Kun membuka matanya, Sicheng lah orang pertama yang dia lihat. Dia merasa kepalanya pening kerana tiba tiba pengsan.
"Sayang ok? "Tanya Sicheng apabila Kun cuba untuk duduk. Sicheng menolong Kun untuk duduk. "Kepala aku sakit tadi. "Ujar Kun, dia mengusap kepalanya.
"Sayang pengsan tadi. "Ujar Sicheng, Kun hanya mengangguk kepalanya. Tiba tiba dia berasa mual, belum sempat dia menutup mulutnya, dia sudah termuntah pada baju Sicheng.
Mata Sicheng membulat apabila Kun muntah. Habis bajunya kotor disebabkan Kun, Kun mengesat mulutnya.
Kepalanya rasa sakit lagi. "Sayang ok ke ni? Nak pergi ke hospital ke? "Tanya Sicheng, Kun menggeleng kepalanya.
Dia tidak suka hospital, dia berasa mual lagi. Lantas dia bangun dari katil dan berlari ke bilik air untuk muntah. Sicheng mula risau dengan keadaan Kun.
Tiba tiba Kun muntah dan pening kepala.
®
Sicheng meletakkan makanan kegemaran Kun di atas meja. Kun menghidu bau makanan, tiba tiba dia berasa mual dan sekali lagi dia berlari masuk ke bilik air untuk muntah.
"Aik? Aku masak tak sedap ke? "Tanya Sicheng kepada dirinya. Dia mendekati Kun yang sedang muntah di bilik air.
"Sayang betul tak nak pergi hospital? Nanti makin teruk. "Ujar Sicheng, dia mengusap belakang Kun dengan lembut.
"Tak nak, aku ok je. Tolong buang makanan tu. "Ujar Kun, Sicheng terkejut. Kenapa Kun nak dia buang makanan dia sendiri. "Tapi tu makanan kegemaran sayang. "Ujar Sicheng
Kun menggeleng kepala, dia berasa mual dan kembali muntah. Sicheng melangkah ke dapur untuk mengambil segelas air untuk Kun.
"Nah. "Sicheng memberi segelas air kepada Kun. Kun menyambut air lalu diteguknya hingga habis. Dia mengesat sudut bibirnya.
"Kenapa sayang nak aku buang makanan kegemaran sayang? "Kun menggeleng kepala. "Buang je la... "Tiba tiba Kun menangis dan itu membuatkan Sicheng cemas.
Dia melutut depan Kun dan mendakap Kun. Dia mengusap rambut Kun dengan lembut. Sejujurnya dia tidak tahu dengan Kun hari ini.
"Buanglah makanan tu, busuk sangat. Kun tak suka. "Tangis Kun, dia membenamkan wajahnya pada baju Sicheng. Sicheng hanya mampu mengusap belakang Kun dengan lembut.
"Habis tu, sayang nak makan apa? "Tanya Sicheng, Kun mengesat air matanya. "Nak makan bento. "Ujar Kun. Sicheng mengerut dahi, sejak bila Kun suka makan bento ni?
Setahu dia Kun hanya suka makan makanan barat dan cina. Kenapa tiba tiba suka makan makanan jepun?
"Baiklah, aku pergi beli sekarang. "Ujar Sicheng, dia baru sahaja hendak bangkit tetapi Kun menahannya. Sicheng memandangnya. "Lepaslah, aku nak pergi beli bento untuk sayang. "Ujar Sicheng, Kun memanyunkan bibirnya.
Dia menggeleng kepala, dia memeluk lengan Sicheng. "Tak nak sayang beli, nak sayang yang buat bento tu. "Ujar Kun, Sicheng menutup matanya.
Dia mana reti masak!
"Aku beli kat kedai je la. Ok, sayang tinggal sebentar. "Ujar Sicheng, Kun menggeleng kepala, dia memeluk lengan Sicheng dengan erat. "Aku tak nak beli dekat kedai, aku nak sayang yang buat bento. Pleaseee. "Ujar Kun, Sicheng perasan yang Kun nak menangis lagi.
Sicheng mendengus perlahan, dia mengangguk kepala dan itu membuatkan Kun gembira. Dia memeluk Sicheng dengan erat. Sicheng hanya mampu mendengus perlahan sahaja.
Setelah itu, Sicheng memberi makanan kegemaran Kun kepada Dongdong. Dongdong dengan hati yang gembira memakan makanan tersebut.
Sicheng mencapai apron dan dipakainya. Dia mendengus perlahan, sudahlah dia tak reti buat makanan. Tadi tu sebab mama datang bagi makanan lebih untuk mereka.
"Wow, papa masak? "Sicheng menoleh ke belakang apabila dia terdengar suara Xujin. Kelihatan Xujin berdiri di ambang pintu. "Haah, boleh tolong papa tak? "
Xujin mengerut dahi. "Tolong apa? Tolong masak?" Sicheng menayangkan sebaris giginya dan mengangguk kepala. Xujin hanya mengangguk kepala dan mencapai apron.
"Kita masak apa papa? "
"Bento. "
"Hah? "Xujin mengerut dahi apabila Sicheng mention makanan Jepun. Setahu Xujin, dalam keluarga dia tak ada seorang pun suka makanan jepun. "Siapa nak makan bento papa? "
"Mama kau. "
"WHAT! "
"Tulah pasal, papa pun tak faham kenapa mama kau nak makan bento. Sedangkan dia tak suka makanan jepun. Dia tak nak makan makanan kegemaran dia tadi. Siap muntah lagi. "Ujar Sicheng, dia mula mencari resepi bento dalam internet.
Xujin menggaru kepalanya, dia pun tidak faham dengan semua itu.
"Mama period ke? "Tanya Xujin, Sicheng mengangkat bahu.
"Apa apa pun, mari mulakan buat bento sebelum mama kau menangis. "Ujar Sicheng.
"Pula.. "
®
Kun makan bento dengan begitu selera, Xujin dan Sicheng hanya memandangnya seram.
Mana tak seram!
Selama ni Kun anti makanan jepun, sekarang tiba tiba suka makan makana jepun dan tolak makanan kegemaran dia.
"Mama? "Panggil Xujin, Kun mengangkat kepala dan tersenyum memandang Xujin.
"Ye sayang. "Ujar Kun sambil memakan bento.
"Mama period en? "Kun mengerut dahi, dia tertawa terbahak bahak. Dahlah bajet ketuk meja. Itu membuatkan Sicheng dan Xujin berasa seram dengan kelakuan Kun.
"A-aku tak rasa mama period. "Ujar Xujin kepada Sicheng. Sicheng mengangguk kepala setuju.
Setelah itu, Kun menginginkan bento lagi. Kali ini dia nak bento yang dibeli dari kedai. Sicheng mendengus perlahan.
"Kenapalah Kun jadi pelik hari ni. "Ujar Sicheng, dia tersenyum memandang Kun. "Sayang tahu sekarang pukul berapa? "Tanya Sicheng.
Kun menayangkan wajah innocent nya. "Pukul 12,kenapa? "Tanyanya dengan wajah tidak bersalah. Xujin menahan ketawa, Sicheng menahan rasa annoy nya.
"Kedai tak buka pada waktu sekarang. "Ujar Sicheng, Kun memanyunkan bibirnya. Setelah itu dia menangis sebab kehendakan dia tidak dituruti.
Xujin dan Sicheng masing masing mendengus perlahan. "Aku nak tidur, selamat malam. Papa bereskan mama la. "Ujar Xujin lalu melangkah keluar dari dapur.
Sicheng memandang Kun, dia terpaksa keluar cari bento malam hari.
Asalkan Kun tidak menangis lagi.
To be continueee...
YOU ARE READING
Ardere sicut drámatis [√]
FanfictionKun merupakan anak angkat dalam keluarga Dong. Semasa kecil, Kun selalu kena buli dengan anak sulung keluarga Dong iaitu Dong Sicheng. Kun merasakan dirinya lemah setiap kali dia dibuli oleh Sicheng. Beberapa tahun kemudian, mereka membesar dan ma...