Operation

271 24 21
                                    

Pagi itu, Sicheng dan Kun berjumpa dengan Dr. Jaeyeol. Orang yang paling gelisha semasa bercakap dengan Dr. Jaeyeol ialah Sicheng, sepatutnya Kun yang gelisha kerana dia bakal dibedah.

Tetapi Kun nampak excited nak dibedah. Dia tak sabar nak jadi perempuan. Kedengaran seperti tidak bersyukur tetapi takkan dia nak ada dua alat kelamin untuk selamanya.

Bukankah ia kedengaran tamak.

Baik dia buang satu alat kelamin yang tidak berfungsi lagi dan gunakan yang berfungsi.

"Ok, sekarang Puan Dong. "Kun mengangkat kepalanya dan memandang Dr. Jaeyeol.

"Ya dokter. "

"Kamu dah bersedia? "Tanya Dr. Jaeyeol. Kun tersenyum manis sambil mengangguk kepala. Sicheng melihat Kun yang excited rasa semakin gelisha.

"Baiklah, sekarang kita mulakan operation. Sila ikut saya ke bilik persalinan untuk tukar pakaian. "Ujar Dr. Jaeyeol, dia bangkit dari tempat duduknya dengan diikuti oleh Kun.

Tidak sampai beberapa minit, Kun sudah pun menukarkan pakaiannya kepada pakaian pesakit dan kepalanya ditutup dengan topi plastik.

Kini mereka bertiga berada di dalam bilik pembedahan. Sicheng melihat sekeliling bilik pembedahan. Kelihatan tiga orang jururawat sedang menyediakan peralatan untuk membedah Kun.

Melihat peralatan pembedahan itu sudah menbuatkan Sicheng berasa takut. Terutamanya pisau kecil. Pisau kecil itu digunakan untuk membelah dada manusia.

Sicheng merasakan kepalanya pening apabila dia membayangkan perkara itu.

Dr. Jaeyeol pula sedang memakai mask, dua sarung tangan warna putih dipakai untuk dia menbedah nanti.

"Dokter, semua peralatan sudah siap. "Ujar seorang jururawat yang bernametag Aerin. Dr. Jaeyeol mengangguk kepala.

"Baiklah Puan Dong, sila baring di atas katil ni. "Ujar Dr. Jaeyeol. Kun mengangguk kepala. Sedang dia hendak naik ke atas katil, Sicheng menarik lengannya dan membuatkan Kun menghentikan langkahnya. Dia beralih menghadap Sicheng.

"Harap semuanya berjaya. "Ujar Sicheng. Kun tersenyum memandang Sicheng, tangannya diangkat untuk mengusap pipi Sicheng. "Semuanya akan baik baik sayang, jangan risau. "Ujar Kun. Sicheng tersenyum, dia mendekatikan bibirnya dengn dahi Kun dan mencium dahi Kun.

Ciuman yang agak lama. Setelah itu, Sicheng diarahkan untuk tunggu diluar bilik pembedahan. Dia pun duduk di atas kerusi khas untuk menunggu.

Manakala di dalam bilik pembedahan pula, Kun naik ke atas katil lalu membaringkan dirinya. Dia mencepetkan matanya apabila lampu warna oren mula diarahkan kepadanya. Lampu oren itu sangat menyilaukan sehingga membuatkan Kun terpaksa mencepetkan matanya.

"Sekarang kita nak mulakan pembedahan tapi sebelum itu. "Kelihatan Dr. Jaeyeol mencari sesuatu. Dia memberi Kun ubat bius dan menyuruh Kun mengira nombor hingga lima.

"Satu... "Kun tidak merasakan apa apa setelah diberi ubat bius. Dia meneruskan kiraannya hinggalah dia merasa mengantuk apabila dia menyebut nombor empat.

Matanya mula kabur dan kelopak matanya tertutup apabila dia menyebut nombor lima. Dia terus terlelap. Semuanya sunyi baginya.

Dr. Jaeyeol memetik jarinya depan wajah Kun untuk memastikan Kun sudah terlelap ataupun tidak. Kelihatan Kun tidak bergerak sama sekali, seolah olah dia tidur mati.

"Dia dah tidur dokter. "Ujar Aerin. Dr. Jaeyeol mengangguk kepala dan memulakan operasinya.


••••

Ardere sicut drámatis [√]Where stories live. Discover now