dari keluarga berada namun tidak pernah berbangga dengan kekayaan yang diperolehi. Mudah bergaul dan disenangi oleh orang sekelilingnya. Izz Farhan Nama yang sem...