Bab 8

18 1 0
                                    

Seminggu Aqil ditahan wad. Seminggu itu jugalah Farhan dan Azmi berulang-alik dari tempat kerja mereka untuk melawat Aqil. Aqil anak yatim piatu. Saudaranya yang lain semuanya jauh. Jadi dia hanya mempunyai kawan-kawannya sahaja. Farhan dan azmi yang banyak membantunya dari segi kewangan.

Dia terhutang budi dengan Farhan yang membiayai kos pembelajarannya dahulu sehingga dia berjaya menjadi seorang arkitek. Malah mereka sudah dianggapnya sebagai keluarga sendiri. Kerana itulah hubungan mereka bertiga sangat rapat.

“Aku mintak maaflah sebab susahkan korang. Terpaksa ulang-alik untuk jenguk aku. Susahkan korang je” lirih Aqil mengatakannya.

“Takde apa yang menyusahkan pon bro. Kita kan dah macam sebuah family. Mestilah kitorang sentiasa ada untuk kau time kau susah. Tak payah pikirlah. Ni, harini kau discharge kan. Jom, aku kemas barang kau dulu” Farhan mula mengemas barang Aqil.

“Kau tak payah nak sedih-sedih sangat. Aku tumbuk kau karang. Cepat sikit sembuh bongok. Aku dah gatal sangat tangan ni nak bergusti dengan kau” kata Azmi sambil mengaru-garu tangannya konon gatal sangat.

Aqil hanya tersengih sumbing melihat perangai Azmi.

Farhan yang mendengar menampar belakang kepala Azmi. Azmi menyeringai sakit.

“Aduhhh. Kau ni kenapa sengal” Azmi menggosok kepalanya yang ditampar. Boleh tahan kuat Farhan tampar.

“Dia belum keluar lagi dari hospital ni tapi kau dah ajak bergusti. Kaki dia tu, belum sembuh lagi. Kau tak payah nak cari nahas” kata Farhan sambil menunjuk ke arah kaki Aqil. Lalu dia dengan selamba badak memberikan beg yang berisi barangan Aqil kepada Azmi.

“Bawak ni” kata Farhan lalu membantu Aqil untuk duduk di kerusi roda.

Azmi mengambil juga beg itu sambil matanya melihat tajam ke arah Farhan. Masih tidak berpuas hati kerana kepalanya ditampar kuat.

Mereka bertiga keluar dari wad itu. Azmi membuka pintu wad itu manakala Farhan menolak perlahan kerusi roda yang diduduki Aqil.

“Aku nak pergi kaunter depan sana sekejap. Nak uruskan hal discharge ni. Kau tunggu sini. Jangan nak bawak Aqil merayau. Macam aku tak tahu perangai kau” beritahu Farhan sebelum bergerak ke kaunter.

“Yelah. Macamlah aku tak tahu. Berleter macam mak nenek” gumam Azmi perlahan namun Farhan masih mendengarnya.

“Kau cakap apa tadi?”

“Hah, takde apa. Patik menurut perintah tuanku” kata Azmi sambil menundukkan sikit badannya untuk menunjuk hormat.

“Baguslah kalau macam tu” kata Farhan lalu menuju ke kaunter.

Aqil yang melihat hanya tergelak lucu dengan perangai mereka berdua.

********************

Apabila Farhan tiba di kaunter, dia ternampak doktor cantik hari itu yang sedang bercakap dengan seorang nurse sambil sesekali tergelak. Farhan hanya memerhati tingkah laku doktor itu yang kelihatan comel di matanya. Namun cepat-cepat dia menyedarkan dirinya.

‘Apa kau ni Farhan. Awek orang tu. Jangan nak cari pasal’ monolog Farhan mengingatkan dirinya.

Laju dia melangkah ke kaunter.

Sofea yang menyedari kehadiran Farhan, menoleh ke arahnya. Dia sudah kurang marah dengan Farhan. Lagi-lagi setelah mengetahui bahawa lelaki itu adalah partner syarikat kepada Rayyan. Dia melangkah mendekati Farhan.

“Kawan awak dah discharge ke?” tanya Sofea memulakan perbualan. Dia mahu berbaik-baik dengan lelaki itu.

“Kau bercakap dengan aku ke? Kata tak nak jumpa aku lagi” sinis Farhan berbalas.

Sofea menahan geram dengan perlian itu.

“Cakap dengan awaklah. Takkan cakap dengan baju kotak-kotak awak ni pulak” balas Sofea masih mencuba.

“Kau nampakkan aku tengah buat apa sekarang ni. Lagi nak tanya kenapa?Ke kau nampak aku tengah memancing sekarang ni” Farhan masih dengan cara percakapannya. Sinis.

Sofea berasa geram dengan lelaki ini. Baru dia bercadang hendak berbaik-baik dengan lelaki ini tapi melihat mulut lancang lelaki ini, terus tidak jadi dia hendak berbaik.

“Awak ni dah kenapa? Saya cakap baik-baikkan. Apa masalah awak ni sampai nak sindir-sindir saya. Saya cuma nak berbaik dengan awak tapi kalau macam nilah perangai awak baik tak payah” balas Sofea yang sedang panas hati melihat kelakuan lelaki itu.

Farhan menghalakan badannya memandang ke arah Sofea. Matanya sempat melirik ke arah nametag doktor itu.

‘Sofea Zahra. Nice name’ kata Farhan dalam hati.

“Macam nilah, Dr Sofea. Aku nak cepat ni. Kerja aku dah menunggu. Kawan-kawan aku pun dah menunggu. So lain kali jelah kita berbaik ya. Sekarang ni aku takde mood nak berbaik dengan kau. So, excuse me?” balas Farhan dengan penuh tertib lalu melangkah meninggalkan kaunter itu.

“Dasar lelaki kerek, berlagak!!” Sofea menjerit kuat sehingga beberapa orang melihat ke arahnya. Dia termalu sendiri apabila menyedarinya.

Farhan terus melangkah ke arah kawan-kawannya dengan senyuman yang tidak lekang dari mulutnya. Dia berasa gembira kerana dapat mengenakan Sofea. Dia masih tidak dapat melupakan kata-kata gadis itu tempoh hari.

Tidak pernah ada gadis yang berani berkata begitu kepadanya namun Sofea orang pertama yang membuatkan dia berasa malu malah orang pertama yang menyebabkan dia perlu membuka mulut meminta maaf.

Memang dia akui Sofea seorang yang cantik. Namun itu tidak sama sekali membuatkan dia jatuh cinta dengan gadis itu.

Dan hari itu berjaya membuatkan mereka berdua mempunyai perasaan benci dan menyampah dalam diri masing-masing.

IᴢᴢᴀʜʀᴀWhere stories live. Discover now