CHAP 9

204 22 4
                                    

"Eh? Apa ni?"

.
.
.

Tiga bulan kemudian..

Jungkook pov.

Aku,Tzuyu dan Dahyun pergi ke sekolah bersama seperti biasa.Tidak lama kemudian,kami sampai ke sekolah dengan selamat bersama sama.Kami bertiga bergerak ke kelas.

"Annyeong!" Teriak aku.

"Hey! Jungkook..dah sampai pun!" Jerit Taehyung teruja.

"Apahal kau ni excited sangat?" Tanya aku.

"Rindu.." jawab Taehyung.

"Eeii..pergi lah rindu Sana tu" kata aku sambil ketawa

Tzuyu dan Dahyun telah pergi ke tempat masing masing terlebih dahulu sebelum aku.
Aku pun berjalan ke tempat aku,terlihat Tzuyu sedang mengeluarkan buku dan meletakkannya di atas meja.Tetapi,Dahyun terlihat sedang duduk di tempat aku tanpa berbuat apa apa.HANYA DUDUK?! Aku menggelengkan kepala..mungkin Dahyun nak memujuk Tzuyu kerana aku dan Dahyun yang asyik berborak dan Tzuyu dipinggirkan.Aku teruskan berjalan ke tempat duduk aku.

"Tepi tepi! Aku nak duduk.." kata aku dan menghalau Dahyun.Dahyun mencebik dan bergerak ke tempatnya sendiri.

"Tzuyu..merajuk ke?" Tanya aku.Tzuyu menggeleng.

"Habis? Macam bad mood je.." tanya aku lagi.

"Mana ada..aku cuma bosan je" jawab Tzuyu.

"Nak main?" Tanya aku.Tzuyu mengangguk sambil tersenyum teruja.

"Nak main apa?"  Tanya aku.

"Kau lah fikir.."  jawab Tzuyu

"Hhhmm..HA! Jangan Kelip!" Kata aku dan merenung matanya tanpa berkelip.

"Mwo?!" Terkejut Tzuyu dan memandang aku tidak berkelip..aku hanya merenung dia.

"Tak boleh kelip eh..kalau kelip kalah! Denda..tarik hidung" kata aku.

"Mwo?! Apa niii!!" Jerit Tzuyu perlahan.Kami berdua ber'eyes contact' dan masing masing tidak berkelip.TIBA TIBA! Cikgu Jihyo menjejakkan kaki masuk ke kelas.

"Cikgu dah masuk lah.." kata Tzuyu dan terkelip mata tanpa sengaja.

"Ha! Kelip!" Kata aku teruja.

"Alaaaa..." rengek Tzuyu.

"Hidung..hidung.." kata aku dan Tzuyu mendekatkan mukanya.

"Ish! Comel lah kau ni!" Kata aku sambil menarik hidungnya.

"Selamat pagi Cikgu Jihyo!" Jerit Namjoon dan semua murid mengikut kata Namjoon secara automatik.

"Baiklah..homework semalam dah siap ke belum?" Tanya Cikgu Jihyo

"DAH!" Jawab satu kelas.

.
.
.
.

Aku,Tzuyu,Taehyung,Sana,Jimin,Mina dan Dahyung pergi ke kantin bersama dalam keadaan riuh dengan mulut masing masing yang bising.Tidak lama kemudian,kami sampai ke kantin dan memilih satu meja untuk duduk lalu membeli makanan dan makan di meja tersebut.Kami makan sambil berbual bual bersama.Kami semua hanya berbual bual selepas makan sambil menunggu loceng yang menandakan rehat telah tamat.Tiba tiba,perut aku berkeroncong menandakan masih lapar.

[✔] Crush On You 💕Where stories live. Discover now