Bab 4

17 2 0
                                    

Farhan menandatangan file yang dibawa oleh PA nya, Maria. Azmi berjaya mendapatkan PA yang terbaik untuknya. Segala jadualnya dapat diurus dengan baik. Tidak seperti waktu ketika Dahlia menguruskannya.

“Anything else?" tanya Farhan.

“Ada. Encik ada appointment dengan Encik Rayyan hari ini pada lunch hour dan jugak dinner with Mr Calvin malam ni. Itu sahaja” terang Maria satu persatu.

Farhan mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan dia mengerti apa yang diperkatakan Maria.

“Okay, kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh keluar” ujar Farhan memberi arahan.

Maria menundukkan sikit badannya kemudian berlalu keluar dari bilik itu.

Tidak sampai 1 minit, pintu biliknya dibuka semula tanpa sebarang ketukan. Farhan mengangkat wajahnya melihat gerangan yang tidak mengetuk pintu terlebih dahulu.
Wajah Azmi yang cemas menyapa pandangannya.

“Kau dah kenapa? Tak reti nak ketuk pintu dulu ke sebelum masuk” ujar farhan tegas.

Azmi menarik nafas dalam lalu menghembusnya. Dia terpaksa berlari ke sini untuk memberitahu hal ini kepada Farhan.

“Sorry bro. Tak sengaja. Nak cepat bagitahu kau” terang Azmi.

“Apa dia ni? Cemas je aku tengok muka kau” kata Farhan.

“Kau tahu tak, Aqil masuk hospital. Dia accident tadi masa on the way datang sini. Aku terkejut dengar pasal tu, tu yang aku lari nak bagitau kau” beritahu Azmi.

Farhan tergamam mendengarnya. Aqil juga merupakan salah seorang rakan mereka berdua yang paling rapat. Farhan sedia maklum yang Aqil mahu ke syarikatnya setelah lama tidak berjumpa, namun tidak disangka perkara ini terjadi.

“Dah tu dia macam mana sekarang? Dekat hospital mana?” tanya Farhan kalut.

“Aku tak tahu. Aku nak ajak kau pergi hospitallah ni. Kau busy tak?” tanya Azmi.

“Tak, aku tak busy. Appointment tu nanti aku postpone. Aku nak pergi melawat aqil dulu” terang Farhan sambil mengemas segala kertas di atas mejanya dengan pantas.

Dia melangkah keluar dari biliknya bersama Azmi dan menuju ke arah Maria.

“Maria, batalkan semua appointment saya harini. Saya nak melawat kawan saya di hospital. Postpone semua appointment saya. Tolong terangkan dengan baik kepada Encik Rayyan dan Mr Calvin” terang Farhan kepada Maria. Dia tidak mahu Mr Calvin berfikir bahawa dia memang sengaja membatalkan dinner hari ini lagi. Ya, lagi. Kerana ini sudah masuk kali ketiga dia membatalkan perjumpaannya dengan lelaki itu.

“Baiklah encik. Encik jangan risau, saya akan uruskannya” beritahu Maria.

Farhan terus melangkah laju ke arah keretanya. Dia mengambil tempat di bahagian pemandu manakala Azmi duduk di bahagian penumpang. Farhan laju bergerak ke arah hospital Tailor Prince yang diberitahu oleh Azmi sebentar tadi.

Sepanjang perjalanan,dia tidak berhenti berdoa supaya Aqil tidak mengalami kecederaan yang parah.

Apabila sampai di hospital itu, mereka laju menuju ke arah seorang nurse yang berada di kaunter. Mereka bertanya tentang pesakit bernama Aqil Faizal. Setelah diberitahu tentang wad pesakit, mereka laju bergerak ke arah wad itu.

Sesampai di wad itu, mereka melihat seorang doktor lelaki dan seorang nurse sedang bercakap di hadapan wad yang menempatkan Aqil.

Mereka laju bertanya kepada doktor tersebut tentang keadaan rakan mereka.

“Doktor, macam mana keadaan kawan kami?”tanya Azmi kepada Dr Ameer.

“Kawan awak tidak mengalami kecederaan yang terlalu parah.Cuma lengan kanannya dijahit sedikit kerana terkoyak. Kaki kirinya pula patah dan menyebabkan dia tidak dapat berjalan seperti biasa” terang Dr Ameer sehingga membuatkan mereka berdua tergamam mendengarnya.

‘Ni maksudnya Aqil dah tak boleh berjalan ke’ Farhan berkata dalam hati.

“Tapi jangan risau, dia masih boleh berjalan cuma mengambil masa yang lama sedikit untuk berjalan seperti biasa semula. Kakinya tidak boleh bergerak untuk sementara waktu saja” sambung Dr Ameer lagi.

Farhan dan Azmi menghembus nafas lega kerana sekurang-kurangnya Aqil masih boleh berjalan.

“Kalau tak ada apa-apa lagi,saya minta diri dulu” pamit Dr Ameer tergesa-gesa. Farhan dan Azmi yang melihatnya hanya mengerutkan dahi melihat gelagat doktor itu.

Mereka berdua masuk kedalam wad Aqil. Mereka melihat ke arah sekujur tubuh yang terlantar di atas katil pesakit. Jatuh kasihan mereka melihat Aqil yang berbalut kepalanya dan kaki kirinya serta lengan kanannya yang dijahit.

Setelah agak lama mereka berdiam diri melihat Aqil yang masih belum sedarkan diri, Azmi mula bersuara.

“Han, kita pergi lunch dululah. Dah pukul 1.30 ni.Kita makan kat cafe bawah jelah” kata Azmi sambil mata melirik ke arah jam tangannya.

Farhan hanya mengangguk dan bangun dari kerusi yang didudukinya. Mereka melangkah keluar bersama untuk mengisi perut mereka yang mula kelaparan.

IᴢᴢᴀʜʀᴀWhere stories live. Discover now