Sofea Zahra Seorang yang bijak kerana mendapat gelaran doktor pada usia muda. Berasal dari keluarga berada namun tidak pernah berbangga dengan kekayaan yang diperolehi. Mudah bergaul dan disenangi oleh orang sekelilingnya. Izz Farhan Nama yang sempurna sama seperti pemiliknya. Seorang yang mementingkan kerjayanya sebagai seorang CEO di sebuah syarikat terkenal.Namun begitu, keluarga lebih diutamakan berbanding kerjaya. Pertemuan pertama antara mereka tidaklah seindah yang disangka. Bibit-bibit cinta mula terputik? Semestinya tidak pada mereka apabila perasaan menyampah dan benci mula menguasai diri. "Wah, tak sangka saya boleh terserempak dengan awak kat sini lagi"ujar sofea sinis. "Sape yang bercakap dengan aku ni? Hantu ke? "balas farhan sambil mata berpura-pura meliar ke sekeliling. Pertemuan demi pertemuan antara mereka membuatkan mereka mula mengenali satu sama lain.Namun semuanya tidak semudah yang disangka. Adakah mereka mula mencintai satu sama lain? Atau semakin bertambah rasa benci yang bermukim di hati mereka?