"Jimin oppa , betul ke apa yang oppa buat ni ?" Soal Junghwa didepanku .
Aku hanya mengangguk.
" kiranya oppa tak kisah lah dengan perasaan hwamin unnie ? Oppa tak kesah ke kalau Kook bangun ii pastu dia cari oppa rupanya oppa dah takda . Macam tu ke ? "
No comment . "Oppa tahu apa oppa buat "
"Tapi oppa tak tahu apa yang akan jadi " nada Junghwa seolah - olah bagi amaran pada aku ." oppa dah istikharah ke ? "
Aku pandang Junghwa . Kau fikir aku nak kahwin ke . Halahai. " dont worry , i know what i'm going to do "
" takkan tak ada orang yang boleh ganti oppa? " Junghwa bersuara lagi . Kalini aku malas nak layan dan habiskan latte caramel aku .
Aku nak berkhidmat untuk saeng aku je .
------
" awak betul ii dah ready ? Yakin ? "
Kata doktor Lee . Aku hanya mengangguk . Tunjuk la kononnya aku bersemangat .Yup . Harini Jungkook akan jalani pembedahan untuk hidup macam orang biasa. Aku gembira . Walaupun hakikatnya nanti agak menyakitkan hati Jungkook dan yang lain .
Aku mintak maaf awal ii. V , Daniel dan Junghwa . Diorang dah janji nak tunggu Jungkook sedar . Hwamin ? Dia tak sampai lagi . Aku tak nak dia tahu. Biar dia tahu lepas pembedahan selesai .
Lepas ni takda lagi Jimin.
" jom " ucap nurse yang turut serta dalam pembedahan harini sambil menolak kerusi roda yang aku duduk menuju ke operation theatre.
Aku hanya melemparkan fakesmile.
Knowing that I wont belong here anymore . Aku kuatkan diri untuk tak nangis depan member aku tiga orang tadi yang dah macam beruk hilang anak menangis ." V , jaga Kook baik ii. Kalau aku tahu kau buli dia . Aku tumbuk kau " ucapku . V masih lagi tunduk . Taknak tengok muka aku.
" daniel " panggilku. Dia tak berpaling . " daniel , aku panggil ni . Lepas ni-- "
" woo chim , tukar la orang lain " dia peluk aku . Amboi ii . Ni nak nangis ni .
" park jimin . Kita kena cepatkan proses. " ujar doktor Lee . Aku mengangguk. Rasa sebak menyerbu hati . " i'm ready "
-operation theatre-
Aku ditempatkan bersebelahan dengan Jungkook . Aku toleh tengok dia . Dia tak sedarkan diri lepas kena bius tadi . Maknanya dia memang tak sempat tengok pon siapa penderma dia .
Muka dia aku pandang sayu. Aku pun dah lemah sebab kesan bius ni kuat . Pandangan aku kalihkan balik dekat lampu operation .
Sekarang la masanya .
Bila doc mula pasang lampu operation serta merta pandangan aku kelam dan hitam . Aku dah tak sedar apa-apa .Thats mean aku dah--
5 hours later .
Jungkook pov .
" kook .. "
" kook.. "
" hyung ? " mata aku celikkan . Eh , operation dah selesai ? Maknanya aku dah sihat . Aku tak sabar nak jumpa hyung.
Tapi kenapa ada Junghwa , v hyung n daniel hyung ? Mana Jimin ?
" j-junghwa , mana Jimin hyung ? " soal ku . Aku cuba untuk duduk .
" kook , sabar . Kau lemah lagi ni " ucap V hyung sambil cuba untuk tahan aku dari bangun." t-tapi aku nak jumpa hyung. Kejap je. Aku nak cakap yang aku dah sihat. Please kejap je . Hyung dekat mana ? "
" d-dia d-dekat b-bilik sebelah , dia penat . Dia kata dia nak rehat kejap " balas daniel hyung pula. Aku rasa ada something tak kena .
" bagi aku jumpa hyung " aku tetap berdegil . Aku bangun dan terus meluru keluar dari wad aku ditempatkan.
" kook , hyung kau ! " aku endahkan panggilan Junghwa dan terus ke bilik Jimin hyung . Dan cuba teka apa yang aku nampak ?
Sekujur tubuh diselimut penuh .
" h-hyung ? Itu kau ke "
" kook , a-aku nak bagitahu kau . Penderma kau tu , hyung kau sendiri " jelas Junghwa dari muka pintu .
Lidah aku kelu la . Aku dah tak tahu nak cakap apa . Air mata je yang menjelaskan semuanya .
" hyung ! Sampai hati kau hyung ! Kau tipu aku ! Kau dah janji kan hyung ! " aku peluk tubuh Jimin yang ditutup selimut tadi. Bukan . Mayat Jimin .
" sabar kook " V hyung usap belakang aku . Tapi tak berguna . Sedihnya aku kehilangan hyung aku takkan dapat diganti . Air mata aku tak jenuh bercucuran keluar .
Junghwa yang duduk dekat muka pintu dengan Daniel hyung pun mula menangis . Merasakan benda yang sama .
" aku nak ikut jimin hyung ! "
' jangan jungkook. Hyung nk tengok kau sihat ni'
Tiba ii aku terdengar satu suara perlahan bisik dekat aku . Suara yang aku rindu . Jimin hyung . " hyung ? Kau kat mana ? Kenapa aku tak nampak kau "
Mata aku meliar sekeliling.
V hyung tetap cuba untuk tenangkan aku .' kau tak nampak hyung takpe , janji hyung akan selalu ada dan perhatikan kau . Kau kene janji dengan hyung arraseo ?'
Aku mengangguk . Walaupun aku tak nampak .
'Janji dengan aku yang kau akan jaga kesihatan kau'
Hyung dah takde . Aku dah takde sapa . Kenapa kau tinggalkan aku hyung ? Kan kau dah janji ?
Aku rebah semula ke lantai . Mungkin sebab aku lemah lagi .
Mata aku tak berhenti - henti alirkan air mata.Tbc🌚
Boo. Bye dah nk abis . Pasni chapter last. Tak sedih en weh ? Kelaka do . Ni short story ja. Belum pro ah nk buat sinetron. Oke bai .
YOU ARE READING
[C]Hyung! | a Jikook Fanfic
Fanfiction[ Hyung!] "Hyung jangan tinggalkan aku" "..." Agak membosankan kerana ini penulisan lama dari seorang kanak kanak hingusan [2017-2018] Begin : 17/12/17 End : 19/12/18