Bab 7

17 1 0
                                    

“Waalaikumussalam, ibu. Alhamdulillah, adik sihat kat sini. Kerja pon ok. Ibu tak payah risaulah.  Ibu kat sana macam mana? Abang ada bawak kakak ipar untuk adik tak?” tanya Sofea.

“Ibu sihat saja di sini. Abang kamu tu, penat mulut ibu berleter pasal tu. Tapi tak jugak dibawa jumpa ibu. Katanya belum sampai jodoh. Ni alang-alang dah pergi topik ni, ibu nak tanya. Kamu dengan Rayyan apa cerita. Senyap sahaja. Si Rayyan tu, taknak meminang kamu ke? Dah lama sangat kamu berdua bercinta. Tak elok biarkan lama-lama” panjang lebar puan Safia meluahkan isi hatinya.

“Dia busy sikitlah ibu lately ni. Yelah dah ambil alih syarikat ayah dia. Dia nak stabilkan diri dulu” ujar Sofea.

Sebenarnya dia juga mahukan hubungan ini pergi ke fasa yang lebih tinggi. Namun keadaan Rayyan juga perlu diambil kira. Dia tidak boleh mementingkan diri sendiri.

“Hmm yelah. Kamu berdua fikir-fikirkanlah tentang itu. Bukan apa, ibu taknaklah orang lain membawa mulut cakap benda buruk tentang kamu berdua. Ni ibu nak memasak untuk ayah kamu ni. Kejap lagi dia nak balik. Kamu jaga diri kamu baik-baik di sana” nasihat ibu.

“Yelah ibu. Kirim salam sayang adik kat ayah. Assalamualaikum ibu” balas Sofea mematikan talian.

Baru sahaja dia berura-ura hendak pergi, dia terdengar deheman seseorang. Pantas dia menoleh dan melihat lelaki tadi berada di belakangnya.

Farhan melemparkan reaksi kosong kepada Sofea. Dari tadi dia berdiri di situ sambil memerhati gelagat gadis di hadapannya sedang berbual telefon.

“Aku nak cakap sikit dekat kau. Boleh tak” ujar Farhan perlahan.

“Hah nak cakap apa? Cepat sikit. Saya malas nak layan orang macam awak ni. Banyak lagi benda saya nak buat” balas Sofea seperti malas hendak melayan lelaki di hadapannya.

Farhan yang mendengar berasa geram namun ditahan hatinya.

“Hmm. Aku.. Aku nak minta maaf pasal tadi. Tak sengaja” balas Farhan sedikit gugup. Dia tidak pernah meminta maaf dengan perempuan sebelum ini. Ini pon kerana dipaksa oleh Azmi.

“Okay. Lepas ni jangan muncul depan saya lagi” balas Sofea selamba.

Farhan ternganga mendengarnya. Dia sudak menurunkan egonya untuk meminta maaf kepada gadis ini tapi dibalasnya begini. Wah ini dah melampau.

Play back time!

“Jangan risau. Aku pon tak nak tengok muka kau lagi. Kalau cantik takpe lah jugak. Ni dah macam pontianak je aku tengok. Pontianak pon okay lagi aku rasa” balas Farhan sengaja menyakitkan hati Sofea padahal gadis di hadapannya memang cantik sangat.

Sofea yang mendengar panas hati. Baru sahaja dia hendak membalas, seseorang memanggilnya. Dan dia cukup kenal suara itu.

“Sayang” panggil Rayyan bersama senyuman manis. Dia mengorak langkah ke arah Sofea dan seorang lelaki.

Sofea terkedu melihat gerangan itu.

“Sayang, penat saya cari awak dari tadi. Nasib baik jumpa kat sini. Saya rindu sangat dengan awak” sambung Rayyan dengan gaya manja tanpa menghiraukan pandangan lelaki di hadapannya.

“Awak. Betullah tadi saya nampak awak. Saya ingatkan salah orang. Awak buat apa kat sini?”tanya Sofea dengan nada terkejut.

“Lah nak jumpa sayang pun tak boleh ke? Saya ni dah rindu sangat dengan buah hati pengarang jantung saya yang sorang ni” balas Rayyan dengan ayat gulanya.

Sofea tersenyum manis ke arah Rayyan. Malu apabila Rayyan berkata begitu.

“Ehem. Sorry, aku masuk dalam dululah” ujar Farhan tidak mahu menganggu pasangan itu. Sebenarnya dia hendak melarikan diri kerana tidak betah melihat senyuman gadis itu. Sungguh ia membuatkan Farhan terpaku melihat kecantikan gadis itu.

“Encik Farhan?” tanya Rayyan tiba-tiba. Farhan berhenti melangkah dan memandang ke arah lelaki itu.

“Encik kenal saya ke?” tanya Farhan yang tidak mengecam lelaki itu.

“Of course I know you. Kita sepatutnya ade appointment lunch tadi. But you cancelkan sebab ada emergency. By the way, I'm Rayyan. The new ceo of the Farisya Holding. Remember that?” terang Rayyan sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

“Oh I see. Sorry tak cam tadi. Tak pernah jumpa sebelum ini. And sorry batalkan appointment tu. Kawan saya masuk hospital. Itu yang tergesa-gesa” balas Farhan lalu menyambut huluran itu.

Sofea hanya diam memandang ke arah mereka.

“Not a big problem. Semua benda yang jadi pasti ada hikmah. Saya boleh jumpa dengan buah hati saya ni sebab awak dah cancelkan. Kalau tak, menanggung rindu lagilah saya. Dah lama tak jumpa sebab busy memanjang” balas Rayyan sambil mata melirik ke arah Sofea bersama senyuman.

Sofea tersipu malu.

Farhan pula hanya tersenyum tipis. Ya semua yang jadi ada hikmah. Kalau tidak, masakan dia boleh terjumpa gadis ini dalam keadaan yang.. Okay tak nak cakap. Malu.

“Okaylah. Kalau tak ada apa-apa, saya nak culik sayang saya ni dulu. Nanti kita borak lagi ya” kata Rayyan.

Farhan hanya menganggukkan kepala.

Rayyan dan Sofea melangkah pergi. Farhan hanya memandang dengan reaksi kosong.

Sofea dan Rayyan kelihatan seperti sepasang suami isteri yang bahagia. Bagai pinang dibelah dua.Sorang cantik, sorang lagi kacak.Orang lain pasti cemburu melihat mereka.

IᴢᴢᴀʜʀᴀWhere stories live. Discover now