"Kau buat apa kat sini? "Gadis itu mendongak, dia sedang duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu. Terbit senyuman sinis pada wajahnya.
Belle menutup pintu, tidak lupa juga untuk mnegunci pintu rumahnya. Gadis yang duduk di atas sofa tadi pun bingkas bangun dan mendekati Belle. Dia mendepakan tangannya tanda dia nak peluk Belle tetapi Belle menghentikan kegiatannya.
Gadis itu mendengus perlahan sambil mengangkat bahu. "Aku tanya kau, kau buat apa kat sini. Herbie? "Tanya Belle, matanya menatap tajam ke arah gadis yang dipanggilnya Herbie.
Herbie merupakan kembar Belle, mereka sangat seiras sehingga hampir semua orang tidak dapat membezakan mereka termasuk orang tua mereka.
"Well, takkan aku tak boleh jumpa kembar aku kan. Aku rindu kembar aku. "Ujar Herbie, kedengaram nada suaranya sangat sinis. Belle dapat mengesannya.
"Kau yang bunuh Uncle Dong kan. "Pertanyaan Belle menyebabkan Herbie terdiam. Senyuman sinis yang menghiasi wajahnya pun pudar.
"Mana kau tahu? "Tanya Herbie, Belle tertawa sinis. Walaupun Belle nampak bodoh luaran, tetapi dalaman dia bijak. Dia kenal kembar dia. Kembar dia berani melakukan perkara yang tidak baik.
"Aku kenal kau Herbie, aku kembar kau. "Ujar Belle. Matanya ternampak tangan Herbie dimasukkan ke dalam poket hoodie. Dia tahu dalam poket hoodie itu ada sepucuk pistol. Dan semestinya Herbie merancang hendak membunuh Belle.
"Kau nak bunuh aku kan. "Ujar Belle, lantas Herbie mengeluarkan tangannya dari poket hoodie apabila mendengar pertanyaan Belle. "Mana ada. Jahat sangat ke aku nak bunuh kau. "Bohong Herbie.
"Baliklah Herbie, jangan buat kecoh di sini. Apa lagi yang kau tak puas lagi? Kau dah bunuh Uncle Dong, mama ngan papa pun kau bunuh walaupun kau upah orang lain. "Ujar Belle. Herbie tertawa sinis, lebih kepada ketawa orang yang hilang akal.
"Aku belum puas lagi selagi aku belum dapat Sicheng. "Ujar Herbie. Belle menutup matanya, dia mendengus perlahan. Kembarnya sangat degil. Sudah diberitahu bahawa Sicheng dah kahwin dan hanya mencintai Kun seorang, masih lagi menagih kasih dari Sicheng.
"Sudah sudahlah tu dengan kerja gila kau. Sicheng takkan cintakan kau, kau tahukan dia sangat cintakan Kun. "Ujar Belle.
"Kisah percintaan yang menjijikan. Aku yang perempuan ni dia tak pandang, malah pandang lelaki untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. What a disgusting love story. "Ujar Herbie.
"Kau sendiri tahu kan, cinta itu buta."
"Ya, cinta itu buta. Dan aku masih mencintai Sicheng walaupun aku tau dia dah kahwin. Buta kan. "Sindir Herbie. Belle terdiam, ada betul juga kata kata Herbie. Tetapi Herbie tidak boleh merampas Sicheng dari Kun. Lagipun cinta tidak boleh dipaksa.
"Tapi kau tetap tak boleh kahwin dengan Sicheng sebab dia dan Kun saling menyayangi. "Ujar Belle. Herbie mendekati kembarnya, dia mengangkat dagu Belle. Tatapan mata mereka bertemu.
"Aku akan singkirkan Kun dengan mudah. "Dia mendekatkan bibirnya pada telinga Belle. "Sebab aku tinggal serumah dengan mereka. Jadi kerja aku senang nak hapuskan Kun. "Bisik Herbie lalu menjauhkan bibirnya dari telinga Belle. Mata Belle membulat.
Dia mencekak hoodie Herbie dan membuatkan Herbie terpaksa berjinjit sedikit kerana Belle lebih tinggi darinya. "Kalau kau berani cederakan Kun, aku tak sia sia kan hidup kau. Aku akan laporkan kerja kotor kau kepada pihak polis. "Ujar Belle. Herbie tersenyum sinis. Belle melepaskan hoodie Herbie.
Herbie melangkah keluar dari rumah Belle. Setelah Herbie keluar, Belle mendudukkan dirinya di atas sofa. Dia mengurut dahinya.
Pening memikirkan masalah yang dibuat oleh kembarnya. Kembarnya memang berani melakukan masalah dari dulu. Herbie pernah memukul seorang pelajar perempuan di sekolah kerana menghina dirinya pendek.
YOU ARE READING
Ardere sicut drámatis [√]
FanficKun merupakan anak angkat dalam keluarga Dong. Semasa kecil, Kun selalu kena buli dengan anak sulung keluarga Dong iaitu Dong Sicheng. Kun merasakan dirinya lemah setiap kali dia dibuli oleh Sicheng. Beberapa tahun kemudian, mereka membesar dan ma...