Pejabat yang cantik hiasan dalamannya dengan warna biru gelap menyerlahkan lagi pejabat yang kelihatan gah di mata semua. Cukup besar untuk bebas melakukan segalanya. Besarnya bilik ni sampai boleh meletakkan sebuah katil saiz queen untuk tidur dalam bilik ni. Pejabat ini kelihatan tenang dengan warna biru namun empunya bilik tidak pula begitu.
Izz farhan menghempas file ke atas mejanya di hadapan Dahlia, PA barunya sambil mencerlung tajam ke arah Dahlia. Dahlia menelan air liur melihat muka garang bossnya.
“What have you done? Laporan cacar marba. Appoinment bertembung. Awak ni tahu ke tak nak buat kerja!” ujar Farhan dengan suara marah.
“Sss-saya..”
“Saya apa?" jerkah Farhan sekuat hati. Mukanya usah dikatakan. Bengis sangat.
Melihat Dahlia yang sudah mengalirkan air mata, Farhan menahan diri dari terus memarahi gadis itu. Mana tidaknya, sudah seminggu gadis itu bekerja di bawahnya tetapi masih tidak tahu cara untuk handle segala hal.
Farhan sememangnya seorang yang sangat tegas terhadap pekerjanya. Dia tidak suka pekerja yang membuat kerja sambil lewa seperti Dahlia. Bukan dia tidak tahu, Dahlia suka mencuri tulang apabila dia tiada di pejabat tetapi ditahan sahaja sehingga hari ini. Namun apabila melihat hasil kerja dahlia hari ini, benar-benar membuatkan Farhan marah terhadapnya.
“Saya memang tak suka pekerja saya membuat kerja sambil lewa seperti awak Dahlia. Saya minta maaf tetapi awak dipecat serta merta dari syarikat ini. Syarikat ni tidak memerlukan orang macam awak. You may leave now” ujar Farhan seraya meletakkan sampul yang berisi gaji gadis itu selama seminggu ini di atas meja. Dia menyambung membuat tugasnya yang tergendala sebentar tadi.
Dahlia sudah terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut bossnya. Namun dia tidak membantah kerana dia tahu kalau dia membantah sekalipun bossnya tidak akan menukar fikiran. Dia meminta maaf kepada bossnya seraya mengambil sampul itu lalu keluar dari bilik yang mempunyai aura yang agak dingin itu.
Farhan mengangkat kepalanya apabila mendengar pintu ditutup. Farhan meraup mukanya dan membuat panggilan kepada bffnya iaitu Azmi aka pekerjanya untuk ke biliknya.
Tidak sampai 2 minit Azmi sudah terpacak di hadapan matanya.
“Yo, whats’up bro? Tak pernah-pernah panggil aku datang bilik kau. Ni pasal apa panggil aku ni?” ujar Azmi ceria tanpa mengetahui hal sebenar. Dengan selamba dia duduk di kerusi yang berhadapan dengan Farhan tanpa dijemput.
“Aku nak kau tolong carikan PA baru untuk aku as soon as possible. And make sure dia boleh buat kerja. Kalau boleh biar yang cekap macam Fina”.
Azmi yang mendengarnya berasa pelik.
“Aik, bukan kau baru je dapat PA baru ke? Ni pasai apa suruh aku pi cari yang lain?” kata Azmi.
“Aku dah pecat dia. Satu kerja pon tak boleh buat. Malas aku nk menghadap dia lagi. And kau, make sure kau cari yang terbaik dari yang terbaik" ujar Farhan selamba.
“Hmm, padanlah aku tengok muka si Dahlia tu merah je rupanya baru lepas nangis. Tapi tulah dengan pakej mengamuk hempas-hempas barang lagi tu kat luar sana”, bersemangat Azmi bercerita kepada Farhan. Farhan hanya endah tidak endah sahaja dengan cerita Azmi.
“Dah, tak ada apa-apa lagikan. So kau boleh keluar. Aku ni super duper busy. Takde masa nak layan kau. Tu pintu keluar. Silakan Encik Azmi” ujar Farhan sambil tangannya menunjuk ke arah pintu.
Azmi mencebik seraya bangun dari kerusi. Sempat lagi dia membalas kata-kata Farhan.
“Eleh macamlah aku tak busy tapi sebab kau ni bff aku, laju macam halilintar tak tengok kanan, tak tengok kiri terus aku datang sini tau bila kau panggil aku. Tapi sampai hati kau halau aku kan. Oh no! Sakitnya tuh disini” ujar Azmi terlebih dramatik sambil memegang dadanya. Konon sakit sangatlah.
“Dah kau tak payah nak berdrama kat sini. Macam aku tak tahu kau tidur tadi. Tu yang tak tengok kanan kiri terus datang sini. Aku ni walaupun duduk terperap kat bilik tapi aku tahulah pekerja aku buat kerje ke tak”.
Azmi hanya tersengih seperti kerang busuk apabila tembelangnya pecah. Tapi dia bukan selalu tidur kat pejabat, harini je sebab dia main video game tak ingat dunia semalam. Tak disangka Farhan akan tahu. Akibat rasa geram sebab tembelangnya pecah, Azmi mahu mengenakan Farhan.
“Eh Farhan, belakang kau tu ada apa? ”
Farhan yang tidak tahu apa-apa menoleh ke belakang tanpa syak wasangka. Azmi mengambil peluang dengan menarik rambut Farhan sedikit dan berlari laju keluar dari bilik itu sebelum gunung berapi meletup.
Farhan mengaduh kesakitan dan menjerit sekuat hati.
“Azzmmiiiiiiii”
Azmi diluar hanya mengekek ketawa kerana berjaya mengenakan Farhan.
YOU ARE READING
Iᴢᴢᴀʜʀᴀ
RomantizmSofea Zahra Seorang yang bijak kerana mendapat gelaran doktor pada usia muda. Berasal dari keluarga berada namun tidak pernah berbangga dengan kekayaan yang diperolehi. Mudah bergaul dan disenangi oleh orang sekelilingnya. Izz Farhan Nama yang sem...