CHAP 16

198 27 0
                                    

"Jeng Jeng Jeng!"

"Wah!"

💕

💕

💕

Tzuyu pov.

Aku turun dari kereta kepunyaan Jungkook.Belum sempat aku melihat luar..tangan seorang jejaka menghalang pandangan.

"Jangan tengok!" Kata Jungkook,Si jejaka itu.

"Alaaa..apa ni Jungkook" kata aku dan Jungkook hanya tergelak.

Tangan kanan Jungkook menutup mata aku manakala tangan kiri Jungkook memegang bahu aku dan menarik aku ke tempat istimewa itu.

Lama kelamaan,Jungkook berhenti menarik aku.
Jungkook mula melepaskan tangan nya.
Aku membuka mata perlahan lahan.

"Jeng Jeng Jeng!" Jerit Jungkook.

"Wah!" Kata aku kagum + gembira.

"Kau suka tak?" Tanya Jungkook.

"Suka sangat sangat!" Kata aku teruja.

Aku dan Jungkook menjejakkan kaki ke tempat istimewa itu iaitu tempat bermain Ice Skating!!

"Kenapa kita je ada dekat tempat ni? Bukan ini tempat awam ke?" Tanya aku pelik.

"Heheheh..jangan terkejut!
Aku dah sewa tempat ini..malam ini je.
So,kita boleh main sampai pukul 12 malam." Kata Jungkook dan tersenyum lebar.

"12 malam?! Lamanya!" Kata aku terkejut.

"Tak apa lah..kita boleh luangkan masa bersama" kata Jungkook.

"Ish budak ni! Mengada eh!" Kata aku dan menepuk bahu Jungkook perlahan.

"Dah lah..Jom ambil kasut" kata aku.

Aku bergerak ke rak yang terdapat bermacam saiz kasut skating itu.Aku mencapai kasut yang muat pada kaki aku dan membawa nya ke satu bangku dan duduk di bangku itu.

"Jungkook! Pergi lah ambil kasut!" Kata aku kepada Jungkook yang sedang memandang ke arah tapak ice itu.

Jungkook menoleh dan berjalan ke arah aku dan duduk di bangku yang aku sedang duduk.

"Pergi lah ambil kasut..jom kita main" kata aku.Jungkook mencebik dan memandang aku.

"Kenapa?" Tanya aku.

"Aku tak reti main benda ni.." kata Jungkook dan mengusap usap lehernya.

"HAHAHAHAH!" Aku tergelak.Jungkook menjeling dan mencebik.

"Dah tahu tak reti main..kenapa bawak pergi sini? Kenapa kau tak bawa pergi funfair ke..waterpark ke..theme park ke.." kata aku dan masih ada sisa sisa gelak.

Jungkook menggosok gosok lehernya menahan malu diketawakan oleh aku.

"Ha! Aku tengok kau main je lah" kata Jungkook.Aku mengangguk.

Aku menyarung kasut dan mula berjalan ke tapak ice itu dengan terkedek kedek.
Aku mengalami kesukaran untuk berjalan ke tapak itu.TIBA TIBA! Aku tergelincir dan hampir terjatuh
NAMUN! Sepasang tangan hinggap di pinggang aku (bayangkan lah macam mana)
Aku terkejut dan memandang Jungkook,tuan kepada tangan itu.Aku merenung matanya.

[✔] Crush On You 💕Where stories live. Discover now