Sinaran matahari masuk melalui celah langsir yang ada di dalam bilik Kun. Merasakan sinaran matahari tersebut kena kelopak matanya, Kun pun terbangun.
Dia menguap kecil, tangannya menggosok matanya. Kun baru sahaja hendak bergerak tetapi sesuatu yang menahannya.
Dia memandang ke bawah dan ternampak sepasang tangan memeluk perutnya dari belakang. Lantas Kun menoleh ke belakang dan dia berhadapan dengan Sicheng.
Kelihatan Sicheng sedang tidur dengan tenang. Kun memerhatikan wajah tidur Sicheng. Rambut depan Sicheng yang terjuntai menutup wajahnya.
"Dia dah jauh berubah, dulu dia comel sekarang dia nampak.... "Kun mengantung kata katanya.Dia menatap bibir Sicheng dan kembali menatap wajah Sicheng.
"Handsome.. "Ujar Kun. Tiba tiba Sicheng bergerak dan automatik pelukan mereka terlepas. Kini Kun menghadap belakang Sicheng. Kun mengigit bawah bibirnya.
Dia merasakan perasaan itu kembali lagi. Sudah bertahun tahun dia membuang perasaan itu dan perasaan itu kembali lagi.
Hanya disebabkan dia menatap wajah Sicheng terlalu lama. Sebenarnya dia dah terbiasa tidur dengan Sicheng masa mereka kecil dulu.
Tetapi kali ini berbeza. Sangat berbeza. Dia sendiri tidak tahu hendak describe macam mana. Kun memposisikan dirinya duduk. Dia meraup wajahnya.
Dia tidak boleh jatuh hati dengan adiknya. Walaupun adik angkat, nanti ayahnya murka.
Tiba tiba sepasang tangan memeluknya dari belakang. Kun terkejut dengan kelakuab Sicheng. Sicheng membenamkan wajahnya pada tengkuk.
Kun berasa geli dengan nafas hangat Sicheng yang menghembus pada tengkuknya. Kun cuba meleraikan pelukan tetapi dakapan mereka semakin erat.
"Morning.. "Bisik Sicheng pada telinga Kun. Kun berasa tidak selesa dengan dakapan Sicheng. "Sicheng, lepaslah. Aku nak pergi mandi ni. "Ujar Kun.
"Join sekali boleh? "Sengaja Sicheng bertanya demikian. Dia ingat Kun hanya merona merah tetapi Kun menjerit dan memukul kepalanya. Itu menyebabkan dakapan mereka terlepas.
Sicheng mengusap kepalanya yang menjadi sasaran pukulan Kun. Kun tertawa gembira kerana berjaya memukul kepala Sicheng. Tanpa dia sedar, Sicheng menolak tubuhnya di atas katil dan menindih tubuh Kun. Dia menahan kedua dua tangan Kun.
Kun semestinya terkejut dengan kelakuan Sicheng. Sicheng tersenyum sinis memandang Kun. "Happy sangat bila dapat pukul kepala aku. "Ujar Sicheng. Kun memberontak tetapi dia gagal kerana tenaga Sicheng lebih kuat dari dia.
Sicheng mendekatkan wajahnya dengan wajah Kun. Dia menatap bibir Kun. Kun merasakan jantungnya berdegup dengan kencang. Dia menutup matanya dan menunggu apa yang terjadi.
Baru sahaja bibir mereka hendak bersatu, seseorang berdehem. Lantas mereka menoleh ke arah pintu. Kelihatan Mr. Dong memandang mereka dengan pandangan kosong.
"Buat apa tu? "Sengaja Mr. Dong bertanya. Disebabkan pegangan pada tangannya melonggar, Kun pun menarik tangannya dan menolak Sicheng hingga jatuh dari katil.
Kun turun dari katil dan berlari masuk ke dalam bilik air yang ada dalam bilik. Sicheng merintih kesakitan kerana bontot dia terhempas dengan selamat di atas lantau yang sejuk. Dia memandang ke arah Mr. Dong.
Mr. Dong hanya menggeleng kepala dan berjalan pergi. Sicheng tersenyum. 'Papa kacau daun. 'Desis hati Sicheng.
Dia bangkit dan mencapai tuala.
~
Kun mengunci pintu dari dalam. Dia terduduk bersandar pada pintu bilik air. Pipinya memerah kerana kejadian tadi. Kun menepuk pipinya."Aku blushing... Arghhh!! Papa tengok tadi. "Kun menutup wajahnya. Pipinya sungguh panas. Dia mula terfikir, apakah reaction ayahnya apabila nampak mereka tadi?
YOU ARE READING
Ardere sicut drámatis [√]
FanfictionKun merupakan anak angkat dalam keluarga Dong. Semasa kecil, Kun selalu kena buli dengan anak sulung keluarga Dong iaitu Dong Sicheng. Kun merasakan dirinya lemah setiap kali dia dibuli oleh Sicheng. Beberapa tahun kemudian, mereka membesar dan ma...