********************************************************************************
" Ma, luggage mana? "
Hari ini semuanya kelam kabut. Itulah, lain kali jangan buat kerja last minute. Sekarang sudah gelabah! Kau sememangnya kaki gelabah antarabangsa. Apabila kena macam sekarang memang padan muka!
Oh, nama diberi Ayin Zanny Zatasha Shamsul Zainal. Panjang, bukan? Bagi nama panjang-panjang pun akhirnya Jija juga orang panggil. Comel, gitu. Berumur 16 tahun dan maknanya Jija merupakan seorang pelajar tingkatan 4. Sekarang dia sedang menuntut di Kolej Seri Permata. Kau jangan tanya aku kenapa nama sekolah aku ada kolej sebab aku pun tak tahu kenapa.
Okay, sebenarnya pada hari esok Jija akan kembali semula ke hostel. Sedihlah juga sebenarnya. Tapi, dalam masa yang sama dia agak excited. Tahun ini dia secara rasminya menjadi super senior. Super senior saja. Belum super duper senior lagi. Jangan risau adik-adik semua. Kak Zatasha akan jaga adik-adik semua elok-elok.
" Luggage? Tak kemas barang lagi ke?" Soal Puan Sara yang baru sahaja muncul di muka pintu.
Jija langsung tidak memandang wajah Puan Sara. Hanya satu anggukan kecil diberi untuk menjawab persoalan wanita yang bergelar ibunya. Puan Sara hanya mampu mengeluh kecil. Sikap anaknya masih tidak berubah sejak peristiwa 4 tahun yang lalu. Satu-satunya anak yang dia ada masih belum mampu untuk reda dengan ketentuan Ilahi.
Puan Sara meninggalkan Jija seorang diri di dalam bilik. Beberapa minit kemudian dia kembali semula dengan sebuah luggage besar berwarna hitam putih. Luggage itu diletakkan betul-betul di hadapan Jija.
" Thank you." Ucap Jija hambar. Luggage itu diambil dan dia mula mengemas barang-barangnya yang bertimbun banyaknya.
Puan Sara hanya memandang anaknya dengan pandangan sayu. Ibu mana yang tidak terasa hati dengan perlakuan anak sebegitu rupa? Jauh di sudut hati Puan Sara, dia amat merindui anaknya yang dahulu. Anaknya 4 tahun yang lalu cukup berbeza dengan Jija yang sekarang.
*****
Keesokan harinya.
' Angah jaga diri elok-elok. Jaga solat. Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Inshaallah Allah jaga semua yang kita ada. Ingat pesan abah. Abah sayang sangat dekat anak abah yang comel ni.' Pipi Jija dicuit oleh Encik Shamsul.
Pesanan penaja abah terngiang-ngiang kembali di minda Jija. Jauh di sudut hatinya dia amat merindui saat-saat manis bersama keluarga. Namun apakan daya, dirinya masih dibayangi kepahitan kenangan masa silam yang mustahil untuk dilupakan.
Luggage hitam, luggage merah, baldi, beg plastik dan satu kotak air besar diangkat dengan bersungguh-sungguh oleh Jija. Adalah dalam 2 hingga 3 kali naik turun bangunan semata-mata hendak mengangkat kesemuanya. Penatnya tak terkata! Sampai sahaja di hadapan dorm.
" Hoi orang di dalam! Bukakan pintu. Orang diluar mahu masuk."
" Orang di dalam tak ada. Orang diluar buka pintu sendiri."
Cis! Kurang asam betul!
" Woi, bukakan pintu! Kau nak tengok tangan aku tercabut ke apa?" Jija terdengar gelak tawa dari dalam dorm. Oh, bukan seorang. Tak apa. Saat terbukanya pintu ini nanti, akanku baham seorang demi seorang.
Jija memerhatikan keadaan sekeliling. Manalah tahu ada 'mangsa' yang lalu di koridor.
Hah!
" Awak! Tolong bukakan pintu?" Si junior terhenti daripada berjalan. Dia memandang Jija dari atas ke bawah.
YOU ARE READING
OUR UNCONDITIONAL LOVE
Teen FictionKalau kata kisah kami bak drama korea, tidaklah seindah mana. Hidup kami sama seperti budak-budak normal yang lain cuma bezanya.... Kisah kita sweet sikit, kan? " Princess, tunggu apa? Nak your prince dukung ke?" - Dzar Raiqqi a.k.a Dzar " D...