Kun sedang menyediakan sarapan pagi di dapur, Sicheng baru sahaja bersiap pun melangkah ke dapur. Dia ternampak Kun sedang sibuk di dapur.
"Sayang, janganlah kerja keras sangat. Tak kesian ke dengan baby dalam perut tu? "Ujar Sicheng, Kun hanya tersenyum memandangnya. Dia meletakkan roti bakar di atas pinggan dan dihidang di atas meja.
"Kalau aku tak buat sarapan, sayang nak makan apa? Nanti lapar. "Ujar Kun, dia sudah selesai dengan kerja dapurnya.
Sicheng memutarkan bola matanya. Selalu je Kun berkata begitu.
"Morning~"sapa Xujin, dia duduk di atas kerusi dan menghadap meja makan. Hari ni dia ada kelas pagi, jadi dia makan sarapan dulu sebelum pergi.
"Morning Xujin. "Ujar Kun, dia tersenyum memandang Xujin. Sicheng duduk menghadap meja dan menikmati sarapan.
"Bila appointment pregnancy sayang? "Tanya Sicheng, dia meminum kopinya.
"Next week. "Ujar Kun, dia mengusap perutnya yang sudah kelihatan membesar. Kini usia janin dalam perut ialah 3 bulan.
"Ok, aku pergi dulu. Aunty Ningning tunggu kat luar. Bye mama, papa. "Xujin bangkit dari tempat duduknya dan mengucup pipi Kun dan Sicheng.
Dia pun melangkah pergi. Setelah sarapan, Kun mengemas meja makan dan semestinya Sicheng menolongnya.
Sebab Sicheng tidak mahu dia keletihan.
Sedang Kun mencuci pinggan, Sicheng memeluknya dari belakang. Dia menghirup aroma badan Kun, tangannya melingkar pada perut Kun yang membesar.
"Tak sabar nak menyambut kelahiran baby. "Bisik Sicheng pada telinga Kun. Kun tersenyum, dia memegang Sicheng yang berada atas perutnya.
"Sayang rasa, baby dalam rahim ni perempuan ke lelaki? "Tanya Kun, Sicheng meletakkan dagunya di atas bahu Kun. "Perempuan? Sebab sayang selalu merengek. "Ujar Sicheng.
Kun memusingkan badannya untuk memukul bahu Sicheng lembut. "Sayang jahat. "Ujar Kun, dia melipatkan tangannya pada dada dan memanyunkan bibirnya.
Sicheng tertawa, dia mengucup bibir Kun supaya Kun tidak pouting. Kun mendepakan tangannya. Sicheng mengerut dahi.
"Nak peluk. "Ujar Kun.
"Baby ke kau yang nak? "
"Baby. "
"Oh, ok. "Sicheng memeluk Kun, Kun menyandarkan kepalanya pada dada Sicheng. Dia berasa selesa berada dalam dakapan Sicheng. Mendengar setiap degupan jantung Sicheng adalah kegemarannya.
Rasa hangat, aroma tubuh Sicheng yang memabukkan. Dia memasukkan tangannya ke dalam kemeja Sicheng dan itu semestinya membuatkan Sicheng terkejut.
"S-sayang? "
"Sh.. Ni permintaan baby. " Kun memasukkan kepalanya ke dalam baju Sicheng. Dia merasakan Kun menyandarkan kepalanya pada dada Sicheng. Sicheng hanya mampu mendengus perlahan.
Ada sahaja perangai pelik yang Kun buat. Kadang kadang boleh membuatkan Sicheng rasa jengkel tetapi dia harus bersabar sebab semua ini ialah normal bagi wanita mengandung.
"Hangat dan selesa. "Ucap Kun. Sicheng hanya mampu mendengus perlahan. Sesekali dia merasakan bibir Kun mengucup perutnya berkali kali dan itu membuatkan dirinya rasa geli. Nampaknya Kun tidak mahu melepaskan dia.
Terpaksa dia ambik leave hari ini. Dia mengeluarkan telefon dan mendail nombor Jaehyun.
"Jae, aku ambik sick leave hari ni. Teman Kun. "Ujar Sicheng.
YOU ARE READING
Ardere sicut drámatis [√]
FanfictionKun merupakan anak angkat dalam keluarga Dong. Semasa kecil, Kun selalu kena buli dengan anak sulung keluarga Dong iaitu Dong Sicheng. Kun merasakan dirinya lemah setiap kali dia dibuli oleh Sicheng. Beberapa tahun kemudian, mereka membesar dan ma...