Bab 6

18 1 0
                                    

Azmi memandang tepat ke arah Farhan. Farhan meletakkan dahinya di atas meja di cafe itu sambil sesekali menghentak-hentakkannya. Azmi yang melihat hanya menggeleng kepala. Dah kenapalah kawan dia yang seorang ini.

“Ni semua salah kau. Kau patutnya bagitahu aku air apa yang kau order. Senanglah sikit aku nak cari” kata Farhan menyalahkan Azmi walaupun sudah terang-terangan dia yang bersalah.

“Eheh. Aku pula yang salah. Kau yang sepatutnya tengok betul-betul. Kan kat meja ni pon ada air. Kosong lagi kan. Jangan nak salahkan aku eh” balas Azmi membela diri. Ada ke patut dia yang dipersalahkan.

Farhan mendengus perlahan sambil minum air yang terhidang di atas mejanya. Dia sebenarnya berasa malu. Yalah mana tidaknya, first, dia sudahlah salah tempat. Second, dia dengan selambanya minum air gadis itu. Ketiga, dia menghalau gadis itu untuk duduk di tempat lain. Dan keempat,dia tidak meminta maaf kepada gadis itu. Egonya menggunung tadi tapi sekarang rasa bersalah pula.

Itulah sebabnya dia berasa bengang sekarang ini.

“Dah-dahlah tu. Nanti kalau kau jumpa dia lagi, kau mintalah maaf. Bukan susah pon. Buang sikit ego kau tu” nasihat Azmi apabila melihat wajah bengang plus malu rakannya itu.

Farhan hanya diam mendengar nasihat itu. Masalahnya dia malu hendak meminta maaf. Dia lelaki. Rasa seperti jatuh sahamnya apabila meminta maaf.

********************

Sofea berdecit perlahan mengingati perlakuan lelaki tadi.

‘Dasar lelaki berlagak’ gerutu Sofea geram.

Tiba-tiba biliknya dimasuki oleh seseorang. Wajah Dr Ameer terpampang di hadapan matanya. Wajahnya kelihatan sedang mengalami kesakitan.

“Kenapa ni Ameer? Muka kau berkerut je” tanya Sofea prihatin.

“Sofea, kau tolong aku boleh tak? Tolong aku pergi tengok keadaan patient aku kat wad 13C. Aku cirit birit dari tadi. Ni pon aku nak pergi toilet balik. Kau tolong eh? Thanks Sofea. Bye” Lajunya Ameer berkata sama seperti lajunya dia berlari keluar dari biliknya.

Sofea hanya memandang simpati ke arah Ameer. Dia mencapai coat doktornya lalu memakainya. Setelah selesai, dia pantas berjalan ke wad yang dikatakan Ameer tadi dengan membawa laporan kesihatan pesakit itu.

Dia memasuki wad itu dan melihat seorang lelaki yang berbalut kepalanya sedang bersandar pada katil pesakit.

Sofea mendekati pesakit itu. Aqil yang perasan kedatangan doktor itu hanya melemparkan senyuman tipis kepadanya.

“Macam mana awak sekarang? Feeling better?” tanya Sofea.

Aqil hanya mengangguk kecil. Dia tidak berdaya hendak mengeluarkan suaranya ketika ini.

“Good then. Awak jangan risau, kaki awak akan sembuh dan awak boleh berjalan semula. Tangan awak pula, kalau boleh jangan angkat benda berat untuk sementara waktu. Tunggu sehingga ia sembuh sepenuhnya” panjang lebar Sofea menerangkannya.

Aqil hanya mengangguk.

Seraya itu, kedengaran pintu wad itu dibuka dari luar dan terpacul wajah dua orang lelaki. Sofea memalingkan mukanya ke arah pintu dan tergamam melihat lelaki itu lagi.

Azmi dan Farhan juga kelihatan terkejut melihat gadis di cafe tadi berada di hadapan mereka. Cuma yang lainnya kerana gadis itu sedang memakai coat doktor sekarang.

‘Dia doktor ke?’ tanya Farhan dalam hati.

“Awak doktor ke?” tanya Azmi yang kebetulan sama dengan isi hati Farhan.

Sofea yang mendengar membuat muka toya. Apa punya soalanlah?

“Eh taklah. Saya makcik cleaner. Tak nampak ke saya tengah mop lantai ni? ” balas Sofea sarkastik. Dah nampak dia pakai coat ni, doktorlah apa lagi.

Azmi yang mendengar tergelak kecil.

“Sorry. My fault. Tadi doktor lain yang berurusan dengan kami. That's why saya tanya. So,macam mana keadaan kawan saya?” tanya Azmi sambil mata melirik ke arah aqil yang hanya memandang ke arah mereka.

“Dr Ameer ada emergency. Saya gantikan dia sekejap. Encik Aqil is fine. Tidak ada effect yang teruk disebabkan kemalangan itu. Cuma kakinya sahaja. Saya rasa Dr Ameer dah terangkan kepada awak tentang itu” beritahu Sofea. Sesekali matanya melihat gerangan yang hanya senyap di belakang lelaki di hadapannya sekarang.

Azmi hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan Sofea.

“Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dululah. Banyak lagi patient yang saya perlu lawat” beritahu Sofea untuk meminta diri.

Azmi mengangguk sambil tangannya menyenggol tepi perut Farhan. Farhan menepis dan membuat muka ‘kau dah kenapa?’.

Azmi membalas dengan berkata 'minta maaflah cepat’.

Sofea hanya melihat perangai mereka berdua yang berbalas pandangan dari tadi.

Baru sahaja Farhan ingin berkata, tiba-tiba bunyi telefon Sofea kedengaran. Dia meminta diri untuk mengangkat telefon. Farhan hanya mengeluh. Susah betullah nak minta maaf.


IᴢᴢᴀʜʀᴀWhere stories live. Discover now