Bab 9

5 1 0
                                    

“Mira, kau dah siap ke belum? Kita dah lambat ni. Cepatlah sikit” laung Sofea dari tingkat bawah rumah sewa itu.

Hari ini mereka akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Fahmi. Kawan-kawan yang lain juga sudah bersiap. Mereka bertujuh akan menaiki alphard milik ayah Mira. Semua kelihatan anggun dengan sepersalinan baju kurung yang kelihatan cantik di badan masing-masing.

Semua sudah menunggu di bawah tetapi ayu sahaja yang tidak munculkan diri dari tadi.

“Yeye, aku datang ni. Tak boleh sabar sekejaplah kau ni” rungut Mira sambil terkedek-kedek menuruni tangga.

“Ewah ewah ewah. Makcik oi, awak tu yang lambat sangat kenapa? Kami ni disini dah lama sangat bertapa. Aku memang dah tak boleh nak sabar lagi dah ni. Mentang-mentanglah kereta papa dia. Suka suki je lambat-lambat siap” bebel Sofea.

“Yelah aku dah siap ni. Dah keluar. Aku nak kunci pintu” halau Mira sambil mengenggam segugus kunci untuk dikunci pintu rumah itu.

Mereka mengambil beg tangan masing-masing yang terletak elok di atas sofa tadi lalu keluar dari rumah dua tingkat itu.

Selesai mengunci pintu, Mira menoleh ke belakang dan melihat mereka semua menaiki kereta dan duduk di bahagian penumpang. Tasya,Wani dan Iylia duduk di seat paling belakang. Fara dan husna duduk di seat tengah. Manakala Sofea duduk di seat sebelah pemandu. Tinggal bahagian pemandu sahaja.

‘Sedapnya diorang bersenang lenang ya. Memang taklah aku nak drive’ monolog Mira sambil bergerak ke arah kereta.

“Ewah ewah ewah. Cik sofea oi, bestnya dia duduk dekat sebelah pemandu ya. Ha takde takde.Aku malas nak drive. Aku nak kau drive. Ni kunci” kata Mira sambil menyerahkan kunci kereta.

“Weh alamak. Aku malas jugaklah nak drive. Kau suruh orang lainlah. Tasya ke Iylia ke?” balas Sofea yang malas hendak drive.

Tasya dan Iylia memandang ke arah Mira lalu berpura-pura sudah tidur. Siap pakej berdengkur lagi.

Wani menyorokkan mukanya di balik kerusi. Fara dan Husna sememangnya tidak mempunyai lesen jadi mereka tidak boleh membawa kereta.

Mira memandang semula ke arah sofea.

“Takde takde diorang tak nak bawak. No choice friend. Memang kau yang kene bawak” ujar Mira dengan tersenyum sinis.

Sofea membuat muka menyampah lalu turun dari kereta dan bergerak ke arah pemandu. Dia memang tidak pernah menang kalau hendak berdebat dengan Mira. Sempat lagi dia mengambil kunci kereta dari Mira dengan kasar.

Mira hanya tersenyum menang dan menaiki kereta.

Mereka membaca doa menaiki kenderaan dan memulakan perjalanan mereka.

********************

Sesekali Sofea menyanyi mengikut lagu yang diputarkan di radio kereta. Kawan-kawannya yang lain juga tidak melepaskan peluang untuk menyanyi sekali.

Sedang asyik menyanyi, satu rempuhan berlaku di bahagian belakang kereta. Sofea yang terkejut terus menekan brek dengan mengejut. Mujur mereka semua memakai seatbelt.

“Astaghfirullahalazim. Babe kenapa ni?” Mira menanya Sofea.

“Kereta belakang langgar kita. Jap aku parking tepi” Sofea bergerak ke kiri sedikit lalu menanggalkan seatbelt dan turun dari kereta. Mira dan Tasya juga ikut sama turun. Yang lain masih berada dalam kereta.

Sofea berjalan ke belakang kereta. Bahagian belakang kereta sedikit remuk.

“Ya allah. Weh Fea, mampos aku nk jawab apa kat papa aku ni” Mira sedikit gelabah melihat keadaan kereta tersebut. Nak lagi kereta kesayangan papanya.

"Ish geram betullah aku, mangkuk mana yang menyusahkan aku ni, meh aku nak ganyang muka dia" sambung Mira sambil mencerlung tajam ke arah kereta Honda yang melanggar kereta papanya itu.

"Sabar Mira, jangan buat kecoh. Kita settle baik-baik benda ni" kata Tasya apabila melihat muka Mira sudah kemerahan menahan marah.

Sedang Tasya menenangkan Mira, seseorang mendekati mereka.

“Err maaf, saya tak sengaja” Sofea, Tasya dan Mira memandang ke arah jejaka tersebut. Terkedu Sofea apabila melihat jejaka tersebut adalah Farhan.

“Awak?” Sofea terkejut melihat Farhan di hadapannya. Farhan juga terkejut melihatnya.

“Okay, saya minta maaf sangat. Saya yang cuai. Saya akan bayar ganti rugi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 04, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

IᴢᴢᴀʜʀᴀWhere stories live. Discover now