Why?

290 32 15
                                    

Beberapa hari kemudian, Sicheng dan Kun pun berkahwin. Hari itu merupakan hari yang paling gembira dalam hidup mereka.

Sebagai hadiah perkahwinan mereka, En. Dong membeli sebuah rumah untuk mereka.

Mulai dari saat itu, mereka tinggal di rumah baru. Begitu juga dengan Xujin kerana Xujin sudah menjadi anak mereka.

~

Xujin sedang melihat penampilannya pada cermin yang ada dalam biliknya. Dia tersenyum puas apabila pakaian seragam dia kemas dan skirt dia juga nampak ok.

Dia mengambil reben biru dan diikatnya pada rambut. Setelah selesai, dia meraih beg sekolah lalu turun ke tingkat bawah.

Di situ dia bertemu dengan Sicheng. "Morning papa. "Sapa Xujin lalu mencium pipi Sicheng. Sicheng tersenyum lalu duduk menghadap meja makan.

Di atas meja makan tersedia sarapan untuk mereka. Mata Xujin bersinar sinar apabila dia melihat breakfast di atas meja.

Dia pun duduk menghadap Sicheng. "Nampak sedap. "Ujar Xujin, dia baru sahaja hendak mengambil sosej yang ada atas pinggan tetapi niatnya terbatal apabila Sicheng memberitahunya bahawa Kun yang buat sarapan.

Dia memandang Sicheng sekilas, dia juga ternampak Kun sedang berdiri di ambang pintu dapur. Melihatnya dengan tatapan sedih tetapi dia sembunyikan dengan senyuman palsu.

"Xujin baru ingat, Xujin diet hari ni. Tak boleh makan makanan yang berminyak. "Ujar Xujin, dia meraih bread yang ada di atas meja.

Mulanya Sicheng berasa hairan, tetapi setelah Xujin mengatakan yang dia nak diet, dia tidak berasa hairan lagi.

Melihat Xujin begitu, Kun merasakan hatinya dicucuk beribu jarum. Dia dapat merasakan yang Xujin tidak suka dengan kehadirannya.

Dengan langkah yang lemah, dia berjalan ke dapur dengan linangan air mata. Dia mula memandang keluar jendela. Melihat awan yang berterbangan di udara.

Dia berusaha membuang fikiran negative tentang Xujin yang tidak suka dengan dirinya. Sedang dia sibuk melayan fikirannya, tiba tiba dia merasakan sepasang tangan memeluknya dari belakang.

Sicheng meletakkan dagunya pada bahu Kun. Dia mencium leher Kun dan itu membuatkan Kun berasa geli lalu berdiri menghadap Sicheng. Sicheng tersenyum memandang Kun.

Namun hanya sementara apabila dia perasan yang air mata Kun berlinangan. "Sayang kenapa ni? "Tanya Sicheng, dia menangkup kedua dua pipi Kun.

"Xujin dah pergi sekolah ke? "Kun cuba untuk mengelak daripada menjawab soalan Sicheng. "Aku dah suruh driver hantar dia. Kenapa ni? Jangan nak tukar topik. "Ujar Sicheng.

Kun tersenyum palsu sambil menggeleng kepala. "Pasal Xujin? "Tanya Sicheng. Kun hanya terdiam.

Sicheng mendengus perlahan, dia memeluk Kun dan mengusap belakang Kun dengan lembut. Air mata Kun mula gugur dan dia pun menangis pada bahu Sicheng.

Dia pun nak disayangi oleh Xujin. Tapi kenapa Xujin membuatnya begitu? "Dahlah, jangan nangis. Mungkin dia memang diet.. "Ujar Sicheng apabila pelukan mereka dileraikan. Dia mengesat air mata Kun dengan ibu jarinya.

Sicheng mengucup dahi Kun, beralih pada hidung dan akhir sekali pasa bibir. Dia mengucup bibif Kun agak lama dan setelah itu dia tersenyum memandang Kun.

"Dah, sekarang kita pergi kerja. "Ujar Sicheng. Kun hanya mengangguk kepala.

~
Xujin sedang termenung di pondok bacaan. Buku nota didepannya hanya terbuka dan tidak dibaca. Waktu persekolahan sudah tamat, dia sedang menunggu Sicheng menjemputnya balik.

Ardere sicut drámatis [√]Where stories live. Discover now